Showing posts with label Adam. Show all posts
Showing posts with label Adam. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Measles a.k.a Campak

Posted by Unknown | 12:42 PM Categories: ,
Bila anak sakit ibulah orang yang paling sibuk dan susah hati.

Betul tak?

Lagipula kena sakit spesis penyakit berjangkit. Kadang tu kita dok menyumpah seranah virus siapalah ni menyusahkan orang betul. Tapi, disebalik semua itu ada hikmahnya. Baguslah kena sekarang bukan esok lusa. At least antibodi anak kita sedang membina dan menguat. Kan???

Lagilah pula derita demam campak.

Haishh... Anak I kecik lagi, baru setahun dah kena? I dulu umor duabelas tahun baru nak kena. 

Whatodo. Hopefully antibodi dia membina dengan jayanya untuk melawan jangkitan yang sama bila dia besar kelak.

Wah begitu... :)
Belakang badan Adam paling banyak naik campak.

First time Adam kena campak masa dia baru masuk setahun. Saya tak pasti, dia kena campak disebabkan kesan suntikan MMR ataupun jangkitan di taska. Sebulan selepas dia ambil suntikan dia disyaki terkena campak. Nursery kata ada budak kena campak dan budak tu main dengan Adam. Masa kena tu saya sendiri keliru, campak atau HFMD sebab Adam tak demam. Dan campak dia naik tak banyak. Mengikut firasat ini, memang la campak naik tak banyak, anak sakit bapa bawa ke klinik, ambil ubat demam dan antibiotik dan makan.

Hmmm...

Untuk perkongsian ilmu dan pengalaman ibu-ibu, sekiranya anak demam, perkara pertama kita buat adalah monitor suhu. 3 hari demam tak kebah then baru jumpa Dr. Untuk demam campak, seeloknya kita biarkan anak demam sebab bila badan panas campak itu akan keluar. Yang penting, monitor suhu.
Sibuk nak tolong mama. Serupa tok bomoh kekdahnyer dah.

Untuk kes Adam ni, dia sihat dengan cepat. Kami siap boleh travel ke Kuching having vacation. Dek kerana campak dia naik tak banyak dan tak obvious...

Pun begitu, selang dua bulan kemudian, Adam demam dengan suhu panas. Esoknya mula naik bintik merah berair. Hmph, nampak seperti betul la firasat mama ni, campak keluar tak habis sebelum ni. Dalam tempoh dua bulan tu, kami sempat bercuti ke pulau dan Adam mandi laut. Seminggu balik pulau Adam diserang demam campak. Ada orang kata, kalau demam campak tak boleh mandi laut selama 6 bulan. Hmmm... Lesson to mama. Haippp.

So, sekarang ni hopefully ini campak terakhir Adam dan biar dia keluar semua. Kalau tengokkan dia, menangis kau makk.. Campak naik banyak dan besar. Dengan itu, better mama bercuti-cuti Malaysia kat rumah.

Buat apa kat rumah?

  1. Bila anak sakit, saya kupas bawang merah letak dalam piring dan biarkan terdedah di kawasan kita melepak dalam rumah.
  2. Rebus dah semambu buat mandi anak. Tak perlu sabun. Biar dia berendam dalam air lama sikit 5-10 minit. Ini untuk hilangkan miang dan gatal badan. Elakkan kena mulut sebab pahittt.
  3. Ambil daun semambu (sahaja.. ranting dahan taknak), letak ditempat tidur dia. Kalau anak tak selesa letak dalam kain batik. Atau, saya letak dalam sarung bantal yang kosong then buat lapik dia. Yela anak saiz kecik je so saiz sarung bantal tu dah memadai nak alas dia.
  4. Kalau rajin, tumbuk daun semambu hingga lumat dan campurkan bersama air dan bedak sejuk untuk dilumurkan ke badan. Untuk elak gatal dan miang.
  5. Kalau malas, beli Calamine Lotion. Untuk kurangkan rasa gatal.
  6. Bagi minum air kelapa.
  7. Sentiasa monitor suhu badan. Kalau panas lap badan anak dengan kain basah (especially bahagian ketiak).
  8. Berjumpa Dr (saya pilih klinik kesihatan). Minta ubat demam (paracetamol) sebagai backup. Ada rezeki, cuba minta calamine lotion. All free.
  9. Malam hari adalah paling mencabar. Sebab anak takkan dapat tidur dengan selesa. Kerap tukar diapers. Kerana diaper yang basah akan menyebabkan gatal dan ketidakselesaan pada anak. Kerap sapu calamine lotion. Spare air masak dalam botol susu. Anak kena kerap minum air untuk elak dehydrate semasa demam.
  10. Buat bubur lembik dan sup ayam. Jangan bagi makanan yang gatal (ayam, sotong, udang dsb).
  11. Seeloknya pakaikan lampin kalau anda tengok ruam campak tu ada juga kat tuuttt anak. Bagi udara masuk sikit dan tak terperap sangat.
Begitulah aktiviti saya bercuti-cuti di rumah bersama anak semasa kena campak. Huhu. Terpaksalah demi sayangkan anak. Insyaallah, anak kita sakit hari ini, esok lusa dia akan sihat dan badannya bertambah kuat melawan penyakit. Amin...

Wednesday, February 25, 2015

My Heart

Posted by Unknown | 1:57 PM Categories:
Waktu snap this pic Adam was 14m. Apa achievement my boy so far?

  1. Berjalan dah laju... He start constantly walking when he was 14m. Actually dari 11m dah mula bertatih tapi dia prefer merangkak/ meniarap macam tentera yang mana lebih laju dari bertatih. Saborjelakan.
  2. Lasak? Toddler mana la yang tak lasak kan. Benjol sana sini anak I ni ha. Especially tang dahi yang maco tu. Risau juga. everytime dia jatuh, mata mama ni tak pernah lekang dari usha benjol dan tangan serta mulut ni tak henti-henti excercise tekap-dan-tekan. Pheuwww. Panjat sana sini. Naik sofa terjun kepala dulu. Tapi cerdik, kalau ada tilam kat bawah sofa baru dia begitu cenggitu. 
  3. "Behave". Perkara mengejutkan mama. Adam boleh turun katil dengan baiknya since dia 11m. Abah ajar kalau nak turun katil haruslah reverse. So first time dia buat begitu masa 11m. Mama takkan lupa. Cerdik sungguh awak.
  4. "Abah" dan "Momma" dah boleh panggil. Tapi mama pun tak tahulah awak paham ke idok yang awak sebut tu Adam....
  5. Ada feeling. Kalau dimarah, dia diam dan tenung kita semula. Takot uuuuu.
  6. Jangan susahkan diri anda bancuh susu untuk dia. Tanya dulu, "Nak susu?"
    Kalau dok golek semacam or terus baring tu maknanya nak la tu.
  7. Suka main air. Clearly understand "Go, no, turn, cat, dog, bird, house, lorry, car, friend, susu, toilet, sleep, bye..."
  8. Sukakan lori dan wayar.... Ini obviously kot nampak his interest. 
Adam, Adam.... Maco tapi tersangat la comot. 

Thursday, February 12, 2015

Jom pergi klinik kesihatan

Posted by Unknown | 12:37 PM Categories: ,
Syukur sangat dilahirkan dibumi bertuah dan hidup sebagai generasi modern di negara tercinta. 

Sepanjang preggy start 3m, saya mula buat check-up di klinik kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan. Oleh kerana bekerja di daerah Mantin, maka saya ke klinik kesihatan terdekat iaitu Klinik Kesihatan Mantin. 

Alhamdulillah. Kesihatan saya dan anak bermula seawal Adam dalam kandungan hingga lahir dipantau oleh klinik kesihatan. Free of charge. ok kawan-kawan. Anda bayar cukai? Silalah gunakan kemudahan yang kerajaan bagi ini ya? Jangan asyik "vote for private" je dan tiba-tiba nak meroyan kene bayar cukai...

Nurse yang dulu bukanlah yang sekarang (lalalala). Nurse sekarang muda-muda, comey-comey, baik-baik dan bijak-bijak. True. Dah tak ada spesis memekik yer. Dan mereka lebih sistematik.

Ingat lagi, kerana nurse yang call dan ingatkan saya supaya check-up, Adam selamat dilahirkan. Waktu tu saya dah sarat. Dah sampai due date kot tapi belum ada bukakan. Saya dah merancang untuk bersalin di hospital swasta. So saya tak pergi regular check sebab dah ambil cuti. Nurse bising, dan dia forward saya ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Pergi sana, rupa-rupanya air ketuban saya dah kurang dan Dr terus forward ke hospital. Masa tu terus pergi hospital swasta yang dah ditempah. Memang I kene tahanlah you... Terima kasih nurse kerana prihatin.

Nurse mencuci gigi Adam. Nurse gigi pesan to mama, "Sila lap gigi anak menggunakan towel bersih pagi dan malam. Buang tabiat puting. Didik anak minum menggunakan cawan".
Ingatkan masa mengandung je dipantau. Rupa-rupanya sehingga kini. Adam dah setahun 3 bulan. Lagi 3 bulan last injection. Then pemantauan setahun sekali kot (entah belum sampai masa mama belum dapat schecule lagi :)). Masa dalam pantang nurse datang melawat di rumah. Masa balik kampung pun sama. Nurse klinik desa datang. Best kan ada orang monitor kesihatan kita dan anak? Semua ni free. Ubat free, consultation free.

Jadual check-up ikut usia kandungan dan usia baby (bila dah lahir). Makin dekat due date, makin keraplah you jumpa nurse. Makin besar anak, makin jaranglah you jumpa nurse. Biasa sekarang ni kalau buat check-up untuk Adam nurse akan timbang berat, ukur tinggi dan diameter kepala. Jika ada injection, maka last session kena cucuklah budak kecik itu... So far Adam bila dicucuk nanges kejap je. Dah siap dia pun senyap. Paling best, sekarang ni bila Adam dah ada gigi. Terkejut mak hokay, baby pun ada klinik gigi sendiri.

Hmm.. Oklah. Waktu menunggu tengoklah kalau ramai, 2-3 jam. Kalau tak ramai within 1 jam dah siap. Standard je dengan saya ke private dulu. So far Adam tak pernah ada appointment dengan Dr. Hanya bayi bermasalah akan berjumpa Dr. Yang lain jumpa nurse je so masa pun jimat.

So, saya sangat rekomen kepada newly mom, walaupun plan nak bersalin di swasta, silalah daftar ke klinik kesihatan. Jangan malas pergi check-up. Semuanya untuk kesihatan anak yang terbaik. Tak semestinya yang berbayar itu yang terbagus ya. Dah alang-alang bayar cukai, gunakan jelah perkhidmatan percuma yang diberi kerajaan ini.

Monday, February 9, 2015

Eat-Stroll-Shop-Massage@Hatyai

Posted by Unknown | 1:54 PM Categories: , ,
Wah tajuk...

Begitu.
Ceritanya, mama plan nak buat bff's reunion to Koh Lipe since December last year. So, mama bila plan, memang ada proper paperwork lah kan... Siap survey transport, accommodation, and budget segala. Oleh kerana abah pernah ke Koh Lipe, mama pun forward lah paperwork mama ni yang siap ada date segala bagai. Dalam dok plan ni mama lupa yang kami tak dapat cuti Thaipusam yer. Hanya friends mama yang bekerja di KL je yang dapat cuti wilayah plus Thaipusam. Untunglah mereka. Abah apalagi tengok paperwork yang cantik bagai dia pun nak join. Tapi dia cerdik, used my paperwork untuk trip dia (confident level tinggi tak sedar yang the next week after dia masih ada event trip). 

Dipendekkan cerita, mama punya plan cancel as friends all busy weh (nanges!).

Abah pula sebaliknya, dapat ramai pulak delegates yang nak join. The first event and paling ramai so far for this year. Alhamdulillah... Untung tak ada tapi network yang penting. Yala currency drop meh. Commission segala habes kena topup.

Mama nak join tapi macam tak berbaloi I nak snorkling lone ranger with Adam plus cuti yang kene tolak gaji (5-days ma). So I gave him suggestion, we (mama and Adam) went by plane to Hatyai by the end of the day trip abah. Abah happy aja. Yala ada driver so happy lor (cis cis!). Plus no-claim for airfare and free accommodation 1-nite @ Hatyai. Sukala dia. Takpe dengan suami kita jangan berkira yer. Nanti Allah beri lebih lagi rezeki untuk kita. Aminnn.

So for mama, 2-days trip to Hatyai ni kira oklah... Actually its a very short vacay. Bayangkan Tuesday depart from KL 12.30 pm flight. Sampai sana 1.30 pm (12.30 pm waktu tempatan). Abah fetch us at Hatyai airport dah almost 3.00 pm. Esoknya after check-out gerak balek. Looks so fast-and-furious kan? Takpela mission mama in the same time nak cari kereta remote yang murah untuk Adam. And in the same time boleh teman abah all the way. Hati pun tenang. Kalau fikir dia drive sorang, runsing. Drive after dive. Long journey. Tired.

Dah nama short vacay, so you must be independent. Don't depends to hubby 100%. Anything you can help in order to make things easier, than you should do. First thing we did when reached Hatyai adalah mencari kedai makan muslim. We went to Restoran Kelantan. Tomyam dan kerabu adalah menu wajib.
Tq encik lori. Travel ke mana-mana mesti bawa toys. 
Legaaa dapat makan. Dah kenyang baru proceed to check-in. Mama rehat kejap. Abah dan Adam sleep, mama turun meronda lone ranger. Have to lor, harapkan encik suami yang keletihan diving, melopong la percutian mama oi. Jalan-jalan cari makan, sempat sambar baju Adam dan baju tidur mama. Hehe... Tapau ayam goreng dengan pulut mangga, singgah foot massage, 7.30 pm baru menapak bilik hotel. Balik je 2 orang kesayangan dah bangun. Kami makan-makan. Dah kenyang, mandi solat bagai, turun pula dengan keluarga...

Sotong bakar. Sedap dimakan masa tengah panas.
Adam dalam stroller. Kami tak singgah kedai makan pun. Hanya meronda along the street, shop, and tapau. Lama jugak ler 10.00 pm baru balek. Makan-makan. Anak aku pon sama weh. Memang jiwa traveller betol. Kat rumah ni, 9.00 pm dah bermimpi. 

The next day we went to look for Adam's toy. Crazy cheap weh. Before that we took our breakfast at muslim restaurant behind Kosit Hotel. Nasi kerabu daging bakar serious marvelous! Rugi tak cuba weh.
 Ini dia.  
 Ada daging basah dan kering. Both tempting.
Suka la tue... Gigih dia cari kedai makan ni.
Mama? Roti canai je. Save space for your tummy. More to come. Roti pon sodap...
Singgah Danok foot massage. Bukan setakat pak, mak pun nak jugak. Dengan anak sekali haaa. Mencabar oh. But seem the place is very nice, save for toddlers so mama pun tak risau nak join abah foot massage. Yela kiteoorang kan nak drive-like-shumaker later on. Haruslah massage the foot.


Unfortunately kereta remote murah which we budget under RM200 failed to be found. So shopping toys etc lor... Actually yang kami jumpa dah murah, around RM220-RM350. But all that branded punya car. Takkan mak pakai proton anak nak pakai Ferrari kan? Agak-agak la sikit nok. So may be we will buy area Jalan Pasar. Coz price yet still cheap. So, inilah hasil shopping di Hatyai. No picture ala-ala vacay yer. All picture pakai snap je. We focus more on jalan laju-laju tolak stroller  laju-laju shopping laju-laju makan laju-laju. Fast-and-furious giteuw...

Begitulah kisahnya travel kedua membawa toddler ni. Tired but yet we still enjoy. As long as with the family. Bak kata abah kau, "nak pergi mana pergi dengan abang". Amboi. Abah tak tau ka mama kau ni kaki jalan sana sini sebab tu nama blog mama Yana-Sana-Sini hokay. Dengki betul. Sampaikan nak tengok wayang pun mesti dengan abah. Adeh laaa...

Saturday, January 3, 2015

Trip to Kuching

Posted by Unknown | 1:15 PM Categories: , ,
13-15 December 2014.

Adam's mission to see a big cat was accomplished. Super-excited anak I okay...


Tq my colleague Bity for inviting us for ur wedding reception... Kalau tak kerana wedding invitation, rasanya belum sampai la mama ke Kuching sana tu. Mama pernah sampai Miri aje kat dalam wilayah Sarawak itu. Kali ini sangat bertuah kerana inilah first trip keluarga kecil kami. Dan ini juga adalah 2nd time experience Adam fly fly.

Adam dalam ERL. 
Mudah sekarang bila ada KLIA2. Park di Putrajaya (budget parking plus tambang ERL return for 3-days for 2 persons dlm RM30).

Alhamdulillah anak mama ini anak yang baik. Tak banyak ragam. Walaupun masa tu baru baik dari campak. 
He was like, super-excited kot. 
 Terkinja sana sini. Bila pakai belt meronta. Bagi bebas dia suka. watever janji u hepi nak...

Oleh kerana trip kami ni trip yang sangat singkat dan sekejap, maka tak banyak tempat yang kami boleh terjah. Cari hotel nearest with waterfront, which is Harbour View Hotel. So kami jalan-jalan kat situ aje ler. Plus, we are lucky coz Azri ada kat Kuching that time. He was our driver. Dia le yang bawa kami jalan-jalan sampai ke Damai beach. Trip kami pun jadi lebih releks sebab asyik duduk dalam kereta jalan sana sini. Kan best... hehehe... 

The bride and and the lover.
Our breakfast on second day. Mee kolok Hj. Salleh. Mantop...
Background Gunung Santubong. 
Oh lepas dah tengok Gunung Kinabalu, I rasa macam kecik la pulak gunung Santubong ni. Nearby Damai beach. 
Jalan-jalan di waterfront after Azri sent us back to hotel. 
Breakfast on last day. Mee jawa @waterfront. Area kedai souvenir. Sangat nearby with Harbour View Hotel.
Best dapat rasa naik bot. Bayar 50 sen sehala dari waterfront ke kampung sebelah. 
Boleh pergi Ford Margerita tapi kami memang tak sempat ler bawa anak dengan cuaca nak hujan. Beli kek lapis ajeler.
Alang-alang beli kek lapis, borong sekali terubuk masin. Hubby kata ada tempat lain lagi murah. 
 Tapi tak pe ler, dah alang naik bot ke sini. Borong saja...
Azri kata, beli kat sini. Sini okay...
Bagus. Baik kek lapis mahupun terubuk. Dia pack terus dalam kotak. Senang nak bawa naik flight.
Sempat singgah office uncle. Before departure.
Letih sangat la tuew.
Alhamdulillah everything goes well. TQ encik hubby kerana bersabar dengan I yang garang ini and our son yang super-duper-active.

Im so worried with our baby condition tau. Dah baik demam, campak pulak. Selsema lagi. Ticket dah book. Kalau tak pergi mahu burn dekat 1k total expenses. Jadi juga akhirnya. Syukur Ya Allah kerana Kau permudahkan segalanya.

Insyaallah, ada rezeki nak pergi lagi. Next trip, plan lepak semalam kat waterfront and 2 night kat Damai beach. Macam best je. Insyaallah...

Wednesday, December 10, 2014

Penyakit HFMD

Posted by Unknown | 11:43 AM Categories: , ,
Minggu lepas Adam demam. Sekejap je. Demam nak selsema.

Minggu ni mama pula yang kena. Huhu.

Minggu ni juga mama tengok Adam semacam ada symptom HFMD (Hand Foot Mouth Disease). Penyakit kaki-tangan-mulut. Mula-mula ingatkan kena campak sebab pengasuh kata ada sorang budak kena campak. Bawa pergi klinik Dr kata may be HFMD. Dr said this is normal to kids.

I'm so worried.

Next Saturday we planned to have a vacation. How? Nangesss.

Conclusion dari review mama tentang HFMD, yang mama copy paste dari web MOH:

Pengenalan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan. Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis. Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan. Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak. Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan. "

Monday, December 1, 2014

What I prepare for his meal at school?

Posted by Unknown | 11:31 AM Categories: ,
Adam 12m... 

It become easier to handle his stuff. Including his meal to school. Not like he was 6m-8m. I need to think and prepare solid food for him every single day.

He choose to has simple meal. Bread. So we must make sure Gardenia is available all the time at home. Including eggs. Plus some biscuits. Banana, papaya, and even carrots. 

I just need to slice the bread into square shapes, stim a vege, prepare the fruits, or even prepare a scramble egg. 

Sometimes I will prepare a heavy meal for him. He's not choosy. He just eat. But his favorite is the simple one. 

Alhamdulillah... My son is a good boy.

Monday, November 24, 2014

Kelakar sangat ke????

Posted by Unknown | 9:50 PM Categories:
Kalau dengan softtoy suka betul dia. Mama pun tak paham kenapa la anak bujang mama ni suka sangat dgn bebe...
Ingat lagi masa pergi tengok phone di Mines. Adala costume Oppo dok melepak sana. Dia tersangat suka sampai nak pegang tangan oppo.
Sabojela...

Sunday, November 16, 2014

Adam setahun

Posted by Unknown | 12:27 PM Categories:
10.11.13

Alhamdulillah.... Genap setahun usia Nor Adam Arif bin Nor Bani. Adam lahir di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Seminggu sebelum, mama pergi regular check-up Dr dah bagitahu Adam dah dalam keadaan bersedia untuk keluar.

Pun begitu, mama punya pelvis kecik la sayang... Sampai ke saat akhir pun, hanya maksimum 2cm je bukakan. Nan ado experience pecah ketuban air mahupun darah... Mama ditahan di wad selama 3 hari sebelum melahirkan awak. Itupun sebab klinik kesihatan yang call suruh mama pergi check. Dan air ketuban mama dah kurang. Mama pun tak sedar bilamasa air ketuban pecah.

Sampai hospital mama berkeras nak bersalin normal. So Dr bagi hadiah ke mama 3 kali induce... That is maximum number for induce. Lalala. Lepas induce saketnya masyaallah.... Pun begitu rasa selama satu jam aje... Lepas tu kembali normal. Stubborn kau Illiana. Anak ai dah ready okay.  

Klimaks, mama dah stress gila then malam sebelum bersalin mama buat hardcore punya exercise. Then saket. kot rasa macam nak terberanak sangat dah. Tapi tak juga... Bila nenek dia balek dan abah dia jaga, terus dah tak saket. Mama siap tidur lena okay.

Subuh 6.00 am macam biasa nurse masuk pasang alat dengar jantung baby dan tengok kadar saket nak bersalin tu... alat apa ntah namanya. Dalam 1/2 jam keluar bunyi warning, jantung baby pump so fast. Masa tu Dr, mak bidan segala bagai datang check... And they are forcing me to labour room. Dah tak boleh tunggu dah. Harapkan pelvis mama tu, masih dok 2cm aje... So conclusion have to operate. Mama nanges menggila. Takut. Tapi Dr, bidan and nurse very helpfull. Bagi kata motivasi dsb. Banyak ingat Allah. Mulut sentiasa baca doa....

Sampai labour room ada 2 orang Dr. Sorang pakar bius and sorang lagi yang akan sambut baby. Sejuk menggila kot dalam labour room. Dr tanya nak tengok tak process operation aku jawab taknak takot... nak tengok baby je. So diog letak kain selimut tinggi gila so aku tak nampak.

Bius half. All the way mama tak rasa apa pun. Siap sendawa lagi sebab masa tu Dr dok tarik tarik Adam keluar. Sembang dengan Dr bius itu apa ini apa dsb...

The moment Adam keluar, terus dengar suara dia nanges. Alahai manisnya saat itu. Mama pun automatik jadi sentimental masa tu. Lepas Dr bagi tengok, Adam dibawa keluar dan mama terus tak sedarkan diri.... Bukak mata dah dalam bilik. Titik.

So fast. Macam mimpi. Mimpi mama lagi lama dari pengalaman melahirkan Adam. 

Alhamdulillah... Awak memang comel sayang. Berat awak 3.01 kg. Awak tak ada sebarang masalah. Apatah lagi Jaundis. zero. Alhamdulillah....

Mama sentiasa doakan agar Adam menjadi anak yang soleh. Hamba yang taat pada Allah. Tak tinggal solat. Dan mama nak sangat anak mama menjadi hafazan Quran. Terbaik jika Adam mampu membimbing mama dan abah ke jalan Allah dengan baik... Mama sentiasa doakan agar Allah berikan kesihatan yang baik untuk Adam, dijauhkan dari penyakit kronik, dijauhkan dari kemalangan dan kecelakaan. Mama doakan Adam sentiasa dijauhkan dari syaitan yang direjab. Mama doakan Adam menjadi insan yang bijak, disukai ramai dan cemerlang dunia dan akhirat.... Amin ya Allah...

 Ha mana budak kecik yang dah ready nak keluar tapi tak boleh boleh keluar lagi neh? mama neves okay.
Alhamdulillah Ya Allah...keluar budak James bond ni tepat 7.07 am, 10 November 2013....

Thursday, November 13, 2014

Sory im a bit busy

Posted by Unknown | 7:11 AM Categories: ,
Menyepi for few weeks.... Sorry coz im really busy. Unable to post any. Lots of task to do. Plus marking season. Coraldive pula involved with expo. Lagila super busy. Freelance job, family.... Woootwooottt...
Rasa mcm dah lama je tak tgk wayang. Mmg superbusy la i dengan tak update blog and fbpage.
Our last events, melayan this both kesayangan. Celebrating my no2love bday and no1belated bday... Nanti ada kelapangan i tell u.
Kbai.

Wednesday, October 22, 2014

Like bani like adam

Posted by Unknown | 8:54 AM Categories: ,

Like father like son.

Heeee... He seems addicted to it! Everytime his father started to pull out the equipments he rather left his toys and come play with it. Pandai pulak letak kat mulut barang yg sepatutnya. Yang abah pon melayan. Buat keje and bagi satu ke anak. Adehhh...

Anak and bapak, both of u seems so cute with that :)

Sunday, October 19, 2014

Adam's first time fly fly

Posted by Unknown | 12:16 PM Categories:
Adam 10m. Mama confident sikit nak bawa dia travel by plane. Furthermore lone ranger mom travel. Terpaksa le pulang beraya tanpa abah. Lagipun kami tak buat korban pun. Jadi balek raya umpama balik bercuti dan melawat tok mama tak berapa sihat.

 @KLIA 1. while waiting for boarding.
Sweet cherry umbrella stroller and mini beg Adam for his meal.

Harus kau mama pilih air plane travel. Sebab mama tak tahu macam mana nak handle Adam 6 jam dalam bas. Kalau eden nak terkencing takkan nak bawak baby I masuk jamban sekali? So solution termudah dan terpantas weol fly je balik Pendang. Dekat jekot...

First time Adam fly. And first experience to mama travel with kiddo. Best. Sebab Adam good boy. Anak I kalau bab jalan je always good...

 You have an independent travel face.
Sangat behave.

Menghala ke Kedah we use MAS. Adam sangat happy and behave. Tak nangis langsung. Jerit-jerit sebab gembira then kat atas dia tido sampai la landed. Masa tu tengah hari.

Menghala balek ke KL, we use Air Asia. First time mama ke KLIA 2. Kesian mama.... baru nak jejak KLIA 2. tsktsk. Adam cry cry sikit masa kat atas. Memang dia tido, tapi may be sebab dia tak pandai equalize, so telinga dia mesti tekanan. And true, dia kurang minum susu dan makan. Sebab tu penting, masa nak fly naik kita beri baby minum susu or makan. So mulut dia akan bekerja dan secara tak langsung dia melalui proses equalization. Kebetulan masa balik Adam dah kenyang. Travel malam, lagi la dia kenyang dan mengantuk. Hmmm... Im not surprise. My friend warn me earlier so I get prepared. Susah hati kot kalau anak kita melalak dlm plane all the way. Siapa suka kan? Nasib baik my seat A. Selamat duduk terperuk kat hujung tingkap sambil tenangkan anak. Alhamdulillah dia nanges kejap then continue sleep.

Budak banyak akal.

Adam passed his air plane travel. Alhamdulillah.... Lepas ni Insyaallah boleh la mama bawa Adam travel lagi. We go a bit further. And further, and further...

Monday, August 18, 2014

Its a long journey, mama...

Posted by Unknown | 4:18 PM Categories:
Bagus. Abah kata anak abah ni dah serupa anak omputih, sebab duduk baik-baik aje dalam car seat. Yesss....

Dia baik masa perjalanan balek Terengganu-KL kot. Masa balek ganu all the time atas riba mama. Sebab perjalanan 6 jam aje. Ditambah ada Cuman. oklah...

Balek KL, jangan harap le mama kau nak riba. Kite tolok dari Ganu 10.00 pagi, sampai KL 11.30 malam. Sanggup mama kau nak riba bagai? Ohhh... Takdelah jem pon. Cuma banyak menyinggah. Biasalah abah kalau trip Ganu-KL yang bukan dibulan puasa banyak le tempat persinggahannye... Singgah rumah kawanlah, mandi kat masjid Cherating lah. Hohoho...

Baik anak mama kan? Sampai rumah awak lepak kat situ kan? Mama angkat sekali sekala aje. and mama siap boleh drive serta berduaan dengan abah kau kat depan kan?

Baik, baik... Yes. you are a good boy kan sayang?

Lov u Adam...
 Gembira masa mula letak.
 Buat hal sendiri.
 Good.
Tido....
 Sampaikan tak sedar orang angkat dia masuk kedai makan. iskkk.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube