Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Friday, April 10, 2015

First Look

Posted by Unknown | 11:31 AM Categories:
This is my first time wearing this brand; First Look Celebrity.

Mula pakai dan after 8-jam. Seems ok no merah-merah. Eventhough masa demam pon.
Sejujurnya, saya jarang beli contact lens jual online yang harga RM20 sepasang gituew. Pernah try beli 2,3 kali. Tetapi, tidak sesuai untuk mata saya. Yes, saya akui. Ada je orang beli contact lens murah ok je pakai kan? Unfortunately, not suitable with my eyes. Watodo. I do realize my eyes kind of less O2, cepat kering. 

Normally, I comfortable with Air Optick for non-color and Fresh Kon or Fresh Look. Itu jela yang selalu beli kat kedai optik pon. Dah la power unbalance, haruslah lebihkan budget untuk beli 2 kotak sekaligus. Biasanya budget dalam RM100-RM120 je for 2-3 months.

Baru-baru ni after second day GST, saya nak borong stock contact lens. Plan to buy no-color sebab agak macam harga dah naik kot. Sekali, Air Optik kegemaranku yang naik drastik. 1 kotak RM72 kot. Dah la kena order. So, nak tak nak yang ada kat situ hanyalah First Look RM60/ box for 3m. Hmmm... Baca detail macam bagus je so I try. I choose violet color. Oklah First Look ni nampak tak obvious sangat. Agak la kan, muka kau bukan western pun Illiana...

Boleh la consume lagi :)
So far I try, macam ok je. Keselesaan rasanya similar with Air Optik. Hmmm... Baguslah. Antara ciri-ciri yang saya suka tentang First Look ini:
  • Double HD vision
  • Melembapkan mata (45% water content)
  • UVA and UVB protection
  • sangat sesuai untuk mata kering dan mata sensitif
  • Mild astigmatism and reading power correction
  • Dengan diameter size 16mm, color yg cantik dan tak obvious, sangat ok lah kan?

Wednesday, November 19, 2014

Anda gemuk?

Posted by Unknown | 1:25 PM Categories: ,
Tajuk..... Sentap.

Theheh. Inilah yang saya takuti during pregnancy. Takut sangatlah lepas bersalin bertukar rupa. Sebab tu dari pregnant dah consume supplement ni. And so after.

Alhamdulillah. So far I've got an ideal weight.

Kepada yang nak mencuba set menguruskan badan, anda boleh try dengan 3 basic supplement yang utama ini iaitu Herb lax dan Alfafa Complex. Dua supplement ini baik untuk detox, which is mengeluarkan lemak serta toksin dalam badan. Lecithin pula elok untuk diamalkan setiap kali selepas having heavy meal untuk membakar lemak yang baru dibina. ESP pula option. After dah buang bakar lemak degil tu, bolehlah kita membina protein sihat untuk badan kita... Bagi saya ESP banyak benefit dalam menjaga kecantikan kulit.

Keberkesanan? Depends pada individu yang consume. Usaha dan tawakal. Bagi saya, Alhamdulillah... ESP dan Lecithin memang tak lepas.

Untuk harga dan consultancy, anda boleh hubungi saya ye. 

Monday, November 17, 2014

Masalah rambut gugur?

Posted by Unknown | 10:38 AM Categories: ,
Atasinya dengan mutivitamin Shaklee!


I bet most of us yang ada masalah ni. Especially mommies yang dalam pantang. Including me... lalala.

Masa dalam pantang saya memang tak ada masalah rambut gugur. Masa preggy especially. Rambut shining gituew. Tetapi.... Lepas pantang saya pernah stop consuming multivitamin. Sebab masa tu stok dah habes, dan takde masa nak jaga diri. Hmm... masa tu rambut I gugur macam nak botak hokay. Meroyan aku pergi buat rebonding la, cuci rambut bagai la. 

Then terfikir kenapa... Baca punya baca, saya cuba consume ESP dan zinc semula. Alhamdulillah... Rambut kembali ok. Dah la masa tu dah potong rambut. Sayang pula rambut I... sobsobsob...

That is the reason why I do believe the effectiveness of consuming multivitamin. Start pada tu, dah tak stop la I.

Ok saya suggest guna yang ini. ESP bagus untuk mencantikkan kulit termasuklah kulit kepala. Dan yang paling penting, Zinc Complex di sini untuk menggalakkan pertumbuhan rambut sihat. Kalau rajin, cubalah Revitalizing Shampoo untuk membersih serta mencuci kulit kepala dan memberikan kesegaran kepada rambut anda.

Wednesday, June 25, 2014

Macam besttt je palazo

Posted by Unknown | 9:34 PM Categories:
See?

Mama syiok sendiri.

Ye la takde orang sudi amek gamba mama kau yang tak berapa nak lawa ni.... Selfish la sendiris....

Theheh. Macam best je pakai skirt ala palazos ni. Kembang, dan mudah nak jalan. Rasa nak up up lagi la skirt macam ni. Takde la keje I nak pakai seluaq panjang ajaaa. Ye dok?

Thursday, May 22, 2014

Cry cry!

Orang kata lepas bersalin saya nampak back to normal. Comellll aje. Kurussss aje.

Oh. Hakikatnyaaa.... Saya makin membuncit. Erghhh. Dan saya menghitam. Ye, 2 trip diving sudah berjaya menggelapkan kulit. I don't care. But, my tummy is bloating!

Oh I need to do something before the damage become serious.

NGehngehngehh...

Ingat ada masa nak treatment badan bagai kat rumah? Hopefully sangat aku boleh curi masa di office ini dengan buat beberapa perkara untuk mengkempiskan perut ini. Aku takut nak senam sebab aku operate. Since balik Pulau Payar, kadang-kadang aku rasa macam pedih sikit kat tempat jahit tu. Sebelum ni tak rasa apa pun. Takkan sebab naik bot nelayan kot?

Kalau tengok pinggang to bawah memang nampak ala-ala kurus. Tapi kalau sprong tang bahu dan perut especially, MasyaAllah... Menakotkannn...

Cewah tangan yang hitam. Manis giteuw...



So, tak boleh tinggal la. Kene sambung makan dan berdisiplin!

Nampak apa disebalik buku buku iteuw?

Ye bende alah ni lama dah tersadai kat office tapi jarang sentuh since lepas pantang. Continue balikkk...

Friday, May 9, 2014

Emm Wangiii.....

Posted by Unknown | 10:46 AM Categories:
Hehe terima kasih encik suami.... Kamu yang menyebabkan mereka-mereka diluar sana mengeluarkan statement ini, "Emmm wangiii" terhadap isterimu yang busuk ini. heheheh. Inilah minyak wangi favourite saya selepas berkahwin. Sebelum ni saya pakai cap-boleh-pakai ajee... Disebabkan encik suami suka sangat pada minyak wangi dan sanggup masuk Singapore semata-mata nak shopping stock minyak wangi, eden tumpang sekaki lah... Setahun sekali. Dan tahun ni stok dia dah habis. Laju je pergi sana sorang-sorang. Aku punya stok masih ada sikittt. Tak sangkan dia sudi belikan untuk aku sekali. Yahuuu... 

Hmm.. Dah kawen terpaksa la jaga badan lebih lagi dari sebelum. Untuk suami... Sekarang aku amalkan minum air rebusan serai. untuk hilangkan bau badan. Best... Kalau dulu sebelum kahwen asyek air sirih aje. Sekarang up-up lagi. Bukan senang nak jaga badan especially lepas beranak ni. Berat den dah maintain 60 kilo beb. Mangaiiiii... Wangi dah wangi. Masalah beratlah pulakkkk. hmmm... Wangiiii...

Sunday, October 2, 2011

Am I truly Iosing weight?

Posted by Unknown | 4:28 PM Categories:
Alat penimbang di rumah menunjukkan berat aku 55kg setiap kali aku timbang tak kiralah dalam keadaan aku pakai baju kurung, jeans, baju tidor atau tuale aje. Betul ke?


55 ke, 56 ke, 57 ke, tak pastilah aku mana yang tepat. Yang pasti, aku yakin berat aku menurun dari berat yang payah nak turun 64 kg. Start turun sejak kejadian kebakaran di IMR last April. Cuma, tak ada ler sampai mentadak menurun berat itu. Last aku timbang semasa buat check up kesihatan di Midvalley Mei lalu. Masih 61 kilos.

@ 2010. Masa ni gemok mengkronik.

Since aku join Legenda, berat aku nampaknya maken menurun. Of course ler sebab aku dah tiada geng breakfast + lunch. Kena pula teaching schedule tak menentu. Makan pun tak menentu. Biasa whole day aku tak makan. Balek rumah baru mencicit cari makan. Dan dah tentu aku hentam nasik. Kalau kebulur sangat aku akan make sure pagi after class aku makan nasik. Nasik, nasik, nasik. Tapi berat menurun juge.

Motif letak kaki? Oh sebab part ni yang paling menonjolkan kekurusan aku. Harussss aku membeli seluar yang lebih mengecil! (orang kurus tak normal.geee)

Hmmm. Ingat lagi masa semangat nak kuruskan badan. Buat apa saja. Berat turun sekilo dua. Then naik balek. Sekarang tak de inisiatif nak turunkan berat, senang pula menurun. Isk, cuak gak. Berat turun sebab saket ke sebab kerja?

@ raya 2010.

Tapi kan, aku rasa faktor utama adalah KAWAN. Aku hilang kawan yang boleh together-gether semasa bekerja. Makan bersama, kerja bersama. Geng-geng HRC. Erna, Mast. Pun dah menurun berat badan. Kak Has juga. Mereka semua mengecil. So moralnya, kami ini tak boleh disatukan di tempat kerja. Kerana bila disatukan, kami akan menggemok. Theheh.

Wednesday, August 10, 2011

Oprah's Hair

Posted by Unknown | 9:50 PM Categories:

Rambut aku dah serupa Oprah sekarang. But of course rambut Oprah lebih menawan dan dipelbagai gaya gitu... 

Persoalan: Dah Ramadhan, bila nak g treatment ni?

Saturday, April 30, 2011

Glucose, cholesterol, BMI

Posted by Unknown | 11:55 AM Categories:

Lama tak update. Banyak nak update tapi semua terbengkalai. Apa nak buat, ai xde manager... Sobsobsob... Last time bila aku lupa, pergi MidValley nonton "The Roomates", jeling kat MV Exhibition ada beauty and health expo. Kami singgah ke nutrition booth ada check up free for glucose and cholesterol. Apalagi aku grab opportunity walaupun tahu nanti jari manis aku kene tappp amek darah. Dek kerana tak pernah buat check up glucose and cholesterol aku pun tegar kuat semangat gi buat. Termasuk Peyuh dan Dayah yang juga penakut sama aku... Cik nurse Faten je tak mo hamek. Biasalah orang nurse... Alah bisa tegal biasa. Oh yang kelakarnya geng IMR bahagian Nutrition yang buat check up.. Kesitu jugak kita berjumpa kan.

Alhamdulillah. Tahap glucose dan cholesterol aku ok (rendah) walaupun baru lepas makan. Bukan apa, takut juga aku sebab family history ada kenceng manis. So memang aku kurang makan manis. Tapi nasehat Cik Nurse, makan la gula sikit... Takde gula dalam badan pun danger. Mudah kena pengsan. Oh patut la aku cepat pening kalo kurang makan. Then BMI aku pun reduce. Before 25, sekarang dah 23. Tinggi maken naik, 163cm. Berat maken turun, 61.9kg. Ok, satisfied. Hardly hope maintain.

Monday, October 18, 2010

aku potong rambut

Posted by Unknown | 11:52 AM Categories:
Dah lama rambutku tak pendek ketot. Masa kecik rambut standard pendek. Sebab rambutku lebat dan kembang. Jadi jika mengidam rambut panjang adalah tidak cantek. Bila meningkat dewasa, ditambah dah bekerja, ada duit maka macam-macam boleh buat. Rambut yang kembang dah boleh jadi lurus. Jadi aku dah boleh memiliki rambut panjang impian... Tapi panjang paling hebat pun paras ketiak je. Theheh.

Baru-baru ini, aku telah memecah rekod. Mengembalikan rambut ke alam kanak-kanak. Theheh. Peyuh tak puas hati bila balek rumah tengok rambut aku pendek ketot. Katanya baru semalam tengok rambutku cantek memanjang. Geee... Ada 2 sebab aku potong rambut. Pertama, kulit kepalaku berkelumumur. Jadi aku tak selesa. Dah pergi buat treatment kelumumur, beli syampu kelemumur. Semua tak menjadi. Hilang sekejap kemudian ada balek. Kedua, aku telah mewarnakan rambutku... Sungguh, sebelum ini aku tak tahu. Aku sangka, kalau kita warnakan rambut guna pewarna yang halal ok. Tapi Ida telah menunjukkan aku artikel soal-jawab agama tentang topik halal atau tidak halal warna rambut. Mengikut kefahaman aku melalui artikel itu, warna rambut mengikut bahan yang halal adalah ok. Tetapi, apabila kita mandi hadas, adakah mandi kita diterima kerana rambut kita telah diselaputi bahan pewarna tersebut. Maknanya, mandi hadas kamu tidak sempurna kerana tak cuci seluruh badan, iaitu rambut. pergh... Cuak aku. Kalau mandi hadas tak diterima, macam mana dengan ibadat aku, solat aku dan sebagainya?? Huuuu takott... 


Pikir punya pikir takpelah. Potong pendek-pendek. Mulanya aku niat nak botakkan saja. Tapi.... Ada berani??? Aku taknak dah color rambut lepas ni. Inaikan sajalah. Insaf-insaf... Sekarang, rambutku pendek macam lelaki. Naseb baik sebulan lepas aku buat rebonding, jadi nampaklah straight dan kurang kembang. Tapi itu tak penting. Aku kan bertudung. Janji Masalah kelemumur hilang sudah dan yang penting, amal ibadat aku diterima...

Monday, July 19, 2010

Injection H1N1 Antiviral

Posted by Unknown | 4:01 PM Categories:
Sudahkah anda mendapatkan suntikan antiviral influenza A H1N1? Saya sudah... Gegege. Thanks Kak Has kerana sudi menumpangkan saya sekali untuk dapatkan suntikan ini secara percuma. Aku memang bercadang nak dapatkan injection. Yang aku tahu HUKM ada jual antiviral ni dengan harga kurang dari RM 80. Cuma aku tak ada geng yang bersemangat nak serahkan lengan kepada nurse... Kebetulan pula, Kak Has kenal seorang makcik di Klinik Sepang ini mencari geng untuk menyuntik. Bawa 10 orang kau akan dapat suntikan free. So apalagi....  Alang-alang ada peluang baik cepat-cepat kau rebut. Mencegah adalah lebih baik dari merawat kan?

Dari mata turun ke hati

Posted by Unknown | 3:18 PM Categories:
Ek ehh. Turun ke hatikah?? Actually aku crop pic ni untuk dikreditkan kepada Intan pembekal cl bewarna online. Inilah cl yang aku beli tempoh hari... Aku order light gray. Komen: First time guna, penglihatan agak kabur. Macam ada kabus kekdahnya. Tapi lama-lama ok. Yang bagusnya, tak kering. Pakai lama pun tak perlu nak titik eye drop banyak kali. Tapi Yuh citer, officematenya kata cl jual online ni tak elok. Disarankan jangan pakai. Tak elok sebab apa aku tak tahu... So, selagi aku tak dapat kesahihan fakta ini aku akan pakailah. Cuma perlu hati-hati sikit. Kalau mata merah jangan pakai, dan sebolehnya elakkan terbawa ke tidur. 

Thursday, September 17, 2009

TuDuNG aLa??

Posted by Unknown | 2:40 PM Categories:
Selepas membeli tudung masa shoping dengan gangss tempoh hari aku makin minat pulakkk. Ida pun dah asyik Ariani aja. Enjoysss..

Style yang aku idamkan. Walau bulat bentuk mukaku tetap kental nak pakai selendang. Try waktu nak buat presentation. theheh

Latest picture with Ida. Yang ini tak ada inner. Selendang agak selebet sebab tak gosokk :->

Monday, June 1, 2009

aKu DaN ResDuNG

Posted by Unknown | 9:52 PM Categories:



Geli kan tengok gambar ni?? Inilah hasil selama 45 minit untuk rawatan resdung menggunakan EAR CANDLING. Muka aku dah gatal tahap serius. Harus aku ke SPA NANA untuk mencuba rawatan resdung di sini. Actually ini kali kedua aku ke SPA NANA setelah 6 bulan baru dibuka di sini. First time aku try, aku gunting rambut. Kebetulan waktu aku datang ada shooting MATAHARI. Katanya Nana, kaedah ear candling adalah lebih berkesan daripada wasap. Entahlah. Aku tak pasti sebab sampai sekarang aku masih lagi gatal kat muka ni. Cuma telinga OK. Sekali rawatan charge RM 70. Kalau dengan facial RM120. Aku nak buat facial tapi bawak duit RM100 je. Theheh. Terpaksa la buat aktiviti susulan... Seminggu yang lepas aku buat rawatan ni. Katanya Nana, kalau nak berkesan, datang lagi 2 minggu. Kemudian maintain every month. Mahu bertambah kos maintenance ni. Dengan refleksologi lagi. Nyehh. Dulu budget facial dan resdung RM60 je. Tapi sekarang tempat favourite dah close. Sayang kan? Aku belum confident lagi dengan servis di Spa Nana ni. Cuma environment je yang aku suka. Sebab tempat baru-cantek ala-ala Spa Q walaupun tak sama. Yang penting kulit tubuh badan aku sehat... Kankan?

Monday, January 19, 2009

ASMA??

Posted by Unknown | 12:49 PM Categories:
Weekend ni aku hanya berkurung di rumah dek virus demam selsema yang dah menjangkiti aku semula. Rasanya, baru je kena last time after balek dari Jakarta. Kena lagi?? Huhu... 1 office berjangkit dengan aku. Dan sekarang aku dijangkiti semula. Lunch hari Jumaat lalu aku terperasan kerongkong aku dah lain macam. And sangkaan aku betul, malam Sabtu tu aku melepek. So pagi Sabtu lagi aku terus ke Klinik Mesra. Dr tanya aku, "Ada ASMA?", aku jawab "Tak ada". Dr tanya lagi, "Ada alergi? Sinus?". Dan aku jawab, "Adaaa...". So Dr buat kesimpulan, "Ada asma la tuu...". Huhu. Cuma asma aku melalui kulit. Bukannya asma macam korang tengok yang kronik-kronik tu. Ikut sejarah, nenek aku ada, bapak aku pun ada. Huhu... Sebab tu aku mudah dijangkiti. So, aku perlu mencegah. Nak ubat tak boleh. Dr sarankan aku ambil VITAMIN C sehari sebijik. Kalau demam, ambil 2 bijik sehari. Selain pada tu, kalau tekak rasa-rasa nak keringg dsb, cepat-cepat kumur guna air suam + garam. Itu petuanya... Terima kasih Dr!

Hari ni aku datang office, semua sama. Simtom-simton orang saketttt... Dan ahli baru adalah Kak Awie..

Saturday, September 27, 2008

MaTa YANA

Posted by Unknown | 10:30 PM Categories:
Hmm... Tak sangka, aku ingat power aku dah reduce, sebaliknya bertambah! Aku sedar sewaktu aku nak beli contact lens yang dah habis. Aku ni pelik sikit, power tak sama. Kanan sikit, kiri banyak. Sekarang kanan naik, kiri maintain. Tapi silau sebelah kiri naik mendadak. Hm, patut la aku tak selesa sekarang, even sewaktu pakai spek. Malangnya Freshkon ni tak ada silau. So aku increase power kiri ke 275. Kanan pula 50 kene order. Malasnye nak tunggu lepas raya. So aku pakai 0 jugakk. Patutnya tak pakai kanan pun tak apa, tapi sebab aku beli warna hitam (bersaiz besar) so tepaksa le beli dua-dua... Takpelah, lepas raya ni buat spek baru. Hmm.. susahnya mata rabun. Rabun tak seimbang pula tu. Hmm.. Mata YaNa...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube