Friday, August 15, 2008

TaG dari FARIHAH

Posted by Unknown | 11:47 PM Categories:
Emmm... ini first time aku kene tag (if im not mistaken/misplace)... aku ni bukan pandai game tag-tag ni. Anyway, hukum WAJIB yang Farihah letak kat aku tu terpaksa le aku jawabb.. Aku pun selalu gak merewang-rewang kat blog Cik Ah ni (kalau tak bzz le), sebab suka tengok hero-hero dia yang hensem tu... So let see the rules and condition game ni, and hopefully to whom that I tag tu dijatuhkan hukum WAJIB menjawab juga ye.. (betul tak ni Farihah?)

I COPY AND PASTE:
**RULES***“The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.”***END***

What were you doing 5 years ago?
Waktu tu umur aku 22 tahun. Aku baru je grad untuk Degree dalam CS. Seingat aku, March 2003 aku tamat study, April aku dapat tawaran RA di Fakulti Kejuruteraan, dan Mei aku Konvo. Waktu tu peluang kerja datang mencurah-curah. Aku banyak dapat offer lecturer private kolej kat KL dan Melaka. Tapi waktu tu pemikiran aku ortodoks sikit, takut nak explore dunia luar. So aku terima je tawaran RA di universiti sampai la sekarang... However I enjoy my works, lot of new things I learn. Waktu tu jugak aku dalam proses meninggalkan my first x-bf setelah 5 tahun bersama... Sob, sob... Tak ada jodoh.. Tak banyak yang menarik melainkan aku mula belajar banyakk perkara yang mematangkan aku...

What were the 5 things on your to do list today?
Emm.. Today? Almost midnight I'm writing this topic. I flashback to the early morning: (most probably about works lah as I'm answering on weekdays)
1. Siapkan kerja-kerja tertangguh semalam, especially follow up seminar Precast.
2. Ops pagi ni ada management meeting, prepare ayat-ayat untuk bercakap je.
3. Cuci gelas yang tertinggal kat sinki semalam, buat air teh/nescafe (untuk sendiri minum maaa).
4. OPs lupa. Kasik ikan makan.
5. Siram pokok bungaa...

What are 5 snacks that you enjoy?
Emmm.. aku tak berapa suka... Biasanya aku akan makan makanan yang mengenyangkan dan terus buat kerja-kerja aku tanpa kunyah apa-apa. However, andai dipaksa oleh perut dek kelaparan teramat sangat, apa-apa snacks pun boleh janji perut eden konyang...

What are 5 things that you would do if you were a billionaire?
Soalan ni soalan favourite aku! Emmm.. Aku sukaaa andai aku be a BILLIONAIRE.
1. dah tentu buat yang agama suruh dulu; bayar zakat, menderma, dll yang menambah pahala.
2. gi haji dengan mama, abah, wan, dan adik-adik.
3. INVESTMENT & ASET! Penting tu. kene buat dulu tu. paling kurang pun, buat la simpanan 1 JUTA dalam mana-mana akaun eg tabung haji ke. Biar dia berternak dalam akaun tu. Jangan diusik. Then BELI RUMAH! tak kecik sangat dan tak besar sangat janji rumah tu banglo atau semi-D (tapi kalau billionaire takkan semi-D ehh). theheh. dan satu lagi rumah idaman aku, kondo/apartment yang terletak betul-betul di tengah KUALA LUMPUR janji senang family aku nak melepak melepaskan lelah after shoping. disamping tu, andai ada duit lebihh yang banyak lagi, beli insurans. Bukan untuk diri sendiri je, malahan mama, abah, adik-adik dll. Penting tu. Main saham aku tak pandai sangat masa ni. Tapi aku nak juga melabur modal nak buka bisnes. Sekurang-kurangnya, duit tu tak habis cenggitu je, sebaliknya bercambahhh...
4. Dah billionaire tu, ada duit lebihhh lagi, walaupun liabiliti, bolehla aku beli kereta idamanku... telan minyak banyak pun xpe, dah billionaire waktu tu. Theheh. Kereta idaman aku takde la vouge sangat. Dapat Jazz jadilah. Tak pun kalau aku ada rezeki buka company, company dah established, boleh la nak own BMW ke... Atas nama company. Ok gak tu.
5. Last but not least, ini penting untuk hiburan ni. Aku nak melancong around the worlddd... dah BILLIONAIRE tu, palng kurang pun budget every year dapat ke 5 negara pun dah tersangattt ok dah tu. Paling aku idam nak ke Switzerland, Newzealand and Berlin.. Aku pun tak tau apa ada kat Berlin tu. Tapi aku sukaa sangat bila tengok cite yang ada adegan lakonan di Berlin.

What are 5 jobs you’ve had?
Ini macam resume lak. Anyway:
1. Brinfo (Brilliance Information S/B), Damansara. Waktu tu aku intern 3 bulan. Company software and hardware rasanya, aku pun tak ingat. Tapi yang pasti kerja aku waktu tu buat Staff Management System. Itu la first time aku menimba pengalaman bekerja... Dan itu juga le first and ever first time aku bekerja swasta. Aku enjoy intern but I'm not prefer to work on private.
2. Fakulti Kejuruteraan, UPM. Yang tu dari dulu sampai sekarang. Cuma sekarang established sikit compared tu zaman dulu yang on-off-on-off je keje ku.
3. Pernah jadik Demonstrator di fakulti aku, FSKTM, mengajar subjek Multimedia Programming but 1 semester je.
4. EOC, UKM. Sempat le keja kejap kutip pengalaman as SU... Huhu. Best pengalaman di sana, ada bos perempuan yang garang tapi sporting. Theheh.
5. Cikgu tuisyen pun aku pernah jadikkk.. Theheh. Saja nak kutip pengalaman. Mengajar kat Putrajaya. Waktu tu Cekgu Illiana gi ngaja naikk motoo je. Brutal ak?

Hmm.. dah habis jawapan I untuk hukum WAJIB yang dikenakan tu. Terima kasih banyak-banyak ye Farihah kerana memberi peluang untuk Kak Long bermuzakarah kejapp (ye ke aku bermuzakarah???)

People to whom I tag, please respon ya!

1. Kak Has yang akan berlepas ke Jerman tak lama lagi...
2. Kak Liza yang makin lama makin lawa dan suka tersenyum.. Maintainkan senyuman anda dan jangan sentiasa bersedih ya. Kalau boleh up lagi ayat JIWANG kat blog tu. theheh.
3. Ita yang dah nak kahwennnn... cepat-cepat kawen kita asyik dok tergigit lidah je ni nak makan daging kenduri.
4. Lina, lama tak dengar cerita. Join la game niii..
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube