Monday, July 14, 2014

How I prepare a meat stock?

Posted by Unknown | 3:45 PM Categories:
Gamba step-by-step tak sempat nak snap. Mama busy kelaut sangat masa ni. Inipun bangun 11.30 pm, masuk dapur tengok stok dah sejuk baru nak blend daging dan simpan dalam freezer. Baru sempat terfikir nak snap picture. Ater, dapatlah seketul dua gambar aje untuk dikongsikan... Huhu.

First time mama buat stok daging untuk Adam. Sebab Adam turn to 8m so mama boleh beri dia daging lembu... Takkan kambeng kot dak? Theheh. Daging ni mama beli petang tadi, sekilo RM28. Daging batang pinang. Lembut.

Buat masa ni mama terpaksa stop beri ayam sebab takut rashes. Masa makan ayam kulit dia naik rashes sana sini. Mama stop dan beri fish stock with vege. Dia OK. Menggedik tangan mama tunggu nak bagi dia daging sebab kesian tengok menu yang sama aje hari hari... Nak bagi isi ikan, mama macam tak confidence lagi. Sebab dalam carta isi ikan seeloknya diberi 10m. Kerana, ikan mengandungi merkuri. Takut usus tak mampu hadam lagi. Actually, depends on baby juga. Ada yang OK...

Resepi:
  1. Cuci daging bersih-bersih. Mama rendam dengan cuka seketika untuk hilangkan bau.
  2. Potong kiub daging (potong ikut urat).
  3. Campurkan dengan bawang besar sebiji etc. (kalau nak sedap lagi campur la dengan daun saderi, bunga cengkih bagai. untuk kes adam mama letak bawang besar je sebab dulu pernah masukkan bunga cengkih bagai, kulit dia rashes. so mama tak mahu ambil risiko lagi. tunggu dia besar sikit lagi)
  4. Rebus selama 1-2 jam. Top-up air bila nampak air mengering.
  5. Biarkan sejuk seketika.
  6. Tapis untuk asingkan isi dan sup daging.
  7. Asingkan, sup disimpan dalam kiub ais.
  8. Daging dikisar menggunakan blender. Tambah air sup supaya mudah untuk blend.
  9. Simpan dalam freezer.

 Daging yang dikisar halus.
Stok daging.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube