Friday, April 1, 2011

I'm 30!!!

Posted by Unknown | 12:05 AM Categories:

17 Mac 2011. Hapy bday to me... Even though terlambat wish for myself in my blog. I'm 30 already. Terasa masa begitu cepat berlalu. Makin dekat dengan ajal. Makin menginjak usia makin berdebar. Ada rakan terdekat yang sudah selamat dijemput Ilahi. Tak gentarkah anda? Sudah tempah kuburkah anda? Oh takutnya aku... Apa yang aku prepare untuk dunia dan akhirat? 

Keinginan sebagai manusia, tak pernah cukup. Aku sendiri, Masih banyak perkara yang aku ingin capai. Alhamdulillah, aku berjaya penuhi hasrat memiliki rumah dan kereta sendiri sebelum 30. Sebelum 30 aku berjaya menggapai tahap pendidikan sehingga Ijazah Sarjana (Masters). Sebelum 30 aku berjaya menjejak kaki ke semua 13 negeri di Malaysia dan negara jiran. Cuma sehingga 30 aku belum lagi berjaya dalam kerjaya dan perkahwinan. Lumrah. Tidak semua keinginan kita adalah milik kita. Bersyukur dengan setiap pemberian Allah. Terlalu banyak yang Allah beri kepada kita hambaNya. Cuma mungkin kita yang tidak sedar. Hadiah paling berharga adalah pengalaman. Dan bersyukur kerana diri sentiasa dipelihara, dilindungi olehNya walau hakikat diri ini cukup banyak kekurangan.

Oh aku nak abadikan secebis kenangan 20-an di diari. Selamat tinggal 20-an dan selamat datang 30-an. Semoga tahun-tahun akan datang memberikan pengalaman yang indah, mematangkan pemikiran, memberikan kemajuan diri serta peningkatan taraf hidup ke arah yang lebih berjaya dan baik seterusnya memelihara diriku jalan ke syurga! Amin!

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube