Tuesday, August 17, 2010

Sekiranya berlaku rompakan ke atas anda

Posted by Unknown | 3:03 PM Categories:
Pagi tadi nonton MHI segmen penceramah jenayah yang hebat tu, Kamal Affendi. Ada dengar kes tentang rompakan kereta sekali dengan anak-anak yang dalam kenderaan tu ter-di-rompak-nya kan? Kamal Affendi memberi tips kepada kita especially para ibu bapa jika kejadian ini berlaku ke atas anda. Sudah tentu kita panik kan sampai tak tahu nak buat apa. Pesannya:

1) Jangan tinggalkan benda paling penting iaitu handphone dalam kereta sebab hp alat paling pantas untuk kita hubungi polis. 
2) Sediakan sekeping kad kecil dalam purse. So purse pun kene bawa together-gether dengan empunya badan. Dalam sekeping kad ini, tuliskan skip;
Jangan lupa tuliskan no kenderaan anda kerana bimbang masa panik kita terlupa. Ini adalah no phone Pusat Kawalan Polis KL. Mereka akan sambungkan ke bilik gerakan dan bilik gerakan akan inform mana-mana cawangan di kawasan berkaitan untuk trace kenderaan kita dengan cepat.  InsyaAllah, anda akan mendapat aset anda semula.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube