Tetiba perasaan aku nak sedih. Don’t know why. Just sad… Jauh dilubuk hati, isi hati aku berkata-kata, bersoal itu ini, berteka-teki, berbebel and so on. Sedang menyiapkan FR, tetiba aje hati terdetik, “Dah lama aku buat kerja ni”. Dan perasaan hiba tetiba melanda. Am I not happy? Biarlah aku simpan rahsia hati aku dalam-dalam, dan tiada siapa yang perlu tahu. Kerana, jika aku meluah ada hati akan terluka. Kerana, setiap tafsiran tidak mudah dimengerti. Kerana, lumrah manusia selalu tersalah tafsir. Jadi, biarlah aku dengan ketawa aku, sedangkan hati ini menangis. Biarlah. Tak penting untuk sesiapa mengetahui. Hanya akan menjadi gossip liar semata. Ditelan kata-kata, komen yang tak berkesudahan. Muak. Muak. Muak. Allah menguji orang yang sabar. Begitu aku amat tertekan. But life must go on. Biar tangisan diselangi ketawa. Baru terasa keindahan dunia. Biarlah. Hari ini aku bersedih…
KENAPA MADU TIDAK BEKU DALAM PETI SEJUK?
-
KENAPA MADU TIDAK BEKU DALAM PETI SEJUK? Bagus soalan ni. Ramai juga
keliru bila tengok madu — terutama madu kelulut — tak membeku walaupun
disimpan da...
2 days ago







