Friday, March 20, 2015

Asam pedas untuk dia

Posted by Unknown | 9:27 AM Categories:
Asyik tengok Ainin je buatkan asam pedas untuk Zyad.

Finally. Tibalah masanya Yana pula buatkan asam pedas untuk Bani. Kehkehkehhh... Mengambil ilham resepi daripada favourite resepi blog saya, Mat Gebu. Saya modify sikit je ingredient untuk 2 orang makan sahaja. Cubalah... Theheh.


Bahan (untuk 2 orang makan):
  • 1 ekor ikan (saya guna ikan merah dipotong 3 ketul. Apa-apa jenis ikanlah)
  • 5 batang bendi muda 
  • 1 biji tomato 
  • 1 genggam daun kesom 
  • 1 kuntum bunga kantan belah 2 
  • 1 batang serai diketuk 
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 1 kiub pati ikan bilis (optinal) 
  • 1/2 camca besar pes asam jawa 
  • Air secukupnya 
  • Garam dan gula secukup rasa 
Bahan kisar halus:
  • 3 biji bawang merah kecil 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci kunyit hidup 
  • 1/2 inci halia 
  • 1 camca teh jintan kasar 
  • 1 camca teh jintan halus 
  • 1/2 camca teh lada hitam biji 
  • Secubit belacan, dibakar
Bahan tumis:
  • 2 biji bawang merah hiris 
  • 1 ulas bawang putih hiris 
  • 1 tangkai daun kari dilurut 
  • 1/4 camca teh halba 

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan tumis, tumis hingga harum dan tambah bahan kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. 
  2. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya. Biar mendidih. 
  3. Masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  4. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube