Wednesday, December 10, 2008

TRiP CaMeRoN HiGHLaNDs-SeBeRaNG TakiR

Posted by Unknown | 11:26 PM Categories: , ,
Hanya 4 hari; Sabtu-Selasa. Tapi penatnya sampai ke hari ni terasa. Sepertimana yang telah dirancang bersama abah, kami beraya Aidiladha buat pertama kalinya di Terengganu, memandangkan Aidilfitri tempoh hari tak jadi pulang. Oleh kerana abah menjumpai route baru Terengganu-Kedah melalui Cameron Highlands selain jalan biasa (Lebuhraya Timur-Barat), so abah mencadangkan kami bertolak dari rumah masing-masing (Pendang & Pendang) dan berjumpa di Simpang Pulai. Dari Simpang Pulai kami gerak bersama-sama ke Cameron bermalam semalam di Tanah Rata sebelum bertolak balek ke Seberang Takir pada Ahadnya. Okeh, cantek. Idea yang amat menarik dan aku terus membooking apartment DESA ANTHURIUM semalam. Harganya amatlah mahal untuk satu malam, iaitu RM350.00. Tapi apa nak buat, itulah standard harga apartment during public holiday. Bak kata pepatah, You get what you pay. Kira berbaloilah walau harga agak tinggi... Perjalanan Cameron-Seberang Takir memakan masa lebih kurang 5 1/2 jam. Ok. Disebalik keseronokan kami, ikuti kisah seterusnya betapa adventurenya trip kali ni in the next post. Tadaaaa..
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube