Saturday, January 3, 2015

Trip to Kuching

Posted by Unknown | 1:15 PM Categories: , ,
13-15 December 2014.

Adam's mission to see a big cat was accomplished. Super-excited anak I okay...


Tq my colleague Bity for inviting us for ur wedding reception... Kalau tak kerana wedding invitation, rasanya belum sampai la mama ke Kuching sana tu. Mama pernah sampai Miri aje kat dalam wilayah Sarawak itu. Kali ini sangat bertuah kerana inilah first trip keluarga kecil kami. Dan ini juga adalah 2nd time experience Adam fly fly.

Adam dalam ERL. 
Mudah sekarang bila ada KLIA2. Park di Putrajaya (budget parking plus tambang ERL return for 3-days for 2 persons dlm RM30).

Alhamdulillah anak mama ini anak yang baik. Tak banyak ragam. Walaupun masa tu baru baik dari campak. 
He was like, super-excited kot. 
 Terkinja sana sini. Bila pakai belt meronta. Bagi bebas dia suka. watever janji u hepi nak...

Oleh kerana trip kami ni trip yang sangat singkat dan sekejap, maka tak banyak tempat yang kami boleh terjah. Cari hotel nearest with waterfront, which is Harbour View Hotel. So kami jalan-jalan kat situ aje ler. Plus, we are lucky coz Azri ada kat Kuching that time. He was our driver. Dia le yang bawa kami jalan-jalan sampai ke Damai beach. Trip kami pun jadi lebih releks sebab asyik duduk dalam kereta jalan sana sini. Kan best... hehehe... 

The bride and and the lover.
Our breakfast on second day. Mee kolok Hj. Salleh. Mantop...
Background Gunung Santubong. 
Oh lepas dah tengok Gunung Kinabalu, I rasa macam kecik la pulak gunung Santubong ni. Nearby Damai beach. 
Jalan-jalan di waterfront after Azri sent us back to hotel. 
Breakfast on last day. Mee jawa @waterfront. Area kedai souvenir. Sangat nearby with Harbour View Hotel.
Best dapat rasa naik bot. Bayar 50 sen sehala dari waterfront ke kampung sebelah. 
Boleh pergi Ford Margerita tapi kami memang tak sempat ler bawa anak dengan cuaca nak hujan. Beli kek lapis ajeler.
Alang-alang beli kek lapis, borong sekali terubuk masin. Hubby kata ada tempat lain lagi murah. 
 Tapi tak pe ler, dah alang naik bot ke sini. Borong saja...
Azri kata, beli kat sini. Sini okay...
Bagus. Baik kek lapis mahupun terubuk. Dia pack terus dalam kotak. Senang nak bawa naik flight.
Sempat singgah office uncle. Before departure.
Letih sangat la tuew.
Alhamdulillah everything goes well. TQ encik hubby kerana bersabar dengan I yang garang ini and our son yang super-duper-active.

Im so worried with our baby condition tau. Dah baik demam, campak pulak. Selsema lagi. Ticket dah book. Kalau tak pergi mahu burn dekat 1k total expenses. Jadi juga akhirnya. Syukur Ya Allah kerana Kau permudahkan segalanya.

Insyaallah, ada rezeki nak pergi lagi. Next trip, plan lepak semalam kat waterfront and 2 night kat Damai beach. Macam best je. Insyaallah...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube