Friday, May 21, 2010

AF8 Final

Posted by Unknown | 3:26 PM Categories:
Rehat tadi sempat lagi aku mencilok ke Stadium Tertutup Bukit Jalil membeli tiket ini. Semalam Peyuh nak membeli di Hard Rock Midvalley, tapi sayangnya tiket RM 10 dan RM20 habis sudah... Yang ada RM50. So hari ini aku mencuba naseb @ Bukit Jalil. Memula nak ambil free seating, RM10. Tapi perempuan ni bila dah dipanceng abang kaunter tiket, cepat sajork menukar halatuju. Melaju je aku pilih group paling hadapan stage. Seat adalah membelakang sikit dek hari ni pun dah Jumaat. Kami bukan fanatik AF8. Kami adalah peminat biasa-biasa. Suam-suam towel. Melama sudah tak pergi konsert, dapat menengok Shahir jarak dekat pun jadilah... Gege. Faranaz, we all miss u. Lama sudah kita tak berhiburan sama...

Good Morning FRIDAY...

Posted by Unknown | 8:35 AM Categories:
Yeeahh motif letakkan muka ini adalah untuk memberitahu hari ini aku memakai baju warna hitam dan shawl biru merliklap... Mulakan Jumaat dengan semangat kobar pagi-pagi ini. Sambil menunggu nasik lemak otw. Gegege. Pagi tadi sebelum keluar aku dapat sedikit tips dari Malaysia Hari Ini. Aku tak ingat segmen apa tapi dia jemput Ustaz untuk diskusi. Ada 1 tips ustaz beri untuk kita yang dilanda stress. Apabila kamu rasa stress, ungkaplah ayat ini, "Lahaulawala kuwwata'illa Billah" yang bermaksud, "Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah"... Selain itu, amalkan solat Duha... Itu saja yang sempat aku dengar. Jadi, marilah kawan-kawan yang rasa diri agak stress, kita amalkan bersama. Moga kita mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T. 

Home Decor??

Posted by Unknown | 12:24 AM Categories: ,
Last weekend tinggal sensorang on Saturday, langsung merajin kemas rumah. Decor sikit sana sini. Tiba-tiba terfikir nak mendecor the next week. Nak cat dinding baru... Lagi. Haish elok untuk terapi.... Jika anda stress, cari aktiviti bermanfaat untuk dijadikan mangsa yerp. Hmmm.. Nak buat color apa? I did a survey, better cari color yang cool so psychologically your home become cooler. Elok sangat di musim panas membahang ini. However... Weekend ni gaji belum masuk... Duit yang tinggal ketul ketul kecik sajork. Mampu kau nak beli cat?? (Nangis!!)

Better keep silence

Posted by Unknown | 12:12 AM Categories: ,

It’s been quite a long time I just keep it. Voices keep saying to through it. But tongue is freezing. Because heart is dying. It’s hard to teach people. It’s hard to change people. It’s hard to tell people what exactly they should do this and that. We don't have an option rather than face it with pain. Person who is always misunderstanding what we want to give is bullshit. So just ignore them. Learn how to face this species. Learn how to ignore this species. Then you would live happily ever lasting.

Thursday, May 6, 2010

my friends new born

Posted by Unknown | 11:56 AM Categories:
Ini babygirl Ita. Lahir pada 2 Mei 2010 7.05 pm dengan berat 2.8 kg di PPUM. Nama diberi Alisha Qistina. Dapat mms Ita, "Black ke white?  White rasanya". Theheh. Kelakar. Nasib baik comey Ita... Mesti ikut muka mommy ni...
Ini pula baby Farah... Lahir pada 6 Mei 2010 8.20 am dengan berat 3.25 kg di Hospital Putrajaya. Nama diberi Fitrah Nada Sinna. Ini ikut muka mommy ke bapak? ke muka acik Yana atau acik Peyuhh?? Theheh... Yang ini confirm putey. Adoihai. Seronoknya sahabat-sahabat a.k.a bekas teman serumah aku ini. Masing-masing mendapat anugerah yang comel-comel... Sejuk mata makcik-macik yang memandang. Tetiba makcik ini rasa nak beranak jugak. Gegege...
Oh yang ini?? Fatwa Nada Suri. Umur kamu dah 2 tahun. Kamu dah mendapat adik yang comel. Dan kamu telah bergelar kakak. Kamu juga semakin nakal. Ce tengok gambar yang mommy kamu mms ini. Kamu boleh terlelap sambil terduduk memakan keropok. Walau apapun kamu, makcik-makcik ini tetap sayangkan kamu...
Anyway, tahniah buat my beloved friends, Farah dan Syawal juga Ita dan Shah atas kelahiran new born girls uols... Sebagai sahabat, kami menumpang gembira atas kegembiraan korang... Semoga mereka menjadi anak yang solehah dan berjaya in the future... Amin.

Sunday, May 2, 2010

sejarah hari ini

Posted by Unknown | 8:00 PM Categories:
Wah. Weekend yang busy + tired + exhausted. Tetapi, hati gumbira baru. Acik dan keluarga telah membuat lawatan ke KL sempena cuti buruh ini. Yelah, Terengganu dapat cuti hari Ahad. Mahu tak lepas peluang Acik nak jumpa putera nombor dia di Kisas ni. Hotel Acik adalah @ rumah Pokdi. Dan tuan rumah telah merancang membuat BBQ untuk keluarga. Apalagee... Jumaat malam Sabtu kami adik beradik bermalam di rumah Pokdi setelah tak sampai hati dengan pujuk rayu Wan. Ingat nak balek lewat malam after BBQ sementelah lalulintas pada malam itu amatlah kucar-kacir. Might be sebab esoknya hari buruh.... Jadi kami pulang ke rumah subuh Sabtu dek Nisa ada training. Aku angkut Wan sekali balek rumah. Boleh Wan rehat-rehat sambil diiurut... Tengah hari pergi mengantor Fatin bersama Wan. Shift petang. Then shoot ke sales Metrojaya @ Stadium Shah Alam. Aku ingatkan nak bawak Wan jalan-jalan di Jusco territory aku. Tapi semangat pulak Wan nak pergi sales Metrojaya. Ikutkan sajork. Naseb baik idookkk dibawa ke IKEA. Aku pulak ala-ala selsema yang tak kebah-kebah dengan batuk.. Jadi kalau makan ubat semestinya badan tidak bermaya gitu. Selesai meneman Wan menshoping barulah bawa Wan balek ke rumah Pokdi... Dah flat gitu.Nak balek petang hujan pula. So tunggu after magrib baru gerak...Esok sebelum balek Ganu Acik nak singgah rumah. Yelah, dah berkali mari KL belum sampai-sampai ke Serdang ini... Nak dijadikan cerita, Acik mensyarat pulak nak datang rumah... Takmo makanan tunjuk. Nak makanan yang dimasak sendiri. Ala-ala original air tangan gitu. Haru aku jadiknya. kau bayang la, dah lama bangat dapur rumah tak berasap melainkan asap megi. Mahu tak mahu demi mak sedara aku turutkan... Naseb baik minta spaghetti. Walau aku tak pernah masak spageti myself, namun aku ada pakar kat rumah tu. Balek singgah Jusco Equine beli barang bagai. 11.00 malam buat caramel segera. Tukar cadar baru dan zzz.. Ahad 9.00 pagi dengan semangat kobarr bangun potong bawang tomato bagai dengan Peyuh. SMS Nisa dan Fatin. Laju je refleks kalau ada berita masakan. Cepat je dua beradik tu sampai rumah. Acik sekeluarga dan Pokdi sekeluarga menerjah ke rumah 2.45 petang. Dan aku gembira melihat mereka makan dengan selera. 

Tapi sayangnya.. Aku lupa men"snap" gambar keluarga, makanan dan lain-lain peristiwa. Aku ala-ala bingung gitu. Hahah. Yang boleh di'snap' buat masa ini hanyalah cadar baru yang kuidamkan selalu... Cadar Jean Perry 100% Cotton sangatlah lemmbutt sejuk bagai dan berwarna PINK. Acik bertolak 4.oo petang. Pokdi juga langsung balek ke Shah Alam...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube