Monday, June 9, 2008

JaLaN-JaLaN CuTi SeKoLaH...

Posted by Unknown | 3:43 PM Categories:
Hmm... Seronoknya bila mama, Fatin dan Adik berkampung di rumah aku last week sempenan cuti sekolah. Kalau ada Abah, Abang Cik dan Nisa dah tentu bertambah-tambah best + happening. Oleh kerana mereka datang sekejap je, so tak banyak sangat berjalan, melainkan ke Jalan TAR dan JUSCO Equine Park hari Sabtu dan Nilai dan Shah Alam hari Ahad. Sebelum ke Jalan TAR sempat singgah Lowyat, beli barang Pok Di dan Erna. Mama kalau ke Lowyat memang tak dak feel. Tapi kalau ke tempat favorite dia, stand by lah kaki anda untuk menunggu.. Theheh.. Nampak sikit je jalan-jalan shoping tapi memang seharian berjalan, rehat malam je. Betul-betul mereka dapat rehat di rumah hari Isnin je sebab aku kerja... Maklum la, cuti aku tak banyak.. Terpaksa le berjimat-cermat... Adik pula memang rajin ikut aku ke office. Pembantu peribadi tambahan. Kena pula sekarang ni hobi dia gardening. Sama naik dengan Along dia. Jadinya memang seronok la kami ke Jusco, sebab ada Nursery. Hari Selasa pagi dah balek naik Durian Burung.. Puas hati Adik dapat bawak balek macam-macam especially pokok-pokok dan bekas ikan. Hmm.. Sunyi la aku. TInggal dengan Yuh je la sementara menunggu Farah dan Nisa muncul...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube