Monday, February 9, 2015

Eat-Stroll-Shop-Massage@Hatyai

Posted by Unknown | 1:54 PM Categories: , ,
Wah tajuk...

Begitu.
Ceritanya, mama plan nak buat bff's reunion to Koh Lipe since December last year. So, mama bila plan, memang ada proper paperwork lah kan... Siap survey transport, accommodation, and budget segala. Oleh kerana abah pernah ke Koh Lipe, mama pun forward lah paperwork mama ni yang siap ada date segala bagai. Dalam dok plan ni mama lupa yang kami tak dapat cuti Thaipusam yer. Hanya friends mama yang bekerja di KL je yang dapat cuti wilayah plus Thaipusam. Untunglah mereka. Abah apalagi tengok paperwork yang cantik bagai dia pun nak join. Tapi dia cerdik, used my paperwork untuk trip dia (confident level tinggi tak sedar yang the next week after dia masih ada event trip). 

Dipendekkan cerita, mama punya plan cancel as friends all busy weh (nanges!).

Abah pula sebaliknya, dapat ramai pulak delegates yang nak join. The first event and paling ramai so far for this year. Alhamdulillah... Untung tak ada tapi network yang penting. Yala currency drop meh. Commission segala habes kena topup.

Mama nak join tapi macam tak berbaloi I nak snorkling lone ranger with Adam plus cuti yang kene tolak gaji (5-days ma). So I gave him suggestion, we (mama and Adam) went by plane to Hatyai by the end of the day trip abah. Abah happy aja. Yala ada driver so happy lor (cis cis!). Plus no-claim for airfare and free accommodation 1-nite @ Hatyai. Sukala dia. Takpe dengan suami kita jangan berkira yer. Nanti Allah beri lebih lagi rezeki untuk kita. Aminnn.

So for mama, 2-days trip to Hatyai ni kira oklah... Actually its a very short vacay. Bayangkan Tuesday depart from KL 12.30 pm flight. Sampai sana 1.30 pm (12.30 pm waktu tempatan). Abah fetch us at Hatyai airport dah almost 3.00 pm. Esoknya after check-out gerak balek. Looks so fast-and-furious kan? Takpela mission mama in the same time nak cari kereta remote yang murah untuk Adam. And in the same time boleh teman abah all the way. Hati pun tenang. Kalau fikir dia drive sorang, runsing. Drive after dive. Long journey. Tired.

Dah nama short vacay, so you must be independent. Don't depends to hubby 100%. Anything you can help in order to make things easier, than you should do. First thing we did when reached Hatyai adalah mencari kedai makan muslim. We went to Restoran Kelantan. Tomyam dan kerabu adalah menu wajib.
Tq encik lori. Travel ke mana-mana mesti bawa toys. 
Legaaa dapat makan. Dah kenyang baru proceed to check-in. Mama rehat kejap. Abah dan Adam sleep, mama turun meronda lone ranger. Have to lor, harapkan encik suami yang keletihan diving, melopong la percutian mama oi. Jalan-jalan cari makan, sempat sambar baju Adam dan baju tidur mama. Hehe... Tapau ayam goreng dengan pulut mangga, singgah foot massage, 7.30 pm baru menapak bilik hotel. Balik je 2 orang kesayangan dah bangun. Kami makan-makan. Dah kenyang, mandi solat bagai, turun pula dengan keluarga...

Sotong bakar. Sedap dimakan masa tengah panas.
Adam dalam stroller. Kami tak singgah kedai makan pun. Hanya meronda along the street, shop, and tapau. Lama jugak ler 10.00 pm baru balek. Makan-makan. Anak aku pon sama weh. Memang jiwa traveller betol. Kat rumah ni, 9.00 pm dah bermimpi. 

The next day we went to look for Adam's toy. Crazy cheap weh. Before that we took our breakfast at muslim restaurant behind Kosit Hotel. Nasi kerabu daging bakar serious marvelous! Rugi tak cuba weh.
 Ini dia.  
 Ada daging basah dan kering. Both tempting.
Suka la tue... Gigih dia cari kedai makan ni.
Mama? Roti canai je. Save space for your tummy. More to come. Roti pon sodap...
Singgah Danok foot massage. Bukan setakat pak, mak pun nak jugak. Dengan anak sekali haaa. Mencabar oh. But seem the place is very nice, save for toddlers so mama pun tak risau nak join abah foot massage. Yela kiteoorang kan nak drive-like-shumaker later on. Haruslah massage the foot.


Unfortunately kereta remote murah which we budget under RM200 failed to be found. So shopping toys etc lor... Actually yang kami jumpa dah murah, around RM220-RM350. But all that branded punya car. Takkan mak pakai proton anak nak pakai Ferrari kan? Agak-agak la sikit nok. So may be we will buy area Jalan Pasar. Coz price yet still cheap. So, inilah hasil shopping di Hatyai. No picture ala-ala vacay yer. All picture pakai snap je. We focus more on jalan laju-laju tolak stroller  laju-laju shopping laju-laju makan laju-laju. Fast-and-furious giteuw...

Begitulah kisahnya travel kedua membawa toddler ni. Tired but yet we still enjoy. As long as with the family. Bak kata abah kau, "nak pergi mana pergi dengan abang". Amboi. Abah tak tau ka mama kau ni kaki jalan sana sini sebab tu nama blog mama Yana-Sana-Sini hokay. Dengki betul. Sampaikan nak tengok wayang pun mesti dengan abah. Adeh laaa...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube