Sunday, June 17, 2007

HePY aBaH DaY...

Posted by Unknown | 9:01 AM Categories:
Hmmm.. hepy fathers day to my abah. tahun ni hepy fathers day terasa sangat bagi aku. jarang orang memandang bapa sebagai orang yang berkorban untuk keluarga. biasanya orang hanya fokus pada ibu. tak dapat tidak untuk menyangkal jasa mama dalam keluarga amat banyak. namun tak boleh juga nak lupa jasa abah, orang yang membakar diri untuk keluarga. walaupun abah agak "cengei", serius, tak romantik dan menteri fulus yg terlalu bagus, namun jauh disudut hati abah seorang manusia yang mengambil berat terhadap keluarga. tekanan aku dalam pada nak siapkan projek ni hampir-hampir sampai ke tahap aku nak STOP di situ saja. mana taknya, kongres dah nak dekat. kerja macam-macam nak dibuat. macam mana nak concerntrate pada thesis dan projek? abah jugalah yang kelam-kabut dan risau dirumah. kadang tu aku rasa macam bersalah pada abah. setiap hari dia sms aku tanya projek, dengan suara risau. aku lak concerntrate weekend je, weekdays memang 100% pada kerja. ada juga la aku nak marah. aku boleh bayangkan perasaan dan behaviour abah di rumah. mesti 24 jam terbayangkan anak dia kat sini bersama projek dan thesis yang belum siap. mimpi pun mesti mimpikan pogramming aku tu. habis orang dia cari untuk setlekan masalah aku. bersalahnya aku... kalau la boleh pinjam DOREMON, nak je aku pinjam sekejap alat yang boleh jadikan aku genius dalam masa 24 jam pun jadi lah. kerana aku tahu, hadiah terbesar bagi abah adalah kejayaan anak-anaknya...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube