Thursday, June 29, 2006

3 DaYs iN TiOMAN [last day!]

Posted by Unknown | 1:11 PM Categories: , ,
Dengan hati yang tak rela, terpaksa berkemas balek kerana feri kul 10.00 am. pagi tu jugak ita baru sempat jumpa uncle khalid. akhirnya, kiteog sampai serdang kul 6.00 pm. malas nak cerita kisah hala balek. TAK RELA! kalo la buleh duduk tioman seminggu... hmmm... untuk roma, tobak and the gang... thanks a lot for ur service. u r so kind and nice. i like SALANG PUSAKA and tioman island. INSYA ALLAH. ada umur panjang akan kami pergi laie...

3 DaYs iN TiOMAN [2ND DAY]

Posted by Unknown | 1:09 PM Categories: , ,
kalau dah pagi, sudah tentunya air laut pasang kan.. terasa sangat. tempat yang kiteog mandi semalam yang boleh dijejak kaki, tup2 dah dalam. kak ju ada jumpa soang abang ni, baik sangat. bawak kiteog gi tengok ikan cantik kat ujung batu. tapi tempatnya dalam la jugak. apa laie. aku, kak niza and farah-> motivasi diri : PRACTICE MAKE PERFECT. dapat jugak kiteog snorkling kat tempat dalam dan tengok ikan cantek. dan waktu tu jugak kaki aku tercedera disebabkan terpijak batu putih yang tajam. sakit siut. kene lak air laut. tapi sayangnya kiteog tak sempat nak tengok ikan pari sebab dah kesuntukan masa. we have to go to jeti. untuk aktiviti round pulau tioman. TOBAK dah menunggu. dalam kul 10.30 am kiteog berlepas menaiki speedboat yang dipandu tobak menuju ke PULAU JUARA. sampai juara kiteog singgah untuk sejam. cantik pulaunya. damai. sempat jugak la aku dan farah berenang. bior le panas pun. bukan salu dapat chance macam ni. farah pun dah terrer swimming dek keindahan tarikan tioman nih dan usahanya yang jitu lagi padu. apa laie farah. lepas ni honeymoon kat JUARA le. Pulau juara ni macam teluk. sunyi aja. sebab tempatnya terletak paling jauh dan dibalik pulau. lepas juara, kiteog meneruskan our journey ke waterfall yang terletak kat PULAU ASAHI. it's so a nice place. mandi laie. sanggup panjat bukit tinggi2 semata2 nak mandi waterfall tioman. theheh. dah mandi kiteog turun makan DURIAN. hmmm.. best..sedap... journey diteruskan. sambil menikmati keindahan pulau tioman... air yang biru, dan kadang-kala hijau. ada satu gunung, bentuknya seperti rupa nenek kebayan. namanya GUNUNG SIMUKUT. selepas melalui genting dan tekek, kami menjalankan aktiviti snorkling di satu pulau kecik dekat tekek. kat situ coralnya memang cantik. tapi arus laut waktu tu kuat, aku dan kak niza dihanyutkan air. apa laie, aku pun naik cuak la.swim x boleh. yang si farah ni dah selamat berenang bersama tobak. macam couple aje. si ita pulak tetiba aje aku tengok dah berjaya sampai ke tepian. padahal baru sebentar tadi dok gabra sebelah aku kate xleh nak swim. aku ngan kak niza dok bising suh kak ju menyelamatkan kiteog. kak ju pun blank. soang sebelah timur, soang sebelah barat. last2 tobak jugak la heronya. menyelamatkan kami dengan botnya. kami pegang tali ke tepi pulau. barulah aku kembali bersemangat nak snorkling. kalo dak memang nak naik bot balik dah. thanks GOD, becoz u gave me a chance to see ur miracle. cantik sungguh ciptaan tuhan. terpegun aku waktu snorkling tuh. aku amat mengagumi alam ciptaan tuhan yang satu ini. jarang di explore manusia. colorfull fishes, coral that is so beautiful... laut yang menghijau dan biru... ooohh.. selesai snorkling kat situ tobak bawak kiteog gi MARINE PARK. kat situ buleh snorkling jugak. tp coral xde.. hanya ikan. so kiteog decide pegi MONKEY BAY yang terletak antara salang dan ABC. kat situ kiteog continue snorkling sebab arusnya tak kuat.airnya jernih. biru kehijauan. ada coral juga. tapi kiteog dah x larat. energy dah kurang. tengok pulak si farah dah hilang gi dating ngan tobak tepi pantai. kiteog ape laie. berabuk lari nak join skalik. thehe. jgn marah ye farah. gurau... tapi best.. pokok yang menghijau membuatkan kiteog terlanding and tersleep kejap. DAMAINYA... dah puas releks.. tobak ajak gi fishing. waaa.. tobak kasik chance untuk sesapa yang nak drive speed boat. dan orang yang nak mencubanya adalah JUHAIDA dan ILLIANA. farah dan ita dah mabuk time fishing tengah laut. tapi seronok laaa.. patut la pemancing tak bosan memancing. ada something yang special about marine life. lepas memancing, barulah kami balek. ikan dapat: SEKOR. :) balek tu cam biasa, makan, tido. tapi aku xnak tido. kak niza dan kak ju pun. kiteog sambung mandi kat pantai balek. ita dan farah dah mabuk dah. selamat atas katil. tak sangka la pulak, ANIZA yang aku kenali sebagai seorang yang takut air, tup-tup bersemangat swiming mengalahkan aku yang over-acting ni. TERGUGAT jugak aku rasa. tapi make it steady... siap planning nak blaja swiming tu. itu yang aku xleh terima tu. lawak tul. tioman ni betul2 memberi aura yang mendalam kepada insan bernama ANIZA. tapi buka JUHAIDA la. sebab die memang profesional punyer swimmmer. naseb baik hujan. kalo tak rasenye kak niza akan terus berenang mencari coral. lepas kiteog balek, tobak datang membawa ikan yang dipancingnya laie lepas send us back. baik sungguh tobak. silalah lihat fotopages-> ikan tangkapan tobak. comel-comel ikan yang ditangkapnya. malam tu jugak aku bersiang dgn ita kat salang pusaka punye restaurant. enaknya... lepas makan, tido.

Monday, June 26, 2006

3 DaYs iN TiOMAN [1st DAY]

Posted by Unknown | 10:18 PM Categories: , ,
23 Jun 2006. after planning, dreaming, ngigauwing and whatever, finally we have achieve our mission. sepanjang 2006 ni, aku rasa ini adalah antara subuh yang paling awal jugak la aku kerjakan. kul 5.30 am dah mandi. tapi masak air panas dulu ler.. punya la semangat. kul 6.15 kiteog dah bertolak dari serdang ke JETI TANJUNG GEMUK melalui highway PLUS dan exit dekat senawang. from SENAWANG go to KUALA PILAH then BAHAU. lepas tu melalui BANDAR MUAZZAM and lastly sampailah ke JETI TANJUNG GEMUK at 11.30 am. memang tepat pada masanya, kiteog terus amik fast fery kul 12.00 pm ke PULAU SALANG. dalam feri, perut berkeroncong giler. maklumla, semangat nak sampai TIOMAN sampai tak lalu nak makan. kak niza soang aje yg lalu makan nasik lemak waktu singgah di perhentian highway plus. yang lain minum milo panas aje + aku makan pau ayam. dalam kul 3.00 pm barulah kami tiba di pulau salang setelah fast feri yang diberi nama CORAL berhenti di beberapa pulau sebelum itu termasuk GENTING, ABC, dan TEKEK. bila dah selamat sampai, benda pertama yang kiteog pikir adalah MAKAN. belum sempat check in, tapi sempat lak letak barang lam bilik deluxe 3 bedded (2 twin, 1 single), kiteog dah chow gi makan. LAPO seh... maklum la, uncle ita punya chalet. suka ati nak check in bila. thehe. by the way, they are very-very friendly. so kind and gentle. :). but seriously, baik betul sepupu and abang-abang under SALANG PUSAKA ni. very nice person. after MAKAN, rehat kejap. solat. then go to the BEACH! yang seronoknya, kiteog dapat alatan snorkling + pelampung tido 1, that 1st day. that benda alah gunalah for the whole trip selagi masih di SALANG PUSAKA. how nice. apa laie. le2 tu jugak practice. maklum la, esuknya aktiviti SNORKLING + round pulau. PRACTICE MAKE PERFECT... mandi dari kul 5 sampai magrib. then balek bilik, rehat, makan malam and TIDO! esuk pagi2 laie nak turun pantai.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube