Tuesday, February 1, 2011

Dunia manusia JAHAT!

Posted by Unknown | 4:33 PM Categories: ,
~Ini tak suka check email masa cuti ni~ 

Aku tak faham. Kenapa aku hidup di dunia yang penuh dengan manusia tak baik. Ye, aku tak pasti perasaan korang bagaimana. Tapi yang pasti, dada aku sesak melayan ramainya manusia yang tak baik! Hati busuk. Penuh prasangka busuk. Hati sebusuk bangkai. Hobi bagi fitnah, memburukkan orang. Aku tak faham. Bukan aku nak kata aku ni baik. Tapi mengikut penilaian, aku adalah manusia kategori hati baik. Kenapa? Kerana di belakang, depan, kiri dan kanan aku cukup ramai yang jahat. 

Hari ini membaca email dari seseorang yang cukup membuatkan hati aku panas. Tak perlu mention di diari kerana nanti tersalah cakap, terus nak terasa. Aku tak faham, kerana niat menegur orang, langsung aku dikondem. Kenapa? Adakah manusia hanya perlu terima pujian instead of kritikan? Aku belum lagi kritik, tegur saja kau dah melenting kepoh sana sini. Ok fine if you nak refer orang atas. Kau fikir aku kesah?? 

Kenapa kita orang Melayu suka menjatuhkan kaum sendiri? Kalau aku salah cuba cakap dengan aku. Tak perlu nak dicanangkan pada orang lain. Ini tidak, depan aku senyap, belakang bising and suddenly hantar email tak puas hati. Beginikah manusia? Ya Allah sungguh aku kecewa kau antara yang aku banggakan.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube