Thursday, December 11, 2008

daY 1: saTuRDaY 6 Dec 2008, KL-CaMeRoN HiGHLaNDs

Posted by Unknown | 1:33 PM Categories: , ,
Kami bertolak 8.30 pagi dari rumah. Melalui MRR2 as we drop by area Zoo Negara kerana menumpangkan Farah yang ke rumah kakak. Dalam kereta kami bertiga; aku, Nisa dan Fatin. Naik highway tol Sungai Buluh. Keadaan highway ok. Cuma kami stuck 3 kali jem all the way ke exit Simpang Pulai. Actually boleh je nak naik Cameron melalui Tapah. Lagilah dekat sebab apartment yang dibooking pun di Tanah Rata. Namun, mengenangkan dalam Wira ada 6 orang yang perjalanannya pula selama 2 jam dari Pendang dan dari Simpang Pulai nak ke Cameron tu mahu 2 1/2 jam, maka kami pun berkeputusan nak jumpa di exit Simpang Pulai. Abah bertolak jam 9 pagi. Tapi lepak di rumah Wan Kedah dulu kletap-kletung 10.00 pagi baru kat Padang Lembu. Kami pula stuck jem. Akhirnya sama-sama cantek keluar exit Simpang Pulai dalam 12.30 tengah hari. Dah berjejak-kasihan kejap, kami teruskan perjalanan. Transfer Aiman ke Viva so selesalah sikit Wira; Abah, Mama, Wan, Abang Cik dan Akilah.

Highway Utara-Selatan yang sesak.
Perjalanan diteruskan. Sungguh cantek pemandangan. Jalan pun jauh lebih elok compared to Tapah. Untuk sesiapa yang kurang mahir dengan jalan bengkak-bengkok dan suka menyaksikan pemandangan yang cantek, adalah disarankan menggunakan jalan Simpang Pulai-Cameron kerana jalan ini adalah jalan baru dan adalah amat selesa. Namun, nak sampai ke Tanah Rata melalui Brinchang, amatlah jem. Kereta banyak. Mostly chinese dan plat number kereta banyaklah SGH. Mungkin kerana musim cuti Raya Haji.

Lalulintas di Cameron yang sesak.Justify FullExcitednye kami...Baru sampai. Wan mabuk dalam kereta.
Plan asalnya nak ke Ladang Teh Sungai Palas sebelum check-in, kerana ladang teh tu just on the way ke apartment. Malangnya tuan rumah nak balek kampung beraya, so nak tak nak terpaksa check-in dulu. Ditambah dengan cuaca yang hujan renyai, maka kami tukar plan. Check-in-makan-solat-kemudian jalan-jalan sekitar Tanah Rata. Kami check-in 2.30 petang. Keluar semula 3.30 petang menuju ke; STRAWBERY PARK-MARDI-SMOKE HOUSE. Malangnya Strawberry park close sebab public holiday. Makanya kami hanya boleh melawat side sebelahnya yang menjual kaktus dsb. Dapatlah Aiman membeli kaktus 7 for RM10 dan aku membeli pokok bunga hijau yang aku lupa namanya... RM8.00. Bersiar-siar di Mardi pun best. Kami masuk 4.30 petang. sempatlah melawat Pusat Jualan sebelum tutup 5.00 petang. Kami masih boleh bersiar-siar di MARDI selepas 5.00 petang. Ada kilang teh, ladang teh, tanaman sayur-sayuran dan taman bunga yang cantek. Smoke-house pula kami singgah sebelum sampai ke apartment untuk bergambar. Adalah diingatkan, boleh bergambar di kawasan Smoke-house, dan bukannya dalam rumahnye ok. Itu hanya untuk orang yang nak mengisi perut dengan harga yang agakkk mahal. Dah kletang-kletung bergambar kami pun sampai apartment dalam 7.30 petang. Mandi, makan tgk tv dan berehat. Aku demam malam tu. Seb baik aku ingat kata-kata Farah; BAWAK PANADOL.
Apartment Desa Anthurium.
Mama & Abah @ MARDI.aku & Abah @ Strawbery Park yang close.aku @ MARDI. Ehem.Nisa yang POYO @ MARDI.
Aiman @ Smokehouse.Mama @ Smokehouse.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube