Thursday, September 28, 2006

aBaH sakit Batu KaRaNG

Posted by Unknown | 5:55 AM Categories:
pagi ni aku dapat sms dari Nisa, bagitahu abah masuk spital 1 hari kerana batu karang. Ya ALLAH, sejuk 1 badan aku dapat sms tu. selama ni abah sehat, tak pernah jatuh sakit. tetiba dikabarkan kepada aku berita mcm ni. terus aku tak jadi nak lelap sementara tunggu nasik masak untuk bersahur. dalam pukul 5 pagi aku call rumah pendang. bercakap dengan abah. rupa-rupanya dah seminggu. marah aku. family aku selalu macam tu. info lambat sampai. reason tak mau aku risau.. abah kena masuk air. lepas tu boleh keluar. makan ubat, sebab tu tak boleh puasa. 1st day puasa lak tu. ALHAMDULILLAH abah kata bukan tahap kronik. ahad nanti pergi jumpa DR pakar. harap sangat tak ada apa-apa. mama kata pasal bab keputusan nak raya kat kedah or terengganu, tunggu result ahad ni. bagi aku semua tu tak penting. yang penting abah sehat. tapi aku nak juga balek ganu sebab wan pun tak berapa sehat... next week INSYA ALLAH aku nak balek pendang. terpaksa sacrifice class pada hari ahad. sebab kalau aku tak buat mcm tu, bila lagi aku boleh balek tengok keadaan abah dan berbuka bersama keluarga? dah la cuti kerja aku hadkan untuk aktiviti pelajaran aja. ikutkan hati nak aja balek esuk. tapi minggu ni turn presentation aku. tengok condition abah pun OK, so aku plan balek next weekend. Ya ALLAH, kau peliharalah kesihatan ahli keluargaku dan juga rakan-rakanku. amin.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube