Tuesday, February 24, 2015

Tingkatkan daya tahan anak anda!

Posted by Unknown | 2:03 PM Categories: , ,
Adam dah setahun. So mama boleh up up makanan dia. 

Plus, dah boleh ambil supplemen untuk pembesaran serta ketahanan badan dia. Perkara ni sangat penting. Buat Adam mahupun bayi lain. Case Adam, dia minum susu tepung. Hanya menyusu badan sehingga usia 4 minggu je. Lagilah pula membesar di nursery. Dia perlukan vitamin tambahan untuk menguatkan antibodi badan.

Since dah setahun lebih, mama telah sediakan Meal Shakes dan Scott Emulsion. So far ini yang mama mampu fikirkan. Nurse syorkan pilih Scott Emulsion. Meal Shakes pula memang elok consume bagi bayi setahun ke atas yang perlukan daya tahan badan.
Alhamdulillah walaupun baru consume, Adam seems ok. Selsema masih ada. Maklumla lately asyik main air everyday. Pun begitu, mama tengok makin ok. Bawa jumpa Dr, there is no kahak. Dr kata normal. Cuma monitor jangan demam. Tak mahu komen lebih-lebih lagi sebab Adam baru consume 2-3 minggu. 

Kenapa Meal Shakes?
Kerana Adam kerap selsema dan kurang selera makan. Dia hanya makan bila lapar. Selsema pula, standard budak nursery, dia baik yang lain sakit, then dia kena balik. Begitu...

Selain itu Meal Shakes kaya dengan protein untuk membantu membina sel kulit, kuku, dan rambut. Saya percaya Meal Shakes juga adalah agen antioksida yang mampu melawan jangkitan. Ia juga mengandungi Vitamin B Compleks dan Zat Besi yang sangat penting untuk membina sel darah merah. Bagus untuk tumbesaran anak gituew...

Kebaikan Meal Shakes boleh baca di sini: Meal Shakes.

Kenapa Scott Emulsion?
Saranan dari nurse yang berpengalaman. Affordable. Satu botol tak sampai pun RM10. Scott Emulsion yang saya jumpa kat kedai so far ada 2 perisa: Orange dan Minyak Ikan Kod.

Kebaikan Scott Emulsion:
  1. Membantu membina daya tahan diri dari jangkitan. Minyak ikan kod dan Vitamin A membantu sel-sel epithelial di ruang pernafasan supaya sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma di dalam badan. 
  2. Mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat. Juga mengandungi khasiat yang penting untuk pencegahan penyakit tulang lemah. 
  3. Mengandungi Kalsium dan Fosforus yang membantu memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna. 
  4. Mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A, D, Kalsium dan Fosforus. 
  5. Membantu memelihara dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat dari pemakanan yang tidak seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat. 
  6. Membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri anda dari kekurangan khasiat yang diperlukan.
Begitu... Piece of knowledge from newly mom.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube