Thursday, September 29, 2011

Abah is retired

Posted by Unknown | 10:34 PM Categories:
Khamis, 29 September 2011,

+1 more day genap usia abah 59 tahun. Maka bersara sudah abah... Mama kata hari ni was really exhastauted. Cikgu-cikgu satu kapal mengiring abah pulang ke rumah. Oh abah sungguh terharu tetapi tetap kontrol air mata. Somehow, jatuh juge air matanya bila ada seorang cikgu peluk abah sampai nanges-nanges... Mahu tidak. Dah lebih tiga puloh tahun abah acting as lilin yang membakar diri.

sorry Faten, I curi gambar dari blog u

Mama kata abah dapat banyak hadiah. Tapi abah tak bagi buka. Tunggu anak-anak gadis balek, buka sama-sama. Mampu ke mama bertahan menengok kotak-kotak hadiah yang menggunung?

Harus aku membayangkan Air Asia waktu ini.

Friday, September 23, 2011

Di saat aku mencintaimu-Dadali

Posted by Unknown | 11:54 PM Categories:

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta


Lirik Lagu Dadali – Disaat Aku Mencintaimu dipersembahkan oleh Lirik Lagu Indonesia Terbaru

Sunday, September 18, 2011

Syukur

Posted by Unknown | 7:14 PM Categories:
"It's a beautiful day but I can't see it,"

Petikan ayat video yang dikongsi oleh Ally Iskandar.

Tiba-tiba ulu hati merintih sedih. Memikirkan tentang betapa banyaknya nikmat yang Allah beri kepada kita. Cuma kita sebagai hamba, insan yang sentiasa merasakan kekurangan. Manusia yang sentiasa mahukan kepuasan. Oh aku insaf tiba-tiba. Syukur dengan pemberiannya.


Terkadang sentiasa tertanya, kenapa Allah memberikan kehidupan ini kepadaku. Kenapa ada yang aku mahu dan ada yang aku tak mahu diberikan juga olehNya?

Kerana Allah sayangkan kita sebagai hambaNya...

Syukur dengan setiap pemberianNya. Dugaan yang diberikan menandakan Dia sayangkan kita dan Dia tahu kita mampu mengharunginya. Kerana itu setiap dari kita mempunyai dugaan yang berlainan dan jalan kehidupan yang berlainan.

Redha, tabah dan sentiasa bertawakal kepadaNya.

Syukur Ya Allah...

Thursday, September 15, 2011

Wahai Tuhan...

Posted by Unknown | 8:54 AM Categories:
Kau cabutlah nyawa kami dalam keadaan yang baik Ya Allah. Amin.

Semalam aku mc kerana suspect cirit-birit.


Katanya Dr, "Awak nampak dah kurus sekarang. Patutlah, kurang makan rupanya. Tapi kalau iyapun, jangan diminum susu kalau perut kosong... Haruslah kamu mencirit..."

Illiana, awak memang bijak. Pilih hari mc yang ada 4 class. Bodohnya aku. Konon nak elak ganti banyak kelas maka terhegeh datang juga class petang. Bila sekalian manusia di office bertanya aku jadi blurrr..

"Kenapa? Tak boleh aku datang??"

Emosi.

Anyway, ada rahmat aku datang. Mr. VJ accident. Maka dia tumpang aku balek rumahnya yang sekangkang gajah dari rumah aku. Oleh kerana membawa pesakit, aku guna jalan plus highway. Kononnya memandu cara orang sopan memandu. OTW balek, terserempak dengan satu accident yang baru berlaku. Aku lalu betul-betul sebelah mangsa yang masih lagi terlantar di jalan raya. Baru lagi. Fresh. Ada polis sudah. Namun aku tak berani nak tengok.


Katanya Mr. VJ, "Kepala sudah tiada". Nauzubillah...

Gerun. Insaf. Takut.

Ya Allah, kami redha andai anjal dijemputMu. Namun kuminta, kau cabutah nyawa kami dalam keadaan yang baik Ya Allah.. Amin.

Friday, September 9, 2011

Salam Eidulfitri 2011M a.k.a 1432H

Posted by Unknown | 9:45 PM Categories: ,

Eden tak sompat la nak menggigihkan diri edit gambar raya banyak-banyak dan buat post macam zaman dulu kala or macam Cik Paten buat... Baru je selamat siapkan soalan Final Exam untuk dua paper. Medula oblongata aku berdenyut-denyut macam jantung bergerak hari ni. Siap juga akhirnya bila memaksa diri zzzz 3.00 pagi. Sudahnya bila mengajar 8.00 am - 12.00 pm langsung rasa tak betul. Balas dendam zzzz sampai 3.00 pm.

Sempat la eden main-main tenyeh photoshop untuk gambar khas Eidulfitri bersama adik sayang yang menjaga kecantikan. Dia ler yang menjaga aku masa aku almost nak pitam @ Jalan TAR di bulan puasa tempoh hari. OKlah dapat upah a.k.a duit raya kannn...

Anyway nak bagi ucapan: Salam... Aidilfitri! Maaf zahir dan batin dari seikhlas hati Illiana.



Wednesday, September 7, 2011

Kami pasrahhh

Posted by Unknown | 9:22 PM Categories:
Soooo tired.

Plan asalnya nak beraya di Terengganu sahaja ater dah 3 tahun tak balek beraya di sana. Sudahnya plan tetiba ditukar. Raya ketiga gerak balek Kedah. Urghhhhhhh. Jauh sudut hati-paru-jantung aku memberontak tak setuju. Banyak plan tergendala.

Mahu tidak. Tiga tahun kami tak balek Seberang Takir. Baru nak feel-feel happy dengan mak bapak sedara sepupu sepapat. Baru nak melawat Pasar Payang yang lama tak menyinggah. Baru feel-feel nak pergi melepak @ Pantai Teluk Ketapang makan sotong celup tepung sambil layan blues.

Semuanya hancus!

Bapak sendiri usulkan. Mahu nak menolak. Ikutkan abah raya kedua nak balek Kedah. Alasan nak collect padi. Urghhh abah with kerja-kerja-kerja-duit-duit-duit. Naseb baik mama backup. Dapat balek raya ketiga. Sudah itu, takkan kau sanggup tengok your dad balek sorang-sorang naik bas di hari raya??? Sanggup ke hatimu?

Harus. Terpaksa merelakan perkataan, "Baiklah bah. Kami follow..."


Consequences, raya 2011 banyak dihabiskan di jalan raya. 10 jam menghabiskan raya ke3 di jalan raya Terengganu-Kelantan-Perak-Kedah. Sampai Kedah penat-rehat. Menyempat kau nak beraya rumah orang?

Hempedu memprotes!!!!

Cerita selanjutnya baca di sini: Mek Paten misi yang garang kaki bodek daddy..
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube