Friday, May 23, 2008

aPabiLa Nisa GaYat...

Posted by Unknown | 8:13 AM Categories: , ,
Tengoklah mimik muka NISA. Hahahahaks! Klaka seh.. No. 1: Nisa cuak gila. Aku diam je tak mau cakap apa-apa takut nanti dia suspen semua orang susah. No. 2: Gelabah seh... Takut tapi nak jugak tengok kat bawah. No. 3: Ceh.. Dah maken steady. Aku bagi terapi pernafasan. Tak tau la dia ikut ke dak terapi aku tu. No. 4: Baru nak senyum depan camera. No. 5: Baru nak pakai sunglass.. Hoheh. Konon bergaya la tu... Hmm, Kecik-kecik dulu aku ingat lagi, naik kereta kabel kat Penang tu sampai menangis si Nisa ni. Theheh. Gaya je lebih tapi gayatt... Sama le dengan yang seorang lagi tu... Naseb baik gamba dia tak dicapture.

Thursday, May 22, 2008

sedaPNYe MaKaN di JB...

Posted by Unknown | 8:49 AM Categories: , ,
I really will miss CHAR MEE and KACANG POOL. Sedapnyeeee...

wHeN MAS is CaPTuriNG...

Posted by Unknown | 8:46 AM Categories: , ,

Tuesday, May 20, 2008

triP JB-SINGAPORE 17-19 MEI 2008

Posted by Unknown | 1:29 PM Categories: , , ,
Tanpa sebarang perancangan yang rapi, kami telah bersetuju menerima pelawaan Kak Niza untuk menjalankan trip ke JB dan Singapore sempena cuti perayaan wesak baru-baru ini. Fuh. Dalam mulut tak ada duit tu juga kami pergi. Kena pula orang kata pas sementara untuk ke Singapore dah tiada, so terpaksa buat pasport. Hari pertama kami sampai ke JB awal satu jam, terus check-in di Seri Malaysia dan kemudian memulakan journey ke Kota Tinggi Waterfall selepas makan ci mee di Hutan Bandar. Perjalanan ke sana taklah jauh sangat. Tapi yang aku perasan, segala-galanya perlu duit di Johor. Nak masuk waterfall saja dah RM9.00/ person. Belum masuk bayaran parking lagi. Walhal air terjun tu standard dengan tempat peranginan yang lain. Walau apapun, aku and the geng tetap enjoy mandi-manda di sana. Balek waterfall, malam kami habiskan di Danga Bay. Makan, shoping dan beriadah dengan basikal. Enjoy... Esoknya baru mulakan perjalanan ke Singapore dengan menaiki bas ekspress. Terkejut aku. Tambang nak ke Singapore dari Larkin hanya RM 2.50 je. Huh. Heheh. Patut la rakyat jelata di sana senang sangat keluar masuk. Di Singapore kami explore macam-macam tempat dengan hanya berjalan kaki. Kami ke Sim Lim Plaza. Di sana aku shoping camera waterproof. Theheh.. Dah lama cari. Murah aja, SGD 390.00 aja tak termasuk memory card. Kemudian kami ke Little India. Aku beli sari untuk buat baju raya... SGD 35.00 aja. Then kami lunch di Arab Street. Di sana aku beli key chain as a souvenir. Then kami menaiki bas ke Sentosa Island. Stop di Harbour Front dan kemudian naik cable car ke sana. Tengoklah muka Nisa yg hantu gayat naik cable car. Belum lagi tengok dia naik Skyride. Klaka giler seh... Selepas round Sentosa Island kami ke Orchad Road, menuju ke Takasimaya untuk last shopping (Kak Ju n Kak Niza je... Aku tak mampu). Dah tengah malam barulah kami sampai ke JB dalam keadaan yang amat-amat penat, lenguh dan stress. Tapi sempat lagi mandi dan have supper di Restoran Singgah Selalu. Esoknya sebelum bertolak balek kami sempat merasa KACANG POOL. Sedapnyeeee. otw nak sampai ke KL tu sempat lagi singgah Ayer Hitam, Muar dan Tangkak. Hasilnya, hari ni kaki aku berjalan bersimpang siur. HEheh. Satu pengalaman manis yang penuh onak dan duri.

Monday, May 12, 2008

PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI)

Posted by Unknown | 12:38 PM Categories:
Dalam sibuk melayari web gov, aku tersinggah sekejap di web ini: http://www.pmo.gov.my/. Sekadar untuk pengetahuan bersama, dihuraikan sedikit maklumat berkaitan (Info bagus untuk interviu!). Antara ciri-ciri utama yang terkandung dalam modal insan adalah:

1. Sopan Santun-2. Berdisiplin-3. Dinamik-4. Inovatif-5. Kreatif-6. Sihat-7. Patriotik-
8. Berilmu-9. Berkeyakinan-10. Nilai Murni-11. Beretika-12. Berbudi Pekerti

Apa yang aku dapat rumuskan, dengan adanya PMI sebagai penjana kepada Wawasan 2020, adalah menjadi harapan negara agar dapat membangunkan individu supaya menjadi sebuah bangsa yang berilmu pengetahuan disamping mempunyai nilai-nilai murni dalam diri. Sehubungan itu, Malaysia akan mempunyai sebuah rumpun masyarakat yang berbilang bangsa yang cintakan negara serta menghargai tradisi dan warisan zaman. Antara aktiviti yang dapat dilihat berkait dengan PMI adalah Penubuhan Institut Integriti Nasional yang bertujuan untuk membina keupayaan modal insan bagi membanteras rasuah, penubuhan PEMUDAH bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian oleh jentera kerajaan, mewujudkan NCER, ECER, GLC dan Iskandar Malaysia bagi tujuan pembangunan ekonomi dan sosial yang baik dan juga Islam Hadari.

Next Time You ThiNK LiFe is HARD...ThiNK AGaiN!

Posted by Unknown | 8:32 AM Categories:
Tersentuh aku apabila menerima email ini. Hanya untuk berkongsi keinsafan, moga kita bersyukur dan menghargai apa yang telah tuhan beri pada kita sebagai satu pinjaman dunia... Andai ada satu ketika anda terasa kekurangan sesuatu pada diri sendiri, maka fikirlah tentang orang yang lebih susah dari anda. Jika orang yang sebegitu dapat menjadi seorang yang berjaya, maka itulah yang patut anda risaukan. Aku tertarik dengan petikan ayat Nick Vujicic yang lahir tanpa tangan dan kaki ini --> REMEMBER, WHEN YOU BUSY JUDGING PEOPLE, YOU HAVE NO TIME TO LOVE THEM. Sekadar untuk peringatan buat sahabat-sahabatku dan diriku sendiri...

JaLaN-JaLaN HuJuNG MiNGGu

Posted by Unknown | 8:16 AM Categories: , ,
Minggu ini adalah antara minggu yang agak memenatkan buat aku. Hari Sabtu kerja aku di rumah mengemas, mengecat dan memodify sikit susun atur rumah. Theheh. Macam biasa hobi aku... Nanti aku upload gamba design baru tu. Ahadnya pula tanpa diduga dan tanpa sebarang planning aku mengikut sahabatku meronggeng di Melaka Bandar Bersejarah. Best juga jalan-jalan di Melaka. Pusing-pusing di Bandar Melaka tu saja dah sehari suntuk. Hajat aku nak ke kota A famosa tu saja. Tup-tup banyak juga le jalannya. Siap dah ada Menara Taming Sari lagi. Tak sangka selepas 10 tahun Melaka banyak berubah. Memang tak cukup satu hari kalau nak berjalan di Melaka. Aku katakan pada pemandu beca, "Bertuah abang jadi rakyat Melaka. Senang nak bawa kawan jalan-jalan". Eespecially kalau kawan kita tu foreigner. Pergi bandar je dah macam-macam tempat bersejarah.

Tuesday, May 6, 2008

PeNDaNG Mei 2008 - MoMeNts CaPTuReD

Posted by Unknown | 11:25 AM Categories: , ,

PeNDaNG Mei 2008

Posted by Unknown | 10:48 AM Categories:
Sempena cuti hari buruh ini, aku dan Nisa dah bercadang untuk pulang ke kampung dengan viva barunya itu --> JKT (Johor-Kedah-Terengganu). Alhamdulillah, perjalanan kami dari KL ke Pendang bermula 30 April dan Pendang-KL pada 4 Mei lalu selamat... Seronok rasa cuti kali ini walau agendanya tidak begitu banyak. Seronok kerana cuti kali ini Peyuh ikut bersama dan di Pendang Wan Trg dah menanti. Macam biasa kami akan melawat kebun Abang Cik. Alhamdulillah bisnes Abang Cik dah makin steady. Dah ada 2 pekerja so ringanlah sikit beban dia. Hari-hari kami makan besar sebab Wan asyik memasak aja. Hari Jumaat kami melawat Mak Su di Sungai Dedap. Nisa nak bagi Wan Kedah merasa kereta barunya tu.. So berkonvoilah kami. Sabtunya pula konvoi ke Alor Setar Mall, hajat di hati nak bagi sokongan pada Fatin, dia mewakili sekolahnya dalam Pertandingan Spell-It-Right anjuran NST dan RHB. Tapi sayangnya kami sampai Fatin dah sudah dah bertanding. Sudahnya kami menonton orang lain bertanding dan berjalan-jalan di sana. Kemudian balik singgah Pekan Rabu dengan Wan dan Mama... Hmm.. Itu sajalah agendanya. Selebihnya melepak di rumah makan-makan dan main PS2... Apapun we have a great time spending with our lovely FAMILY...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube