Thursday, March 31, 2011

I've got Fever. Howeverrrr

Posted by Unknown | 12:48 PM Categories:
Tetap maintain pergi kelas ngaja on Saturday dan make up artis on Sunday. Gagah aku gagah eh. Cantek tak aku make up Peyuh setelah sekian lama tak make up? Theheh. Lite lite je sebab Yuh kata konsep kali ni natural beauty. Beauty kan? Fotoshot kali ni di Tasik Pullman, nearby swimming pool yang kami biasa lepak. 



Tuesday, March 22, 2011

TQ Cik Paten

Posted by Unknown | 6:27 PM Categories:
Busy ah sampai tak sempat post entry hepi bday for myself. Anyway, tq Cik Paten for your bday wish post: http://fatinazizan.blogspot.com/2011/03/some-like-sunday-some-like-monday-but-i.html
Cantek hang letak muka along ye, walaupun itu muka usia 29. Bagus bagus kenang jasa kakak. Inilah contoh adek yang baik... Amalkan selalu. Nanti along beranak tolong balas jasa lagi. ai suke ai suke.


Hadiah hari jadi Ohh

Posted by Unknown | 12:29 AM Categories: ,
TQ so much la MekNgoh kerana telah bermurah hati menyumbangkan sepenuh wang dan tenaga kerja untuk menghadiahkan aku hadiah terhebat sempena hari jadi aku tahun ini. Oh sungguh bermakna oh bersama-sama angka hari jadi. Makaseh la banyak banyak eh. Walaupun hang punya hadiah ni belum berfungsi sepenuhnya lagi, aku dah tak sabaq sabaq nak postkan juga dalam entry termahal aku ini.. Gatal sudah tangan nak mengklik POST. Walau mesin tak jalan lagi tapi aku tetap hepi nak mandi oh. Rasa panas je kekdahnye. Hang tak caya? Ce cuba ce cuba. Hakikat sebenaqnya, aku resepek hang gigih gi survey barang, gigih buat wiring Sabtu suntuk + hari ni.. walopun dinding rumah tebal macam lemak aku yang degil ini. Oh respek oh respek... Makaceh eh.

Wah best ai nanti boleh mandi air panas pagi pagi tak perlu jerang air dah... Ce tengok aku dah letak sabun dah atas tue..
Comey kan Mek Ngah buat wiring. Ha ni aku bagi cadangan, buat gadis-gadis yang nak mencari wanita wiring, silalah hubungi saya. Kot la korang segan panggil wireman lelaki... Boleh dipaskan kepada:
Nisa a.k.a K-Own a.k.a (Mek Ngoh aku saja + kembaq boleh panggil)
Tetiba semangat basuh baju malam malam. Ada kaitan??

Sunday, March 13, 2011

Once upon a time they are small...

Posted by Unknown | 2:40 PM Categories:

Melihatkan dua orang adek aku especially Eman masa kecik, rasa macam nak 'pause'kan saja usia budak-budak tu. Empat tahun lalu masa tengok gambar atas ni, ingatkan budak-budak ni dah cukup besar. Tapi Bila tengok sekarang, bertambah besar saiz dan tahap matured adik-adik aku yang kecik ini. Ingat masa mereka baby. eeee geram. Ce tengok ce tengok gambaq bawah. Terbukti kebesaran mereka maken bertambah kan. Especially saiz misi Paten. Hm, sorang dah nak jadik misi. Sorang lagi bercita-cita nak jadi tentera. Kak Long doakan kejayaan kamu semua walau apa bidang kamu ceburi as long as ianya ke jalan kebaikan...

Sunday, March 6, 2011

Khamis 9.30 pm. Parking sesuka hati menunggu abah-mama-adek. Paling dekat paling bagus.
Jumaat 7.00 pm. Abang Cik dah selamat sampai... Keluarga kami dan Pokdi @KLIA.
Abang Cik yang putih vs aku yang cacat vs budak kecik yang sibok nak masuk jugak.
Sesi belek souvenir. Penin mama tolong atur untuk abang cik.
Kasut untuk abah bawak ke sawah. Theheh.
Sempat pergi swiming @ Pullman walaupun hujan renyai.
Ahad hari jalan-jalan shoping @ Loyat/ Pasar Road. Owh budak ini dapat camera dari Jepun. Jadi dia mencari memory card utk cameranya. holoh.
 + makan-makan @ Kerinchi.
Makan lagi.
Ahad 9.00 pm. Selamat pulang abah-mama-adek-abang cik-to Pendang.

Thursday, March 3, 2011

Welcome Home Abang Cik!

Posted by Unknown | 10:28 PM Categories:

Abang Cik balek sudah... Cerita lanjut di sini: Mek Paten. Oh penat oh. Mama abah dan Aiman sampai Khamis malam Jumaat. Abang Cik tiba KLIA Jumaat 6.30 pm dari Narita Airport. Tak lama mereka lepak sini. Ahad dah balek Pendang. Jumaat aku cuti, Sabtu kelas, tinggal Ahad je hari berjalan. Tu pun bukan jalan sangat. Pergi Loyat cari barang-barang abang Cik dan Mek Faten, kemudian ke Pasar Road. Maklum la, Abang Cik bawak balek device dari Jepun, takut power not compatible dengan Malaysia. Have too mencari apa-apa yang sesuaii. Especially Faten, dapat hadiah istimewa dari Jepun. Wauw. Tahniah buat Abang Cik dan rakan-rakan akhirnya berjaya tamatkan misi mereka dengan jayanya... Dan tak lupa terima kasih buat  Faranaz yang membuka peluang buat Abang Cik. Harapan kita, Abang Cik dan rakan-rakan mempergunakan ilmu dan pengalaman di sana sebaik mungkin untuk masa hadapan mereka di bidang pertanian! 
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube