Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Cameron Highlands 2014

Posted by Unknown | 11:39 AM Categories: , ,
Ingin diingatkan bahawa trip ini adalah trip hadiah harijadi encik suami ai dan anak ai. So, fully-sponsored by cik puan Illiana ye kawan-kawan... Bukan nak bermegah cuma nanti ada je kaki dengki tak puas hati sana sini. Pergi Cameron Highlands jekot. Agak-agak la sikit.... Sekian.

Back to pangkal jalan.


2014. Lama sudah mama tak pergi CH. Last skali tahun 2008 kot. Workshop. Mama dah berniat nak bagi hadiah dalam bentuk trip kepada abah... Sebab abah always busy ke pulau aje, jadi November adalah waktu yang sesuai untuk bawa abah jalan-jalan. And, coincident date match with bday date Adam. Alhamdulillah... Sekalikan sajo celebration biasa-biasa je ni. Abah pula pilih CH sebagai destinasi percutian beliau. ai ikut sajo.

Hotel ai choose ai paid.

 Yes. Ke hotel yang mama pernah buat event dahulu. 
Formerly known Equatorial but now dah tukar to Copthorne. Standard don't know same level as Equatorial or not but price and everything mcm sama aje. Our room standard price is RM300++. But I book through online so dapat murah lagi.

For small family like us is not suitable to book apartment. Actually nak pergi CH ni better pergi in a group. Book apartment lagi murah dan jimat.

Boleh la jalan-jalan santai rehatkan diri walaupun masa ni Adam kurang sehat. Meragam aje. Ohh stress jugak mama bila jalan-jalan anak kurang sihat. Frust ladang teh sungai palas close on Monday. We reach here by Sunday. Unfortunately after check-in Adam zzz so kami tak dapat ke LTSP on that day. Hmm.. takpela nanti mama bawa abah lagi. CH dah kurang menarik nowadays. Dengan landslide, banjir, polution sana sini... Sejuk pun dah tak rasa except malam. Boleh la jalan-jalan beli sayur dan strawberry... Minum teh relek-relek... Itu aje la. Suprising, ada orang excited pergi Mardi... Theheh. Tak pernah pergi? Kelakar la laki aku. Dia tak tahu Mardi boleh masuk jalan-jalan. Sabojela.

Excited.

Saturday, June 16, 2012

Waterfalls basi

Posted by Unknown | 12:35 AM Categories: ,
Yer aku keji. Cerita yang lupa nak upload. Last year December punya story and early January kot. Lupa cane nak story-mory. Picture tersedia ada ni pun aku terjumpa in folder web. Oh keji.... Basically gathering my colleagues + friends release tension.

Daring la sangat buat pose cenggitu in water.
 Pahtu nak main sembunyik... oh apakah?
 Friends. Family.
 With my adik yang baik and 4.0
sweet. ada cerita dibalik sweet ini.
Adik yang comel: Kakak umo berape? 
Aku jawab: 18
Adik yang comel: ooo. Same dengan abang saye.
Aku: speechless.
Adik yang kurus: Eh kenapa nampak macam tua? 
ok yang ini cerdik sikit.
Aku: oh kakak gurau. bistu kalau tua berapa umur kakak?
Adik yang kurus: 25.
Aku: Speechless lagi.
25 tahun tu tua... 31 tahun bagaimana pula? tsktsktsk.

Thursday, January 5, 2012

Moments Captures Fraser Hills Jan 2012

Posted by Unknown | 8:00 AM Categories: , , , ,
Baru sampai terus serbu 1 of the lounge. Kami bergambor je... Nice view here.
Ce tengok kasut Dayah. Vouge ok. Aterr nak g kenduri kampung Siti.
The STUDIO.

Tuesday, January 3, 2012

Fraser Hills-Kuala Lipis Part 2

Posted by Unknown | 3:32 PM Categories: , , ,

9.50 am jam aku baru kami sampai Gap ok? Patutnya gap naik 9.00 - 9.40 am je. Kami belasah bile tengok signboard GO. By 10.10 am kami selamat sampai Fraser Hills...

Kepada ppl yang tak biasa jalan pusing-pusing, aku nasehatkan makan ubat mabuk. Dayah dah selamat memuntahkan kopi yang dia minum semalam otw to the gap. Naseb dia budak baik. Senang urus.


Dah selamat sampai, harus cari tempat membuang dulu. Kemudian jalan-jalan by car survey tempat. Dah puas hati baru cari tempat breakfast. Ramai juga ppl. Tapi tak seramai Cameron. Most ppl they jog, cycling, hiking. Photographer ramai. Of course le taking birds picture. Kami jumpa group mini coupers yang cool, superbike yang maco.. Tengok-tengok rumah yang ada. Ada waterfall juga tapi kami tak pergi survey pun.


So plan next trip: book rumah persekutuan, pergi hiking, archery and horse riding. Sangat ok untuk pencinta alam. Peaceful dengan bunyi birds... 

Dah kenyeng makan, jalan-jalan tempel gamba sikit, dan continue journey to Kuala Lipis. Kali ni tak guna jalan yang sama. We use other route which is the gap use for going down sahaja. This route is much more nearer heading to Raub. But u must be careful sebab banyak kawasan slope. Pemandangan MasyaAllah sangat indah. I truly like these scenery.

Orang dah cakap, turun saje doh!
 Kanan ke KL-kiri ke Raub

By 3.00 pm we reach rumah pengantin oh. Rupanya rumah Ika dah heading close to Gua Musang. Manusia segala dah kemas-kemas sudah. Takkan kami nak balek? Perut melapar dan pengantin is IKA yang baik a.k.a. positif. Haruslah kami POSITIF.

By 4.00 pm kami pun gerak balek... Use Kuala Lipis-Raub-Bentong-KL and reach RTM by 6.30 pm... A long, safe, tired and nice journey for 1st Jan 2012.

Monday, January 2, 2012

Fraser Hills-Kuala Lipis Part 1

Posted by Unknown | 9:44 PM Categories: , , ,
1 Januari 2012. 7.20 am. Damar.


Hp Sony Ericson Model W150i aku mencicit-cicit menyanyi suruh jawab. Rupanya Nisa call. Oh aku sudah terlajak zzz. Konon nak bangun awal buat lecture note dulu and siap-siap. Alih-alih terlajak sudah...

7.30 am tentatively harus gerak dari Damar ke Kerinchi. Bagaimana? 7.20 am baru kesat mata. Akhirnya 7.55 am juga kami gerak. Sampai RTM 8.10 am. Tunggu Nisa isi minyak, 8.15 am juga kami gerak menghala Jalan Duta. Tawakal je masa ni, sempat ke tak nak kejar gap 9.00 am ke Fraser Hills. Cek google map, duration from Seri Kembangan to Fraser Hills 2 hours 10 minutes.


Aku tak follow route Google Map which use Selayang route. Instinct aku mengatakan use Plus Highway, exit Rawang Selatan dan heading to Serendah. Finally, by 9.00 am we reach Kuala Kubu Bharu. Ok, sempat kot nak kejar gap.

Rupanya dari KKB towards ke Fraser Hills before the gap, jalan sudah pusing-pusing. But still ok sebab 2-ways. Before jalan pusing, kami melalui Empangan Kuala Selangor. Nice view... Sinilah kot tempat memancing.

Ada orang tu, janji dari 2 tahun lepas nak bawa aku ke sini tengok bintang dan komet. Kesudah tak bawa. Aku juge yang pergi sendiri. Sedih :-(

otw to the gap, kami jumpa Air Terjun Sg. Chiling yang famous itu. Oh, harus plan next trip!

Thursday, December 11, 2008

Pagi yang amat sejukk. Tak perlu ada aircond. Apartment ni ada 3 bilik. Ruang rumah yang betul-betul luas. Mama dan abah di master bedroom. Abang Cik dan Adik. Aku-Nisa-Fatin-Wan-Akilah. Tapi aku dan Nisa tidur di hall. Ada tilam extra yang tebal. Sungguhlah sejukkk. Tak perlu aircond. Bangun pagi bergambar dulu. Kemudian mandi dan breakfast. Mama masak. Wan surrender sebab nak basuh tangan pun menggeletar. 9.30 pagi kami turun. Tapi terpaksa naik semula sebab Wira tak boleh nak gerak. Minyak silinder perlu ditukar. Aku-Abang Cik-Mama ke Pekan Brinchang mencari stesen minyak untuk membeli minyak silinder. 10.30 pagi baru mula gerak. Singgah membeli souvenir-bunga-dsb di area Brinchang.

Kemudian perjalanan perlu diteruskan ke Ladang Teh BOH Sungai Palas, our last pit stop sebelum journey to Seberang Takir. Abah target sampai ke Tasik Kenyir sebelum malam. Malangnya, perjalanan ke Ladang Teh BOH Sungai Palas terasa amatlah lama dek kerana kereta yang bersusun banyaknya. Jalan bengkang-bengkok yang amat kecik. Dengan bas dsb. Maka kami stuck agak lama sebelum sampai. Ketepi-reverse-kedepan dsb. Hampir putus harapan.

Akhirnya sampai ke destinasi. Pemandangan; amatlah sungguh cantek+menawan tertawan. Tak sia-sia kami datang. Namun manusia amatlah ramai. Tak sangka aku, ingatkan Wan tak mampu nak daki jalan landai ke kilang Teh BOH tu. Rupa-rupanya sampai jugakkk.. Terus gi shoping ngan mama. Kami; aku-abah-nisa-abang cik-fatin-aiman-akilah singgah panaskan tekak dengan beraneka jenis perasa teh panas dari jenis SONGKET. Selesai panaskan tekak baru ke kedai TEH membeli sebarang sekotak dua TEH dan souvenir dibawa pulang dan melawat kilang Teh BOH.

Kami tak lama kerana mengejar masa. Ditambah berlumba-lumba dengan manusia yang ramai tu nak mendaki kaki bukit pulang dengan kereta (elak jem). Namun, tak sampai separuh perjalanan klash Wira problem. Jam 1.30 petang. Kami terpaksa berhenti. Transfer Wan dan Mama ke Viva, Abang Cik dan Nisa bawa mereka pergi shoping sayur kemudian mencari bengkel. Aku dan Fatin meneman abah di lereng bukit ladang Teh BOH. Hujan renyai dan cuaca amatlah sejuk. Tak sia-sia aku bawa kot dan hawl. Dan juga Fatin. Selain kami ada sebuah Wira yang bermasalah sama seperti kami. Menunggu agak lama, 2.30 petang. Aku roger Abang Cik, katanya masih di pekan Brinchang yang jem. Ada satu workshop. Makanya setelah mendapati kereta dah hilang bau, kami teruskan perjalanan ke workshop. Mujur kami berkonvoi. Abang Cik dan Nisa dah jumpa wokrshop.

Sampai di workshop terpaksa menunggu 2 jam. Itupun diganti dengan klash 2nd-hand. Kalau nak tunngu yang baru 6.00 petang baru sampai. Oh tidakk.. Abah tukar break sekali. Selain kami, ada 3 kereta yang sama masalah; klash. Fuh. Bayangkan betapa mencabarnya keadaan jalan yang jem di Cameron... 4.45 petang siap.

Kami bertolak dalam keadaan yang jem menuju ke Gua Musang dari Cameron Highlands. Keadaan sepanjang jalan hujan renyai dan lebat. Kereta tak banyak selepas Brinchang on the way ke Gua Musang. Akhirnya sampai ke Gua Musang 7.30 petang. Nampaknya target abah dah tersasar dek keadaan yang kami tidak sangkakan. Perjalanan diteruskan ke Felda Aring melalui route ke Kuala Krai/Kota Bharu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Sebelum sampai ke Felda Aring kami akan melalui Felda Ciku. Suasana amatlah gelap dan menyukarkan perjalanan kami. Abah pun tak pernah sampai ke jalan tu waktu malam. Sebaik masuk ke Felda Aring jalan amatlah tidak elok. Kejap ada tar kejap tiada. Gelap gelita melainkan lampu kereta Wira dan Viva. Sekali sekala ada kenderaan lalu-lalang namun tak banyak. Rumah pun tak banyak. Kami melalui guard post kerana kawasan itu sempadan Kelantan-Terengganu. Ada banyak lembu di sepanjang perjalanan dan kenderaan tak boleh laju (tapi apak aku maintainnn laju. Nyehh). Sampai suatu jalan kami berhenti menolong satu kereta yang terperosok atas tanah selut yang tinggi. Akhirnya kami konvoi bertiga. Jalan di Kenyir pun menyeramkan. Kerana jalan itu belum dibuka kepada umum walaupun sudah ada tar dan signboard. Masih tiada lampu. Perjalanan lebih kurang 1 jam sebelum sampai ke Kuala Berang. Jalan di situ banyaklah lopak memandangkan hujan yang tak berhenti. Akibatnya, rim Viva Nisa bengkokkk.

Selepas melalui Kuala Berang kami melalui Manir dan akhirnya sampai ke Seberang Takir pada jam 12.00 tengah malam. Sungguh memenatkann... Sebelum zzz makan bihun goreng Cumah masak yang amat sedap. Tq Cumah. Pahtu zzzz. Esok raya.

daY 1: saTuRDaY 6 Dec 2008, KL-CaMeRoN HiGHLaNDs

Posted by Unknown | 1:33 PM Categories: , ,
Kami bertolak 8.30 pagi dari rumah. Melalui MRR2 as we drop by area Zoo Negara kerana menumpangkan Farah yang ke rumah kakak. Dalam kereta kami bertiga; aku, Nisa dan Fatin. Naik highway tol Sungai Buluh. Keadaan highway ok. Cuma kami stuck 3 kali jem all the way ke exit Simpang Pulai. Actually boleh je nak naik Cameron melalui Tapah. Lagilah dekat sebab apartment yang dibooking pun di Tanah Rata. Namun, mengenangkan dalam Wira ada 6 orang yang perjalanannya pula selama 2 jam dari Pendang dan dari Simpang Pulai nak ke Cameron tu mahu 2 1/2 jam, maka kami pun berkeputusan nak jumpa di exit Simpang Pulai. Abah bertolak jam 9 pagi. Tapi lepak di rumah Wan Kedah dulu kletap-kletung 10.00 pagi baru kat Padang Lembu. Kami pula stuck jem. Akhirnya sama-sama cantek keluar exit Simpang Pulai dalam 12.30 tengah hari. Dah berjejak-kasihan kejap, kami teruskan perjalanan. Transfer Aiman ke Viva so selesalah sikit Wira; Abah, Mama, Wan, Abang Cik dan Akilah.

Highway Utara-Selatan yang sesak.
Perjalanan diteruskan. Sungguh cantek pemandangan. Jalan pun jauh lebih elok compared to Tapah. Untuk sesiapa yang kurang mahir dengan jalan bengkak-bengkok dan suka menyaksikan pemandangan yang cantek, adalah disarankan menggunakan jalan Simpang Pulai-Cameron kerana jalan ini adalah jalan baru dan adalah amat selesa. Namun, nak sampai ke Tanah Rata melalui Brinchang, amatlah jem. Kereta banyak. Mostly chinese dan plat number kereta banyaklah SGH. Mungkin kerana musim cuti Raya Haji.

Lalulintas di Cameron yang sesak.Justify FullExcitednye kami...Baru sampai. Wan mabuk dalam kereta.
Plan asalnya nak ke Ladang Teh Sungai Palas sebelum check-in, kerana ladang teh tu just on the way ke apartment. Malangnya tuan rumah nak balek kampung beraya, so nak tak nak terpaksa check-in dulu. Ditambah dengan cuaca yang hujan renyai, maka kami tukar plan. Check-in-makan-solat-kemudian jalan-jalan sekitar Tanah Rata. Kami check-in 2.30 petang. Keluar semula 3.30 petang menuju ke; STRAWBERY PARK-MARDI-SMOKE HOUSE. Malangnya Strawberry park close sebab public holiday. Makanya kami hanya boleh melawat side sebelahnya yang menjual kaktus dsb. Dapatlah Aiman membeli kaktus 7 for RM10 dan aku membeli pokok bunga hijau yang aku lupa namanya... RM8.00. Bersiar-siar di Mardi pun best. Kami masuk 4.30 petang. sempatlah melawat Pusat Jualan sebelum tutup 5.00 petang. Kami masih boleh bersiar-siar di MARDI selepas 5.00 petang. Ada kilang teh, ladang teh, tanaman sayur-sayuran dan taman bunga yang cantek. Smoke-house pula kami singgah sebelum sampai ke apartment untuk bergambar. Adalah diingatkan, boleh bergambar di kawasan Smoke-house, dan bukannya dalam rumahnye ok. Itu hanya untuk orang yang nak mengisi perut dengan harga yang agakkk mahal. Dah kletang-kletung bergambar kami pun sampai apartment dalam 7.30 petang. Mandi, makan tgk tv dan berehat. Aku demam malam tu. Seb baik aku ingat kata-kata Farah; BAWAK PANADOL.
Apartment Desa Anthurium.
Mama & Abah @ MARDI.aku & Abah @ Strawbery Park yang close.aku @ MARDI. Ehem.Nisa yang POYO @ MARDI.
Aiman @ Smokehouse.Mama @ Smokehouse.

Wednesday, December 10, 2008

TRiP CaMeRoN HiGHLaNDs-SeBeRaNG TakiR

Posted by Unknown | 11:26 PM Categories: , ,
Hanya 4 hari; Sabtu-Selasa. Tapi penatnya sampai ke hari ni terasa. Sepertimana yang telah dirancang bersama abah, kami beraya Aidiladha buat pertama kalinya di Terengganu, memandangkan Aidilfitri tempoh hari tak jadi pulang. Oleh kerana abah menjumpai route baru Terengganu-Kedah melalui Cameron Highlands selain jalan biasa (Lebuhraya Timur-Barat), so abah mencadangkan kami bertolak dari rumah masing-masing (Pendang & Pendang) dan berjumpa di Simpang Pulai. Dari Simpang Pulai kami gerak bersama-sama ke Cameron bermalam semalam di Tanah Rata sebelum bertolak balek ke Seberang Takir pada Ahadnya. Okeh, cantek. Idea yang amat menarik dan aku terus membooking apartment DESA ANTHURIUM semalam. Harganya amatlah mahal untuk satu malam, iaitu RM350.00. Tapi apa nak buat, itulah standard harga apartment during public holiday. Bak kata pepatah, You get what you pay. Kira berbaloilah walau harga agak tinggi... Perjalanan Cameron-Seberang Takir memakan masa lebih kurang 5 1/2 jam. Ok. Disebalik keseronokan kami, ikuti kisah seterusnya betapa adventurenya trip kali ni in the next post. Tadaaaa..

Sunday, August 17, 2008

LaGi GeNTiNG-solero shot

Posted by Unknown | 5:51 PM Categories: , , ,

video ni aku rakam sewaktu Nisa, Mas dan Peyuh naik solero shot. yang ni jelah aksi gerun yang dapat aku rakam sebab yang ni je aku tak join. Cukuplah last 5 years ago aku naik sekali. Tak mo dah eden. Kalau sesiapa yang nak merasa pengalaman nyawa dicabut, cubalah sekali. Pasti insap beebbb...

Thursday, August 14, 2008

LaGi

Posted by Unknown | 11:07 PM Categories: , ,

GeNtiNG LaGi

Posted by Unknown | 8:46 PM Categories: ,

Saturday, August 9, 2008

kerJa GiLa

Posted by Unknown | 11:08 PM Categories: ,
 
Sebenarnya lama dah nak upload, tapi tak sempat sebab BUSY... Last week kami buat kerja gila. Pergi Genting naik hardcore play item. Actually entah macam mana plan, saja sebut nak ke Genting, ajak Mas. kebetulan Mas ke Matta Fair JB dapat tiket diskaun. Apalagi, tiket tu sekali dengan FLYING COASTER yang baru tu. Theheh. gila, gila... But we enjoy! Malas nak cerita lebih. Enjoy the picture can describe all lah. Theheh.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube