Sunday, January 18, 2009

WeLCoMe 2009!

Posted by Unknown | 8:20 PM Categories:
Ops. Entry yang sepatutnya aku masukkan awal Januari tetapi baru saat ini rajin nak buat. Aku yang asyik delayyy je. Huh. Kenapa delay? Sebab tak ada mood... Apa azam tahun ni? Aku pun tak sempat nak pikir. Yang pasti, umum sedia maklum pembukaan tahun ni dengan berita-berita dari Gaza. Owhh.. Azam aku tahun ni nak perbaiki diri. Nak cukup solat 5 waktu sehari (kecuali period day ah) dan nak banyakkan membaca buku-buku agama. Selain dari tu macam biasa hobi aku jalan-jalan. Aku dah buat kalendar 2009 seawal November 2008 lagi. Dan nampaknya tahun ni tak banyak sangat cuti yang menarik. So terpaksa jimatkan cuti 15 hari tu untuk diperuntukan holiday. Em, satu lagi... Kebetulan Kak Has sekarang berada di Jerman so tak salah aku simpan hajat nak ke Berlin andai ada rezeki (andai tetiba Allah turunkan durian runtuh untuk aku gerenti aku terbang jumpa Kak Has!). InsyaAllah.. Kalau bukan tahun ni akan diforward ke tahun depan dan depan dan depan... (nyeh). Cuma benefit sekarang accomodation dah ada. Nak sedia duit tambang dan belanja je kannn (seksa gak le). Lagi azam aku tahun ni yang pasti, InsyAllah mohon dipermudahkan Allah aku nak beli rumah. Kereta kemudian. Aminkan untuk aku ye kawan-kawan. Rumah kecik pun jadik la janji my own house. Asyik menyewa aje. Dok tunggu jawatan bertaraf tetap tak kunjung-kunjung tiba so aku bercadang nak beli jugakkk. Alhamdulillah gaji naik, walaupun tak banyak tapi cukuplah. Aku bersyukur.. Kurang-kurang aku tak sesusah orang lain yang diberhentikan kerja (Ush, Nauzubillah).

Tahun ni untuk kerja saja aku dah ada jadual; Mac kursus Precast di KL, Eurocode di KL dan JB, April kursus Steel Design di Bangi, Julai kursus VE di KL. Yang lain masih dalam proses menunggu jawapan speaker dan perbincangan.

Ya Allah, aku mohon padaMU, Kau mudahkan segala urusan aku pada tahun ini, mohon dimurahkan rezeki yang halal dan kesihatan yang baik serta kehidupan lurus yang sejahtera. Aminnn...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube