Pages - Menu
▼
Monday, March 31, 2008
Tuesday, March 25, 2008
PerHeNTiaN isLaND Ver. IV
Ahad. 23.03.08. 9.00 pagi. Kami bertolak dari pulau ke jeti. Kalau last day je mesti rasa cepat sangat masa berlalu. Dah terbayang dah kerja yang berlambak di office tu. Nasib baik sempat setlekan yang penting sebelum bercuti. Route kami kali ni memasuki Kuala Terengganu sebab Mas tak pernah melawat PP. Tak sempat nak singgah rumah Wan memandangkan perjalanan kami yang masih jauh. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti berehat di Hentian Kemasik sebelum meneruskan perjalanan dan sampai di rumah Serdang pada jam 11.00 malam.PerHeNTiaN isLaND Ver. III
Sabtu. 22.03.08. 8.00 pagi. Macam biasa breakfast. Kemudian kami bertolak ke Pulau Redang lebih kurang pukul 9.30 pagi. Perjalanan memakan masa selama 45 minit. Kebas bontot atas speedboat. Tapi, seronoknya… Redang banyak coral yang cantik, dan ikan-ikan yang berwarna warni. kami dapat tengok shark. Then baby shark. Lunch di Redang Marin Park. Di situ juga paling banyak ikan yang berwarna-warni, saiz kecil dan besar. Tapi sayangnya pengunjung tak dibenarkan menggunakan fin di Marin Park dengan tujuan menjaga coral yang ada. Kalau ada yang guna boleh disaman. Terpaksa la kuatkan stamina badan waktu tu. Mujur sepanjang kami di sana cuaca sangat baik. Laut tak bergelora cuma masa snorkeling di Shark Point je agak bergelora (tapi masih boleh maintain, compared to gelora masa aku di Manukan dan Mamutik Island). Selepas selesai snorkeling di Redang, kami teruskan ke Pulau Lang Tengah. Pulau ini terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Tapi energy kami dah tak banyak. Banyak point yang kami lawati di Pulau Redang. Snorkling tengok coral, bergambar then terus pulang (3.30 petang). Mas dan surrender waktu tu. Mesti sebab gerun tengok perubahan warna kulitnya. Theheh. Atas kreativiti Abang Min, beliau ajak kami untuk merasai pengalaman candat sotong. Tak jadi balik chalet sebaliknya kami terus ke Kg. Pulau Perhentian Besar untuk membeli udang bagi mencandat sotong. Berhenti di situ makan keropok lekor dan air jagung blend. Sedappp. Kemudian perjalanan terus ke kawasan mencandat sotong. Banyak bot-bot kecil dan bot nelayan disitu. Semuanya sedang mencandat sotong. Dari petang membawa ke pukul 8.00 malam.
Hasilnya, banyak juga dikutip oleh Arul (5), Mas (3), Nisa (1), Kak Niza (1) dll aku tak ingat. Yang pasti, aku sorang je tak berjaya kutip hasil walhal aku sorang je yang tak rasa-rasa macam mana mabuk laut. Dah la. Malas nak cerita pasal candat sotong kerana aku benar-benar kecewa tak dapat walau seekor sotong. Macam biasa, dah semua tak tahan, balek mandi then makan hasil tangkapan.PerHeNTiaN isLaND Ver. II
Jumaat. 21.03.08. 8.00 pagi. Breakfast di salah sebuah warung di pulau. Aktiviti snorkeling dimulakan pada pukul 10.00 pagi, around Pulau Perhentian for ½ day. Lepas aktiviti snorkeling kami lunch ikan-ikan hasil derma nelayan selaku sahabat Abang Min. Sedap… Ikan kerisi dan ikan cermin. Masak buat tiga rasa, goreng dan bakar. Fuhh.. Marvelous. Lepas lunch kami lepak-lepak di pesisir pantai. Di sini kemudahan elektrik akan dibekalkan bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah hari. Nak lepak dalam chalet panas. Jadi kami lepak tepi pantai. Cari tempat yang teduh, hampar pario dan lepak, Baring-baring sambil main daun terup sebagai mengisi masa. Bestlah. Havoc je suasana dengan adanya kami di sana. Main tak reti nak tutup mulut. Riuh rendah. Mesti tensen mat saleh-mat saleh yang berjemur di sana. Malang le naseb mereka dengan adanya group kami waktu tu. Bila dah agak teduh, barulah kami mulakan aktiviti. Main bola tampar kemudian berenang + mandi-manda. Malam pula macam biasa, dinner. Hmm… Best!PerHeNTiaN isLaND Ver. I
Khamis. 20.03.08. 2.45 pagi. Kami sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke Jeti Kuala Besut. Target kami tiba sebelum 11.00 pagi atas cadangan dan nasihat daripada Mr. Ong, selaku pengurus Lily Chalet. Route yang dipilih juga agak jauh memandangkan kami tak berani untuk menggunakan route Raub-Gua Musang. Ini disokong pula oleh pandangan Kak Niza. So kami guna route exit Jabor-Ajil-Bukit Besi-Sg. Tong-Setiu-Besut. Kami seramai 9 orang, 2 buah kereta. Memandangkan kereta Kak Niza besar dan kami pula kecil, jadinya kami bertolak awal sejam dari dia (takut ditinggalkan, baik meninggalkan. Theheh). Alhamdulillah kami sampai juga pada masa yang ditarget, iaitu 10.00 pagi yang mana memakan masa selama 7 jam (3 jam highway, 4 jam jalan utama).
Kak Niza pula dah terlebih pada sasaran, sampai 12.30 tengah hari. Itulah, lain kali dengar la pandangan anak jati ini walau kami kurang pengalaman… Perjalanan jalan utama memang agak mencabar, sebab banyak kenderaan besar seperti lori. Selepas lunch kami menaiki speedboat yang memakan masa selama lebih kurang 30 minit untuk tiba ke Pulau Perhentian Kecil. Sampai je, kami berkenalan dengan tourist guide untuk sepanjang percutian kami, Abang Min. Nisa dan Mas dah bersemangat nak turun pantai walaupun cuaca panas membuta. Tapi aku nak juga rehatkan badan sebab panas beb… Ada 2 hari lagi untuk mneghitamkan kulit tu. Petang sikit dalam 3.30 baru kami turun bermandi-manda dan mencuci mata. Malam pula having dinner.Tuesday, March 18, 2008
HePY BirthDaY GiRL...
Hepy birthday to you
Hepy birthday to you
Hepy birthday to Masyana
Hepy birthday to us...
Moga ko panjang umur murah rezki dan cepat-cepat ditemukan jodoh :D... Gambar kite aku upload lepas kite gi Perhentian la ye?
Hepy birthday to you
Hepy birthday to Masyana
Hepy birthday to us...
Moga ko panjang umur murah rezki dan cepat-cepat ditemukan jodoh :D... Gambar kite aku upload lepas kite gi Perhentian la ye?
Monday, March 17, 2008
HaPPY BiRtHDaY GiRL!
Thursday, March 13, 2008
Friday, March 7, 2008
kENaPa taKut aiR?
1. Tahan nafas, tutup mulut. Selagi udara masih berada dalam paru-paru, gerenti kita takkan tenggelam.
2. Agak-agak badan naik ke atas, hembus udara melalui hidung sambil kuakkkan tangan secara mendepa.
3. Bila dah timbul, tarik nafas melalui mulut (untuk ready tenggelam lagi).
4. Do the same step (1-3), gerenti tak tenggelam.
5. Kalau nak floating, kuakkan tangan dan kaki secara terbuka.
6. Kalau tak boleh floating juga, gunakanlah teknik berenang korang untuk sampai ke tepian...
Theheh. Teknik 6 tu untuk aku. Sebab aku hanya tahu berenang aja.. Asal nak float, mesti aku menggelabah. So kepada sesiapa yang ada idea atau ramuan yang bernas untuk aku praktikkan, tolonglah response ya, hamba insan yang sentiasa menimba ilmu. Tak sangka aku, daripada takut air aku dah pandai berenang. Semuanya bermula dengan Ita. Itu masterji aku mula-mula aku minat terhadap sukan air ni. I will never forget sampai bila-bila. Thanks ye Ita... Kerana kau la aku dah pandai berenang sekarang. Dan pandai sikit-sikit teknik bernafas. Tinggal teknik floating aja. Hm, boleh ke aku ambil lesen diving ni??


