Showing posts with label resepi baby. Show all posts
Showing posts with label resepi baby. Show all posts

Monday, March 30, 2015

Steam vege-porridge with hard-boiled egg

Posted by Unknown | 1:50 PM Categories:
Kalau anak sakit je mama mesti sediakan bubur buat bekal. Ater, ini paling senang pon. Malam sebelum tidor campakk all dalam slow cooker esok pagi bangun dah siap. So easy. Ini adalah resepi malas mama. Petua budak batuk dan selsema, elok diberi makan sayur hijau dan cauliflower untuk elakkan mukus selain dari bawang putih. So, mama pun buatla apa yang termudah tetapi menepati ciri-ciri natural remedies...
Bahan:
  • Segenggam beras
  • 1 cawan air
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Daun saderi dihiris nipis
  • Cauliflower/ brokoli (kukus)
  • 1 biji telur (rebus)
Kaedah:
  1. Masak beras bersama bawang putih, bawang merah dan daun saderi ke dalam slow cooker. Tambahkan garam secubit. Biarkan sehingga 4-6 jam.
  2. Potong cauliflower dan brokoli. Kukus selama 10 minit. Boleh gaulkan bersama sedikit serbuk lada hitam.
  3. Rebus telur dan campurkan kesemuanya.

Monday, December 8, 2014

Scramble Egg version baby

Posted by Unknown | 11:45 AM Categories:

Resepi:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan capsicum bersama EVOO.
  2. Masukkan telur dan gaulkan dalam kuali.

Monday, December 1, 2014

What I prepare for his meal at school?

Posted by Unknown | 11:31 AM Categories: ,
Adam 12m... 

It become easier to handle his stuff. Including his meal to school. Not like he was 6m-8m. I need to think and prepare solid food for him every single day.

He choose to has simple meal. Bread. So we must make sure Gardenia is available all the time at home. Including eggs. Plus some biscuits. Banana, papaya, and even carrots. 

I just need to slice the bread into square shapes, stim a vege, prepare the fruits, or even prepare a scramble egg. 

Sometimes I will prepare a heavy meal for him. He's not choosy. He just eat. But his favorite is the simple one. 

Alhamdulillah... My son is a good boy.

Saturday, October 25, 2014

Baby bread stick

Posted by Unknown | 6:56 PM Categories:
Resepi:
  1. Ceraikan kuning telur dari putih telur (baby makan kuning telur sahaja. Sebab putih telur yg menyebabkan sesetengah baby alergi).
  2. Boleh tambah apa-apa ingredient lain jika perlu (saya suka letak kismis).
  3. Celupkan roti gardenia yang dipotong panjang ke dalam kuning telur tadi.
  4. Tumis evoo sedikit dan goreng.


Tuesday, October 14, 2014

Chicken couscous with baby mustard and egg

Posted by Unknown | 9:28 AM Categories:
Resepi:
  1. Tumis bawang putih dan merah bersama isi ayam yang diracik halus. Boleh guna olive oil atau unsalted butter (jika anak selsema dan berkahak, cuba elakkan memasak menggunakan butter kerana butter salah satu penyebab kahak).
  2. Masukkan air dan kemudian kuning telur (elakkan memberi bayi putih telur kerana penyebab alergi).
  3. Bila air mendidih dah telur masak, masukkan couscous. 
  4. Biarkan sehingga hampir masak dan masukkan baby sawi yang sudah diracik halus. 
  5. Biarkan seketik sehingga courcous masak.

Wednesday, September 17, 2014

Resepi:

  1. Masak bubur nasi dalam periuk berasingan. (saya tambah EVCO)
  2. Potong dadu isi ikan salmon. 
  3. Potong kecil brokoli.
  4. Masukkan salmon dan brokoli ke dalam pengukus dan biarkan selama kurang dari 15 minit.
  5. Racik isi ikan salmon dan bokoli yang telah dikukus dan campurkan bersama bubur nasi. 
  6. Boleh tambah bahan lain seperti kurma atau apa-apa saja yang lembut yang baby boleh kunyah. Sekiranya baby belum ada gigi, blendkan semua.

Sunday, September 14, 2014

Plain rice porridge with salmon soup

Posted by Unknown | 11:32 AM Categories:
 
Resepi:
  1. Masak bubur nasi dalam periuk berasingan. (saya tambah EVCO)
  2. Tumis bawang bersama unsalted butter dan sedikit olive oil.
  3. Masukkan salmon dan carrot. Biarkan seketika sehingga naik bau.
  4. Masukkan air dan sayur-sayur lain. Biarkan seketika sehingga masak.
  5. Hidangkan bubur nasi bersama sup salmon. Sekiranya baby belum ada gigi boleh blend sup bersama bubur nasi.

Tuesday, September 9, 2014

Banana couscous with potato and hard boil egg

Posted by Unknown | 10:02 AM Categories:
 Resepi:
  1. Masukkan potato yang dipotong kiub bersama bawang, air, kurma dan EVCO. Masak.
  2. Bila dah mendidih masukkan couscous dan pisang. 
  3. Taburkan kismis jika perlu.
  4.  Biarkan 5-10 minit. 
  5. Boleh campurkan dengan telur yang telah direbus.
Idea ini saya dapat hasil membaca daily health tips. Combine telur rebus dan pisang untuk energy booster. Sebab tu mama gigih balek kerja dan cari stok pisang untuk Adam. Elok untuk anak kita makan siang hari. Bertambah gigih la anak kita bermain yer. Sesuai untuk Adam sebab dia kurang makan. Makan tak banyak, main je lebih. Haruslah mencari sumber makanan yang membekalkan tenaga lebih untuk anak kita yer.

Saturday, September 6, 2014

Sardin boiled porridge (no blend)

Posted by Unknown | 10:58 AM Categories:

Resepi:
  1. Masak bubur nasi. Boleh campur dengan apa-apa bahan yang ibu suka. Saya campur dengan sebiji bawang putih (sebab Adam selsema) bersama kismis dan/atau kurma serta fish stock. Saya masak malam sebelum tidur sebab guna slow cooker.
  2. Rebus 2 ketul ikan sardin (kecil). (Kalau nak senang, rebus banyak-banyak buat stok. Boleh ambil air rebusan buat fish stock. Esok pagi bila nak prepare bekal, keluarkan dari chiller dan rebus sekali lagi bagi panas. Rebus guna air yang dah masak. So tak perlu rebus lama.)
  3. Kupas dan ambil isi ikan.
  4. Gaulkan bersama bubur nasi yang sudah masak.
Preparing fish dishes tak sama dengan prepare ayam atau daging. Sebab, ibu kena berhati-hati dengan tulang ikan. For this moment ini kaedah yang terfikir oleh saya... Adam pun suka makan ikan nampaknya. Buat macam ni rasa ikan tu naik lebih.

Stok Adam 8m+

Posted by Unknown | 10:28 AM Categories:
Antara stok Adam updated... untuk pasta mama guna brand ni sebab halal dan banyak mama tengok review mommies pakai ini. Potato bila balek keje Adam nak makan, senang ma nak prepare. Kurma, harus ada makanan sunnah. Mama akan berusaha menyediakan makanan terbaik untuk anak mama ini, khalifah Allah...

Wednesday, September 3, 2014

Meat couscous with tofu and vege

Posted by Unknown | 9:54 AM Categories:

Resepi:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan carrot dan kacang pis etc.
  3. Masukkan air, stok daging dan daging cincang. Tunggu hingga mendidih
  4. Masukkan brokoli, tomato etc (sayur lain yg cepat masak) bersama tofu.
  5. Masukkan couscous dan biarkan 5-10 minit.

Monday, September 1, 2014

Lepat pisang versi baby

Posted by Unknown | 9:10 AM Categories:
Resepi:
  1. Ambil 3 biji kurma dan buangkan biji serta kulitnya (kulit kurma boleh sebabkan batuk kepada bayi).
  2. Masak kurma tersebut bersama air.
  3. Kupas sebiji pisang dan potong kecil.
  4. Masukkan pisang tersebut bersama kurma yang direbus. Biarkan sehingga pisang kelihatan masak.
Dah sejuk boleh hidang....Terpulang kepada ibu sama ada nak blend atau tak untuk baby yang belum ada gigi. Pisang ni pun dah lembut, boleh lecek lecek saje. Nak mudahkan kerja, ibu boleh sediakan puri kurma. Bila nak masak lepat pisang, hanya panaskan puri kurma dan campur bersama sedikit air dan pisang.

Wednesday, August 27, 2014

Finger Food: Steam Potato

Posted by Unknown | 9:45 PM Categories:
Resipi:
  1. Kupas potato sebiji.
  2. Potong panjang.
  3. Kukus 5 minit (saya guna steamer dalam microwave. kecik, mudah dan cepat. Click sini).
Hidangan ni cukup untuk 1 bekas kecil bekal makan 1 hari.

Tuesday, August 26, 2014

Chicken pasta with cream cheese and vege

Posted by Unknown | 9:02 AM Categories:
Resepi:
  1. Supaya pasta cepat masak, rendam pasta yang ingin dimasak bersama air panas sebelum menumis.
  2. Tumis bawang merah menggunakan unsalted butter.
  3. Masukkan kacang pis dan carrot.
  4. Masukkan air, chicken stock dan isi ayam yang telah dicincang. Tunggu hingga mendidih.
  5. Masukkan cream cheese, kemudian masukkan pasta dan biarkan hingga 10 minit.
Blend pasta sekiranya anak belum ada gigi.

Monday, August 25, 2014

Egg couscous with vege

Posted by Unknown | 8:53 AM Categories:
Resepi:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama unsalted butter.
  2. Masukkan kacang pis, carrot etc.
  3. Masukkan air dan tunggu air mendidih.
  4. Perlahankan api dan masukkan kuning telur (sahaja) serta tomato (sekiranya perlu).
  5. Akhir sekali, masukkan couscous dan biarkan selama 5-10 minit.

Saturday, August 23, 2014

Couscous

Posted by Unknown | 9:39 PM Categories:
Apa itu couscous?

Setahu aku, couscous ni bukan makanan orang Melayu kite. Biasanya served for Africans dan Timur Tengah. Ia adik beradik pasta. Sebab tu orang kita tak makan. Daripada pembacaan aku, ramai ibu-ibu dalam group FB katakan ia lebih kurang macam makanan burung. Heee... Couscous juga disebut sebagai bulgur. Ini hasil pembacaanlah. Dan ia dihasilkan daripada suji.

Aku mula meminati untuk memasak couscous kerana kekdah penyediaanya yang mudah dan cepat. From my observations, couscous lebih afdal kalau dikukus. Tapi I masak couscous bersama dengan bahan-bahan lain. Tunggu 5-10 minit je untuk siap masak. Boleh sangat kalau nak gantikan beras dengan couscous. Rasanya pun sedap. Ada rasa la compare dengan beras.

Sejak guna couscous, saya dah tak beli lagi bubur segera. Kalau dulu, tak sempat masak saya bagi bubur segera je kat Adam. Sekarang xde dah.

Lagilah couscous ni mudah dicerna dan lebih berkhasiat daripada bagi bubur segera...

Wednesday, August 20, 2014

Vege couscous with boil-egg

Posted by Unknown | 9:18 PM Categories:
 Resepi:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan unsalted butter.
  2. Masukkan carrot dan kacang pis.
  3. Dah naik bau masukkan air serta brokoli.
  4. Bila air mendidih masukkan courcous.
  5. Biarkan selama 5-10 minit.
  6. Boleh blend untuk baby yang belum ada gigi.
  7. Sediakan bersama kuning telur yang dah direbus dan disejukkan (saya rebus telur sebelum tidur. So esok pagi boleh bangun masak couscous dan kupas telur).
Inilah hasilnya selepas blend. Dihidangkan dengan kuning telur yang dah rebus. Ini mama bawak bekal untuk gi beraya di Rembau tempoh hari.

Friday, August 8, 2014

New stock for puri

Posted by Unknown | 12:17 PM Categories:
Avocado-Mango-Dates

Walaupun Adam dah 8m mama tetap prepare puri. Most of it puri buah, yang mana boleh tahan lama jika dipurikan dan senang untuk mama prepare. Hee...

Kurma; mama purikan sebab leceh everytime nak masak kene kupas bagai buang kulit.
Cara buat:
  1. Buang kulit dan biji.
  2. Rebus.
  3. Biarkan sejuk seketika.
  4. Blend isi dan air untuk mendapatkan puri yang halus texture.
Mango; bila purikan boleh tahan lama sikit. Suka mix dengan oat dan yogurt.
Cara buat:
  1. Kupas dan blend. 
  2. Masukkan sikit air dah memadai.
Avocado;  bila purikan boleh tahan lama sikit. Suka mix dengan oat, yogurt dan kurma.
Cara buat:
  1. Kupas dan blend.
  2. Tambah air untuk puri yang texture halus.

Wednesday, August 6, 2014

Meat couscous with vegetables

Posted by Unknown | 12:08 PM Categories:
 Resepi:
  1. Sediakan bahan seperti di gambar atas. 
  2. Tumis bawang bersama unsalted butter.
  3. Masukkan sayur (saya guna kacang pis dan carrot-paling senang).
  4. Dah naik bau masukkan air.
  5. Masukkan daging yang dah direbus serta 1 kiub stok daging (check sini untuk cara menyediakan stok daging dan isi).
  6. Masukkan couscous dan biarkan selama 5-10 minit (bergantung kepada kandungan air dan couscous yang dimasukkan).
  7. Dah siap boleh blend untuk anak yang belum ada gigi. 
Inilah hasilnya... Saya buat pekat sikit sebab adam suka. Tak tambah garam pun dah rasa sedap. May be dari manis kacang pis and daging kot. Sedap... Mama pun suka.

Friday, July 25, 2014

Yogurt Oat with Dragon Fruit and Dates

Posted by Unknown | 9:34 AM Categories:
Resepi:
  1. Rendam 4 sudu besar rolled oat (jika instant oat so tak perlu rendam) dan kurma (3 biji) semalaman.
  2. Potong kiub suku buah naga.
  3. Bila bersedia untuk blend, cuci oat dan kurma yang direndam tersebut.
  4. Rendam seketika oat tadi di dalam air panas.
  5. Buang kulit kurma (boleh menyebabkan baby batuk).
  6. Masukkan semua bahan: buah naga, kurma, oat, dan yogurt (3 sudu besar) ke dalam blender dan blend all.
  7. Tambah sedikit air jika perlu.
Cadangan makanan untuk sarapan pagi.

 Blend all...
and here is the yummy yogurt oat with dragon fruit and dates. 
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube