Thursday, October 11, 2007

BaLiK KG...

Posted by Unknown | 3:39 PM Categories:
Hari ni dicorong radio asyik keudara suara-suara orang yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Huhu. Mahu panas telinga ni. Ditambah dengan suhu badan aku yang kembali demam akibat terkena hujan pagi tadi. Sudahlah datang office kene hujan, office pula dah macam GhostHouse. Bukan setakat office ni, satu Fakulti dah macam padang jarak padang tekukur. Tinggal aku dan Prof saja yang setia menanti 4.30 pm. Hmmm.. Banyak sungguh dugaan yang harus aku tempuh. Sabar, sabar... Petang ni Nisa bertolak dari JB pukul 6.00 pm. Esok kami tiga beradik tumpang avanza Pokdi. Insya Allah bertolak 4.00 petang. Hmm.. Kalaulah aku boleh tukarkan avanza tu kepada Soyuz TM-11, mahu je aku buat. Perjalanan ke Terengganu gerenti memakan masa dan inilah yang paling aku boring sekali. Abah mama InsyaAllah bertolak pagi dari Kedah menghala terus ke Terengganu. Eiii.. Tak sabar-sabar nak sampai! Semoga perjalanan kami selamat hendaknya... Amin.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube