Tuesday, May 6, 2008

PeNDaNG Mei 2008

Posted by Unknown | 10:48 AM Categories:
Sempena cuti hari buruh ini, aku dan Nisa dah bercadang untuk pulang ke kampung dengan viva barunya itu --> JKT (Johor-Kedah-Terengganu). Alhamdulillah, perjalanan kami dari KL ke Pendang bermula 30 April dan Pendang-KL pada 4 Mei lalu selamat... Seronok rasa cuti kali ini walau agendanya tidak begitu banyak. Seronok kerana cuti kali ini Peyuh ikut bersama dan di Pendang Wan Trg dah menanti. Macam biasa kami akan melawat kebun Abang Cik. Alhamdulillah bisnes Abang Cik dah makin steady. Dah ada 2 pekerja so ringanlah sikit beban dia. Hari-hari kami makan besar sebab Wan asyik memasak aja. Hari Jumaat kami melawat Mak Su di Sungai Dedap. Nisa nak bagi Wan Kedah merasa kereta barunya tu.. So berkonvoilah kami. Sabtunya pula konvoi ke Alor Setar Mall, hajat di hati nak bagi sokongan pada Fatin, dia mewakili sekolahnya dalam Pertandingan Spell-It-Right anjuran NST dan RHB. Tapi sayangnya kami sampai Fatin dah sudah dah bertanding. Sudahnya kami menonton orang lain bertanding dan berjalan-jalan di sana. Kemudian balik singgah Pekan Rabu dengan Wan dan Mama... Hmm.. Itu sajalah agendanya. Selebihnya melepak di rumah makan-makan dan main PS2... Apapun we have a great time spending with our lovely FAMILY...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube