Saturday, December 20, 2008

SaTuRDaY SHoPiNG...

Posted by Unknown | 8:19 PM Categories:
Hari ni Ita datang rumah. Last Tuesday aku terbaca di Star iklan LUGGAGE BEG FAIR di Jaya 33, Seksyen 13 Petaling Jaya. Oleh kerana kami semua suku kaum rumah ini akan travel suatu masa nanti, maka kami sepakat untuk bertandang ke Jaya 33 itu... Seisi rumah termasuklah Suri! So after tunggu Suri bangun tidur 11.30 pagi kami pun bertolaklah ke PJ... Sampai je disana mahu shoping sakan kiteog melihatkan harga beg yang sungguh-sungguh berbaloi dengan pengorbanan kiteog bersusah-susah ke Jaya 33. Puas. Dapat beli beg. Yelah, semua beg aku dah derma ke adik-adik di kampung. Kena pulak beg sandang aku yang satu itu terputus talinya. Tinggal beg sandang laptop je yang amatlah tidak sesuai untuk digunakan travel. Makanya aku mencari beg sandang baru. Tapi. Ehehhh... Lain yang dicari lain pula yang dibeli. Beg sandang yang aku suka harganya beratus-ratus. Makanya sudah tentu aku gagal mencapai target sebenar. Jadinya aku gantikan dengan beg travel pelbagai guna. Boleh pegang, tarik, mahupun galas. Tengoklah barang-barang yang aku beli dengan affordable price ini... Jenggg...

Travel beg serbaguna. RM20.00. Polo lagi okay.Beg ni fungsinya seperti troli. Amat sesuai untuk dibawa shoping. Boleh dibungkus jika tiada isi. RM15.00
Sling Bag. Amat sesuai untuk travel. Muat letak purse, passport dan camera. RM49.90 before discount 50%.
Shoe Bag yang aku nak guna untuk gi swimming. RM11.00
ooohhh...Puas! Jumlah = RM70.50
Hmmm.. Puas kiteog. After PJ we when to IKEA. Ita kata ada sales sekarang. Tapi aku tak nampak banyak sangat yang sale.. Standard price je.. Ada la juga yang sale macam carpet, dll (bukan favourite aku). Entahlah, aku yang tak perasan kot. Tak banyak shoping sini sebab hajat sebenar dah tercapai. Sedikit pasu, balb lampu tidur dan barang dapur yang jumlah belanja di IKEA hanyalah RM25.30. Kak Has tengok amaun ni mesti tersengih sendirian. Sebabnya dia ada IKEA Berlin tu berganda murah dari Malaysia... Huh.

Alhamdulillah. Bak kata Erna inilah terapi untuk wanita. Puas keluar shoping hari ni dengan pengeluaran wang yang amat menjimatkan. RM95.80. Sampai Damar jam 5.00 petang dan zzzz. Suri dok berbual sorang-sorang memandangkan semua tired!

Monday, December 15, 2008

cRocs...

Posted by Unknown | 10:09 AM Categories:
Urgsssh. Inilah kasut yang paling mahal pernah aku beli. Susulan dari e-visit aku ke website crocs 2 bulan lalu aku dah menaruh harapan nak sepasang. Sebabnya, kasut ini ada ciri-ciri odor resistant, selesa, ergonomic, anti-bakteria, dan ringan. Yang aku berminat crocs adalah ergonomic; ada ciri-ciri refleksologi disamping boleh dipakai seharian tanpa haus. Kerana kakiku ini amatlah cepat letih. Dan aku selesa memilih kasut bertutup untuk aktiviti luar. Aku memilih dari jenis Celeste Canvas. Nampak feminine sikit. Outlet di Midvalleey, LG berdekatan dengan exit Jusco. Tengok harga telan liur aku. Lama jugak le dok berteleku kat Crocs. Tengok kat website cantek aja tapi when comes to real, taklah cantek sangat pun. Biasa je. Tapi mengenangkan duitnya aku dah kumpul dan cirri-ciri lain yang ada pada kasut itu, dengan suspennya aku membeli. RM209.00. Glupp… Orang kaya baca blog aku ni mesti ketawa terbahak-bahak. Tapi bagi aku, dengan harga itu, mahu aku pakai ke 5-10 tahun nih. Tengok je lah highheel crocodile yang aku beli tu. Dah la color puteh, dengan harga RM50.00 tu je aku pakai dah 2 tahun. Inikan pula corcs yang harganya RM209.00. Berpatutanlah kan? Sebulan kumpul RM17.41 cukup setahun dapatlah RM209 kan? Inikan pula 5-10 tahun. Tengok margin k.. Nyehh...

Thursday, December 11, 2008

daY 3: MoNDaY 8 Dec 2008, SeberaNG TakiR

Posted by Unknown | 8:37 PM Categories:
Salam Aidiladha... Penat sungguh tapi Aidiladha perlu disambut. Lepas solat kami sekeluarga ke rumah acik. Korban di sana. Yang ambil bahagian dalam korban terdiri dari Acik, Abah dan sanak sedara serta jiran Acik. Inilah first time experience sambutan Aidiladha keluarga kami di Terengganu. Sebelum ni tak pernah. Kami hanya beraya di Kedah. Dan kalau zaman aku belajar dulu lagilah, aku tak balek kampung pun. Pendek kata bagi kami sambutan Aidiladha tidak begitu meriah. Lain pula halnya bila disambut di Terengganu. Rasa gembira walau penat. First time aku tengok orang sembelih lembu. Ke hulu ke hilir aku lari takut tengok lembu menggelupur. Theheh. Malu,malu... Si Wazif dengan muka tak bersalah dok pegang ekor lembu, telinga dsb. Aku lak penakut pahet! Nyehh...
Lembu korban.
Pokdi sedang membuat persediaan.
Tuan rumah menjamu tetamu di dapur.Comeynye sepupuku... Insyirah dan Iman.
Sedang melapah kulit-isi lembu.
Keadaan yang genting! Nyehh..
Kerja-kerja pembahagian.
Selesai perayaan petangnya aku-Nisa-Abang Cik keluar ke Kuala, mencari rim baru. Itulah Mek Ngoh, nok sangat nampak lawa keta tu sekarang dah susah. Rim spare tak boleh guna sebabnya saiz tak sama. Merata kami mencari di Kuala namun tak ada kedai tayar pun yang buka. Mama dan mak-mak sedara aku dah pujuk suruh ambil je MC memandangkan keadaan tayar yang tak boleh nak jalan jauh. Kedai pulakk mana nak buka raya-raya ni. Aku tawakkal. kerja banyak, cuti dah habis. Nekad. Kalau tak ada jugak aku nak gi airport beli tiket. Alhamdulillah... Akhirnya setelah puas berusaha kami jumpa satu workshop di Pulau Rusa. Rim 14", Wira punya. Kami bantai janji masuk. Naseb baik murah je. RM45.00. Punya la spare dalam poket ni beratus-ratus takutnye mahal. Alhamdulillah dipermudahkan Allah...

Balek rumah aku tolong Nisa cuci Viva. kesian lak tengok dia mencuci kereta sensoang walhal aku menumpang sekali. Kena pulak tahap kekotoran tu amatlah dasattt... Selesai mencuci tak sempat nak mandi mama ajak ke rumah Angah... So kami berkonvoi dengan Pokdi dan malamnya baru balek... Yang frustnye, kereta baru cuci kene langgar lopak banjir lagiii... Uwaaa!!! Balek rumah klepak-klepuk letih, makan, tengok gambar ramai-ramai then zzzzz... Esok nak balek KL. Erghh..
Pagi yang amat sejukk. Tak perlu ada aircond. Apartment ni ada 3 bilik. Ruang rumah yang betul-betul luas. Mama dan abah di master bedroom. Abang Cik dan Adik. Aku-Nisa-Fatin-Wan-Akilah. Tapi aku dan Nisa tidur di hall. Ada tilam extra yang tebal. Sungguhlah sejukkk. Tak perlu aircond. Bangun pagi bergambar dulu. Kemudian mandi dan breakfast. Mama masak. Wan surrender sebab nak basuh tangan pun menggeletar. 9.30 pagi kami turun. Tapi terpaksa naik semula sebab Wira tak boleh nak gerak. Minyak silinder perlu ditukar. Aku-Abang Cik-Mama ke Pekan Brinchang mencari stesen minyak untuk membeli minyak silinder. 10.30 pagi baru mula gerak. Singgah membeli souvenir-bunga-dsb di area Brinchang.

Kemudian perjalanan perlu diteruskan ke Ladang Teh BOH Sungai Palas, our last pit stop sebelum journey to Seberang Takir. Abah target sampai ke Tasik Kenyir sebelum malam. Malangnya, perjalanan ke Ladang Teh BOH Sungai Palas terasa amatlah lama dek kerana kereta yang bersusun banyaknya. Jalan bengkang-bengkok yang amat kecik. Dengan bas dsb. Maka kami stuck agak lama sebelum sampai. Ketepi-reverse-kedepan dsb. Hampir putus harapan.

Akhirnya sampai ke destinasi. Pemandangan; amatlah sungguh cantek+menawan tertawan. Tak sia-sia kami datang. Namun manusia amatlah ramai. Tak sangka aku, ingatkan Wan tak mampu nak daki jalan landai ke kilang Teh BOH tu. Rupa-rupanya sampai jugakkk.. Terus gi shoping ngan mama. Kami; aku-abah-nisa-abang cik-fatin-aiman-akilah singgah panaskan tekak dengan beraneka jenis perasa teh panas dari jenis SONGKET. Selesai panaskan tekak baru ke kedai TEH membeli sebarang sekotak dua TEH dan souvenir dibawa pulang dan melawat kilang Teh BOH.

Kami tak lama kerana mengejar masa. Ditambah berlumba-lumba dengan manusia yang ramai tu nak mendaki kaki bukit pulang dengan kereta (elak jem). Namun, tak sampai separuh perjalanan klash Wira problem. Jam 1.30 petang. Kami terpaksa berhenti. Transfer Wan dan Mama ke Viva, Abang Cik dan Nisa bawa mereka pergi shoping sayur kemudian mencari bengkel. Aku dan Fatin meneman abah di lereng bukit ladang Teh BOH. Hujan renyai dan cuaca amatlah sejuk. Tak sia-sia aku bawa kot dan hawl. Dan juga Fatin. Selain kami ada sebuah Wira yang bermasalah sama seperti kami. Menunggu agak lama, 2.30 petang. Aku roger Abang Cik, katanya masih di pekan Brinchang yang jem. Ada satu workshop. Makanya setelah mendapati kereta dah hilang bau, kami teruskan perjalanan ke workshop. Mujur kami berkonvoi. Abang Cik dan Nisa dah jumpa wokrshop.

Sampai di workshop terpaksa menunggu 2 jam. Itupun diganti dengan klash 2nd-hand. Kalau nak tunngu yang baru 6.00 petang baru sampai. Oh tidakk.. Abah tukar break sekali. Selain kami, ada 3 kereta yang sama masalah; klash. Fuh. Bayangkan betapa mencabarnya keadaan jalan yang jem di Cameron... 4.45 petang siap.

Kami bertolak dalam keadaan yang jem menuju ke Gua Musang dari Cameron Highlands. Keadaan sepanjang jalan hujan renyai dan lebat. Kereta tak banyak selepas Brinchang on the way ke Gua Musang. Akhirnya sampai ke Gua Musang 7.30 petang. Nampaknya target abah dah tersasar dek keadaan yang kami tidak sangkakan. Perjalanan diteruskan ke Felda Aring melalui route ke Kuala Krai/Kota Bharu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Sebelum sampai ke Felda Aring kami akan melalui Felda Ciku. Suasana amatlah gelap dan menyukarkan perjalanan kami. Abah pun tak pernah sampai ke jalan tu waktu malam. Sebaik masuk ke Felda Aring jalan amatlah tidak elok. Kejap ada tar kejap tiada. Gelap gelita melainkan lampu kereta Wira dan Viva. Sekali sekala ada kenderaan lalu-lalang namun tak banyak. Rumah pun tak banyak. Kami melalui guard post kerana kawasan itu sempadan Kelantan-Terengganu. Ada banyak lembu di sepanjang perjalanan dan kenderaan tak boleh laju (tapi apak aku maintainnn laju. Nyehh). Sampai suatu jalan kami berhenti menolong satu kereta yang terperosok atas tanah selut yang tinggi. Akhirnya kami konvoi bertiga. Jalan di Kenyir pun menyeramkan. Kerana jalan itu belum dibuka kepada umum walaupun sudah ada tar dan signboard. Masih tiada lampu. Perjalanan lebih kurang 1 jam sebelum sampai ke Kuala Berang. Jalan di situ banyaklah lopak memandangkan hujan yang tak berhenti. Akibatnya, rim Viva Nisa bengkokkk.

Selepas melalui Kuala Berang kami melalui Manir dan akhirnya sampai ke Seberang Takir pada jam 12.00 tengah malam. Sungguh memenatkann... Sebelum zzz makan bihun goreng Cumah masak yang amat sedap. Tq Cumah. Pahtu zzzz. Esok raya.

daY 1: saTuRDaY 6 Dec 2008, KL-CaMeRoN HiGHLaNDs

Posted by Unknown | 1:33 PM Categories: , ,
Kami bertolak 8.30 pagi dari rumah. Melalui MRR2 as we drop by area Zoo Negara kerana menumpangkan Farah yang ke rumah kakak. Dalam kereta kami bertiga; aku, Nisa dan Fatin. Naik highway tol Sungai Buluh. Keadaan highway ok. Cuma kami stuck 3 kali jem all the way ke exit Simpang Pulai. Actually boleh je nak naik Cameron melalui Tapah. Lagilah dekat sebab apartment yang dibooking pun di Tanah Rata. Namun, mengenangkan dalam Wira ada 6 orang yang perjalanannya pula selama 2 jam dari Pendang dan dari Simpang Pulai nak ke Cameron tu mahu 2 1/2 jam, maka kami pun berkeputusan nak jumpa di exit Simpang Pulai. Abah bertolak jam 9 pagi. Tapi lepak di rumah Wan Kedah dulu kletap-kletung 10.00 pagi baru kat Padang Lembu. Kami pula stuck jem. Akhirnya sama-sama cantek keluar exit Simpang Pulai dalam 12.30 tengah hari. Dah berjejak-kasihan kejap, kami teruskan perjalanan. Transfer Aiman ke Viva so selesalah sikit Wira; Abah, Mama, Wan, Abang Cik dan Akilah.

Highway Utara-Selatan yang sesak.
Perjalanan diteruskan. Sungguh cantek pemandangan. Jalan pun jauh lebih elok compared to Tapah. Untuk sesiapa yang kurang mahir dengan jalan bengkak-bengkok dan suka menyaksikan pemandangan yang cantek, adalah disarankan menggunakan jalan Simpang Pulai-Cameron kerana jalan ini adalah jalan baru dan adalah amat selesa. Namun, nak sampai ke Tanah Rata melalui Brinchang, amatlah jem. Kereta banyak. Mostly chinese dan plat number kereta banyaklah SGH. Mungkin kerana musim cuti Raya Haji.

Lalulintas di Cameron yang sesak.Justify FullExcitednye kami...Baru sampai. Wan mabuk dalam kereta.
Plan asalnya nak ke Ladang Teh Sungai Palas sebelum check-in, kerana ladang teh tu just on the way ke apartment. Malangnya tuan rumah nak balek kampung beraya, so nak tak nak terpaksa check-in dulu. Ditambah dengan cuaca yang hujan renyai, maka kami tukar plan. Check-in-makan-solat-kemudian jalan-jalan sekitar Tanah Rata. Kami check-in 2.30 petang. Keluar semula 3.30 petang menuju ke; STRAWBERY PARK-MARDI-SMOKE HOUSE. Malangnya Strawberry park close sebab public holiday. Makanya kami hanya boleh melawat side sebelahnya yang menjual kaktus dsb. Dapatlah Aiman membeli kaktus 7 for RM10 dan aku membeli pokok bunga hijau yang aku lupa namanya... RM8.00. Bersiar-siar di Mardi pun best. Kami masuk 4.30 petang. sempatlah melawat Pusat Jualan sebelum tutup 5.00 petang. Kami masih boleh bersiar-siar di MARDI selepas 5.00 petang. Ada kilang teh, ladang teh, tanaman sayur-sayuran dan taman bunga yang cantek. Smoke-house pula kami singgah sebelum sampai ke apartment untuk bergambar. Adalah diingatkan, boleh bergambar di kawasan Smoke-house, dan bukannya dalam rumahnye ok. Itu hanya untuk orang yang nak mengisi perut dengan harga yang agakkk mahal. Dah kletang-kletung bergambar kami pun sampai apartment dalam 7.30 petang. Mandi, makan tgk tv dan berehat. Aku demam malam tu. Seb baik aku ingat kata-kata Farah; BAWAK PANADOL.
Apartment Desa Anthurium.
Mama & Abah @ MARDI.aku & Abah @ Strawbery Park yang close.aku @ MARDI. Ehem.Nisa yang POYO @ MARDI.
Aiman @ Smokehouse.Mama @ Smokehouse.

Wednesday, December 10, 2008

TRiP CaMeRoN HiGHLaNDs-SeBeRaNG TakiR

Posted by Unknown | 11:26 PM Categories: , ,
Hanya 4 hari; Sabtu-Selasa. Tapi penatnya sampai ke hari ni terasa. Sepertimana yang telah dirancang bersama abah, kami beraya Aidiladha buat pertama kalinya di Terengganu, memandangkan Aidilfitri tempoh hari tak jadi pulang. Oleh kerana abah menjumpai route baru Terengganu-Kedah melalui Cameron Highlands selain jalan biasa (Lebuhraya Timur-Barat), so abah mencadangkan kami bertolak dari rumah masing-masing (Pendang & Pendang) dan berjumpa di Simpang Pulai. Dari Simpang Pulai kami gerak bersama-sama ke Cameron bermalam semalam di Tanah Rata sebelum bertolak balek ke Seberang Takir pada Ahadnya. Okeh, cantek. Idea yang amat menarik dan aku terus membooking apartment DESA ANTHURIUM semalam. Harganya amatlah mahal untuk satu malam, iaitu RM350.00. Tapi apa nak buat, itulah standard harga apartment during public holiday. Bak kata pepatah, You get what you pay. Kira berbaloilah walau harga agak tinggi... Perjalanan Cameron-Seberang Takir memakan masa lebih kurang 5 1/2 jam. Ok. Disebalik keseronokan kami, ikuti kisah seterusnya betapa adventurenya trip kali ni in the next post. Tadaaaa..

Friday, December 5, 2008

bEsDaY GiRL 17th

Posted by Unknown | 10:19 PM Categories:
Busy sungguh aku minggu ni. Dengan kerja, dan tetamu aka kehadiran besday girl ke teratak Damar selama seminggu ni benar-benar terisi. Rezki hang la Teh, hadiah besday dengan aktiviti-aktiviti di KL sebelum ke Cameron. Fatin menumpang Avanza Pokdi last Sunday dari Pendang ke Shah Alam. Kemudian kami ke Shah Alam fetch her to Serdang. Seminggu di sini, aku sempat bawa Fatin ke swimming pool UNITEN selama 2 hari; Selasa-Rabu. Khamis aku dan Nisa serta Fatin ke GSC Mid Valley menonton Bolt-3D. Walaupun tahap kepenatan aku ditahap maksima ditambah dengan s*****t aku yang melampau, terpaksa kutahan demi besday girl on that day. Hari ni pula **** bawa balek kek besday to Fatin. Choc-cheese cake. Apapun, hepy besday to you Teh. Orang dah nak masuk 18, hang baru masuk 17. kuang-kuang-kuang... Best gak hang ada sini Teh. Rumah kemas, baju Along pun berbasuh. Perut pun sehattt slalu. Nyehhh.. Dah-dah gi sleep. Esok nak mulakan journey!
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube