Saturday, May 23, 2009

TriP MaMa & FaTiN to KL

Posted by Unknown | 9:21 PM Categories: ,
Lambat betul nak update. Actually laptop aku bermasalah, aku terDELETE satu network setting dan zapp terus tak dapat internet. Dek kerana agak sibukk di office makanya aku tak sempat nak tengok penyakit laptop aku di rumah ni last week masa mama dan fatin datang berkunjung. 15 Mei lepas fatin ada interview di UM. Untuk kursus jururawat yang dia idamkan tu. So kebetulan Air Asia ada harga promosi, maka aku telah booking dua tiket untuk mama dan fatin. Kurang-kurang diog sampai 14 hb tu boleh rehat-rehat dulu sebelum ke interview esoknya. Nisa cuti Jumaat tu temankan sebab dekat dengan RTM. Malam Sabtu kami ke IKEA. Balek IKEA kami ke Cheras Downtown. Pagi-pagi lagi mama semangat kejutkan kami breakfast. 9.30 pagi dah siap dalam kereta nak ke Nilai. Shoping baju raya... dan tema tahun ini PURPLe... Mula-mula ke Nilai Square kemudian ke Nilai 3. Dalam 2.30 petang sampai rumah dan zzzz. 6.00 petang kami ke rumah Pokdi. Tidur semalam di Shah Alam. Pokdi buat BBQ. Dan jumlahnya makanan AMAT BANYAK. Pagi Ahad kami ke Pasar Tani Shah Alam. Keimpulannya, shopinggg saja kerja kami. "Saja menghabis duit..." Theheh. lepas Lunch yang sedap di rumah Pokdi kami terus balek Serdang. Mama dan fatin dok sibuk mempacking barang yang banyak nak dibawak balek Pendang. Malamnya kami ke Hentian Bas Kajang. Babai ma... Sedey..

Ops gambar tak dapat nak di upload lagi sebab mama dah bawak balek camera... Lupa nak copy dek penattt... Harapnya nanti ketemu lagi my family andai Fatin berjaya interview ini dan jika UM pilihannya... Kalau tak, jumpa kat USM Kubang Krian jelah ye Teh... Apapun kalau dah terima keputusan UM, buatlah istikarah Teh, moga Allah tunjuk mana yang baik untuk Teh. "Tapi kalau dapat UM kakak-kakak sini amatlah gumbira... Theheh"
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube