Saturday, December 20, 2008

SaTuRDaY SHoPiNG...

Posted by Unknown | 8:19 PM Categories:
Hari ni Ita datang rumah. Last Tuesday aku terbaca di Star iklan LUGGAGE BEG FAIR di Jaya 33, Seksyen 13 Petaling Jaya. Oleh kerana kami semua suku kaum rumah ini akan travel suatu masa nanti, maka kami sepakat untuk bertandang ke Jaya 33 itu... Seisi rumah termasuklah Suri! So after tunggu Suri bangun tidur 11.30 pagi kami pun bertolaklah ke PJ... Sampai je disana mahu shoping sakan kiteog melihatkan harga beg yang sungguh-sungguh berbaloi dengan pengorbanan kiteog bersusah-susah ke Jaya 33. Puas. Dapat beli beg. Yelah, semua beg aku dah derma ke adik-adik di kampung. Kena pulak beg sandang aku yang satu itu terputus talinya. Tinggal beg sandang laptop je yang amatlah tidak sesuai untuk digunakan travel. Makanya aku mencari beg sandang baru. Tapi. Ehehhh... Lain yang dicari lain pula yang dibeli. Beg sandang yang aku suka harganya beratus-ratus. Makanya sudah tentu aku gagal mencapai target sebenar. Jadinya aku gantikan dengan beg travel pelbagai guna. Boleh pegang, tarik, mahupun galas. Tengoklah barang-barang yang aku beli dengan affordable price ini... Jenggg...

Travel beg serbaguna. RM20.00. Polo lagi okay.Beg ni fungsinya seperti troli. Amat sesuai untuk dibawa shoping. Boleh dibungkus jika tiada isi. RM15.00
Sling Bag. Amat sesuai untuk travel. Muat letak purse, passport dan camera. RM49.90 before discount 50%.
Shoe Bag yang aku nak guna untuk gi swimming. RM11.00
ooohhh...Puas! Jumlah = RM70.50
Hmmm.. Puas kiteog. After PJ we when to IKEA. Ita kata ada sales sekarang. Tapi aku tak nampak banyak sangat yang sale.. Standard price je.. Ada la juga yang sale macam carpet, dll (bukan favourite aku). Entahlah, aku yang tak perasan kot. Tak banyak shoping sini sebab hajat sebenar dah tercapai. Sedikit pasu, balb lampu tidur dan barang dapur yang jumlah belanja di IKEA hanyalah RM25.30. Kak Has tengok amaun ni mesti tersengih sendirian. Sebabnya dia ada IKEA Berlin tu berganda murah dari Malaysia... Huh.

Alhamdulillah. Bak kata Erna inilah terapi untuk wanita. Puas keluar shoping hari ni dengan pengeluaran wang yang amat menjimatkan. RM95.80. Sampai Damar jam 5.00 petang dan zzzz. Suri dok berbual sorang-sorang memandangkan semua tired!
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube