Wednesday, April 7, 2010

SaYoNaRa aBaNG CiK... c u NEXT YEAR

Posted by Unknown | 11:16 AM Categories:
Sila abaikan tarikh pada gambar. Abang Cik telah terpilih daripada 20 orang satu Malaysia untuk disenaraikan dalam 7 orang yang mewakili Malaysia untuk Kursus Belia Tani usahasama antara kerajaan Malaysia dan Jepun bagi tahun 2010. Januari lalu Abang Cik mendaftar masuk ke IPP yang letaknya dalam UPM ini dan selepas 2 minggu saringan, Alhamdulillah Abang Cik terpilih. Terima kasih untuk Farah yang telah membuka peluang ini pada Abang Cik. Orang lain download borang sendiri. Abang Cik pula, Farah siap tolong printkan. Hang tak bawak souvenir dari Jepun kat Kak Farah siapla hang Cik...
Mama abah gembira betul. Semangat sampaikan nak follow abang cik dari IPP. Sabtu-Tuesday aku agak kepenatan ke sana kemari. Setlekan hal-hal yang tercicir dan sebagainya. Maklumla, harapkan aku yang belajar tinggi saja ni nak ke OC jauh berjenak, nan adooo. Rezeki Abang Cik juga. Alhamdulillah. Terima kasih untuk kerajaan kita kerana sentiasa memberi peluang dan sokongan kepada rakyatnya... So muda-mudi sekalian, kalau anda belajar kurang cemerlang, jangan sangka tiada peluang untuk anda. Sebaliknya carilah peluang itu... Opportunity ada di mana-mana. Sementara masih muda, grab opportunity, timba pengalaman untuk dibawa ke hari tua.
Sampai kaunter check-in, beg abang cik terlebey saiz. Ya, salahkan kakak-kakak yang menshoping sakan @ Bandung. Kami borong beg sebesar alam yang muat manusia dewasa. Berani abang cik nak tolak?? Sudahnya beg itu dibawa ke kaunter beg terlebih saiz untuk di scan.
Katanya Pokdi perjalanan ke Tokyo mengambil masa 6 jam. Pergh economi class + 6 jam. Japan Airlines. Mahu sengal badan ehh? Mujur kerajaan nak support jugak. Keluar duit sendiri? Sampai Batu Pahat je la aku...
Ini senior abang cik. Dah 2 tahun dia di sana. Dapat offer sambung lagi tapi tuan punya badan tak mahu sudah. Nak kahwen... He is a nice person. Suka bercerita dan kami seronok mendengar walau dalam keletihan dan cikit kesedihan.
Kami mengikut nak tengok abang cik sehingga kami terjumpa anjung tinjau. Boleh tengok abang cik walaupun dia dah check-in for departure. Theheh... Mesti tak ramai orang tahu sebabnya keluarga kami je yang lalu anjung tinjau situ. Kami intai abang cik dari atas. Abang Cik naik Aerotrain untuk penerbangan antarabangsa pintu C2. Sayonara Cik... Jumpa Februari next year InsyaAllah. Do the best and ganbatte!
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube