Thursday, June 25, 2009

FaMiLY tRiP KL-PaHaNG

Posted by Unknown | 8:39 PM Categories: ,
Ini kisah musim cuti sekolah yang aku perammm. Satu family kecuali Abang Cik datang ke KL untuk membuat trip. Kononnya trip Kedah-KL-Pahang-Terengganu-Kelantan-Kedah. Jadinya Kedah-KL-Pahang-KL-Kedah. Theheh. Kesian abah. Actually abah nak menghadirkan diri ke majlis kahwen (standard le, cuti sekolah) anak abang wan laki... So, kebetulan si Fatin dalam dilema sebab dua-dua universiti dia dapat; UM & USM. So dah alang-alang sampai ke KL abah kata kita buat survey.. Mula-mula survey UM, kemudian USM. Hayyooo.. Larat ke? Itulah untungnya kalau serata Malaysia kita ada sedara. Abah nak pergi kenduri di Pahang, lepak rumah aku kat Serdang ni. Nak pergi USM, boleh lepak kat kampung, Seberang Takir dulu. Tak gitu?? Tapi, abah adalah sangat kepenatan sebab tengah usahakan sawah (peninggalan Tok). Abang Cik tak dapat join sebab tulah. Ditambah pula dengan urusan di kebun. So jadinya kami pergi kenduri kat Bentong saja... Dan kami anak-anak tidak membenarkan abah memandu langsung. Dia dah banyak kepenatan. Bagi dia jadi co-driver saja. Saayangg abah.

Family sampai Sabtu malam Ahad. Ahad pagi kami bertolak ke Bentong. Nama tempat Felda ya aku lupa.. Sampai makan-makan, sesi jejak kasih dan tengok pengantin. Aku bukan kenal sangat pun. Saudara jauh.. Kurang-kurang dapat juga berkenalan gitu-gitu dari tak tahu langsung. Balek saja adventure takmo guna highway. Tak challenge. Guna jalan luar amek kau sampai pekan Bentong jem ya amatt. Sampai petang sempat lagi mama ajak gi shopping (standard makk).

Isnin aku ambil cuti, bawa family pergi UM, survey tempat. Dan Fatin amatlah cerewet. Katanya UM BUROKK! Ada construction. Ops pembetulan, PPUM. Fatin ambil Diploma Nursing. Cita-cita dia. Biarkan. Jangan dipaksa. Bagi Galakkan. Emm.. Lepas UM kami singgah lunch di RTM. Abah berkobar-kobar nak masuk RTM, tempat Nisa kerja. Bangga tu bapak aku anak kerja RTM walau bukan pengacara. Theheh. Pergi tengok office Nisa yang canggeh, serba sunyi sepi itu dan bagai-bagai. Habis lawatan kami pun cauww.. Tak boleh lama sebab after lunch family nak tolok balek dah.. Sob... itulah bapak aku yang banyak komitmen..

So, sekarang aku dapat call dari Mama. Fatin dah decide, burok pun burok janji 8 tahun kat KL. Ada kakak. Dan sekarang Fatin sedang menangis di rumah dek suspense nak mengharungi episod homesick! Nyehhhh. Naseb ang dok sini Teh, ada gak kakak pengubat rindu...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube