Showing posts with label preggy. Show all posts
Showing posts with label preggy. Show all posts

Saturday, September 27, 2014

Throwback pregnancy season

Posted by Unknown | 4:24 PM Categories:
Tiba-tiba nak throwback my pregnancy season.

Rindu ke? 

Ohohohoh... Its okay. Bagi Adam besaq dolu k. Anak sorang pun I dah semput. Dengan hidup yang sentiasa berdikari tak boleh manjakan diri pada encik suami. So lupakan sekejap second season. Throwback mengenangkan kuat juga saya mengandungkan Adam dalam usia 32y. Drive pergi kerja alone. Beli barang baby alone, termasuk baby-cot. Memang saya banyak berdikari. Sampai sekarang. Macam tak sangka mampu lakukan.

Alhamdulillah, Allah kurniakan tenaga luar biasa kepada saya. dan kesihatan yang baik sepanjang preggy hingga sekarang. Alhamdulillah... Saya bukan jenis menyusahkan encik suami.

Saya paksa diri juga untuk kuat. Sebab tu 2nd trimester start consume Shaklee. Bayangkan workload kerja yang tak pernah sudah. Makan kadang-kadang tak menentu. So penyelesaiannya saya cari supplement. 

 3m preggy belum nampak.
4m preggy.
Suka sembunyi perut eh.
6m preggy. Muka tak pernah kenakan makeup. Takut effect chemical kat baby.
 Dah sarat.
Dah sarat dan start nak exercise.
As usual. Love water-sport.

Alhamdulillah.... Walaupun melahirkan Adam secara cesarean, but everything goes well. Benarlah, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung mereka. Inilah ujian saya. Teringin nak melahirkan secara normal. Tak pernah merasa sakit contraction yang sebenar. Hanya rasa 20% sakit contraction sewaktu induce. 3x induce, hanya 2cm bukakan. What a miracle. 

Terima kasih ya Allah. Syukur ya Allah. Kerana memberikan hadiah yang lama kuimpikan.

Monday, August 26, 2013

Feeling Excited

Posted by Unknown | 10:49 PM Categories:
I'm going to have a baby soon! Feeling so excited. Ye aku dah tak ketahuan. Update blog amatlah slow. Life was so different after marriage. Even though, my hubby not always available.  It's ok, Allah sedang mengurniakan aku hadiah yang sangat bernilai, yang ku tunggu-tunggu dari bujang lagi ehhh... 
Inilah rezeki. Kalau dulu tak pernah aku sangka aku akan berkahwin dan mengandung. Kini masa terlalu laju buatku. Syukur Ya Allah. Sesungguhnya aku amat berterima kasih padaMu... orang lain berkahwin bertahun-tahun, menunggu zuriat. Namun aku, kahwin lambat tapi cepat pula mengandung. Alhamdulillah.... Rezeki yang Allah bagi ini lebih bermakna dari yang lain. Walaupun hakikatnya cuak nak beranak tetap adooo. Bersyukur dan bersabar, InsyaAllah kita akan mendapat pemberian bernilai dari Allah.
Now I'm 7 months (28 minggu). Banyak to-do-list nak buat dan nak beli. Nak susun atur rumah tak berapa nak boleh la yer, awak preggy and carrying babby inside your mt tummy... So buat yang termampu aje. Stress kerja as always... But I need to control.

Thursday, May 30, 2013

Demi Anak

Posted by Unknown | 10:08 AM Categories:
Sedari zaman muda sehingga sekarang, aku memang tidak berdisiplin dan tidak berminat untuk kekalkan hidup dengan supplement bagai. Pun begitu... Sekarang lain ceritanya. Since belum preggy aku dah amalkan asid folik. Setakat ni dalam rekod aku termiss sekali saja. Sekarang, 3 bulan usia kandungan Dr telah menambah vitamin aku kepada 5 bahan yang mengandungi asid folik, vitamin B Complex, vitamin C, ubat tambah darah dan satu lagi lupa ;)

But ubat klinik yang free dan bagus itu sangat terhad. Selalu je cepat habes stok before next appointment. Tambahan pula aku makan ikut selera aku. Kalau malas masak sayur aku makan apa saja (kecuali junk food. sometimes took a bit)

Mok Ti pula memberi cadangan aku ambil produk Salindah. Bukan apa, kita wanita bekerjaya. Anak membesar kelak mana lagi kita nak hantar kalau bukan nursery. Nak tak nak... Have to. Faham faham aje bila dah masuk nursery. Ketahanan badan kene kuat. Dari apa yang aku observed, ibu ibu yang ambil suppement ni mempunyai anak yang kuat daya tahan badan. Jarang sakit (walaupun sometimes sakit jugak le kan).

Jadi.... Aku berfikir, ada baiknya aku pun amalkan supplement bermula dari sekarang. Orang kata supplement tu optional. Ambik tak pe tak ambik pun takpe. Janji makan ubat klinik dan amalkan pemakanan yang sihat. ok I do agree. Dr pun kata, mereka tidak melarang ibu ibu preggy ni nak ambil supplement  But beware, reduce number of vitamin A sebab kalau terlebih vitamin A boleh mengakibatkan kecacatan bayi.

oklah. Aku baru mula dengan vitamin Shaklee ni hari ini. Itupun sebab semalam aku survey melalui internet dan terjumpa website ni: http://empattahun.blogspot.com Langsung aku email si pengedar ini...

Nak dipendekkan cerita, betapa keciknya dunia ini, Adzah ni kawan kepada Aniza rupanya. Dulu masa aku kerja di HRC, kami berjiran office dan memang aku pernah jumpa dia. Dah 7 tahun tak jumpa. Senanglah dah kenal kan...

Niat asal nak ambil Salindah. Tapi susah betul aku nak jumpa pengedar. Yang ada tu, stok asyik tak ada. Shaklee nombor dua dihati. Tapi daripada observation aku, ramai ibu ibu preggy respon positif. Hasilnya sama juga dengan Salindah. So, just take it. Tak fikir panjang dah semalam sebab memang aku dah pikir panjang sebelum ni.

Shaklee agak lebih mahal compare to Salindah. Pakej mengandung 2nd and 3rd trimester yang aku ambil ni berjumlah RM315. Cukup untuk stok 4 bulan sebab dalam botol masing masing ada 120 dan 90 tablet. Kalau Salindah Pakej mengandung hanya RM200++ (if plus sebelum dan selepas bersalin RM400++ je).

Sekarang aku ambil:
B Complex
OmegaGuard
Vitamin C
Vitalea
Ostematrix

Demi anak... I pasrah.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube