Hehe terima kasih encik suami.... Kamu yang menyebabkan mereka-mereka diluar sana mengeluarkan statement ini, "Emmm wangiii" terhadap isterimu yang busuk ini. heheheh. Inilah minyak wangi favourite saya selepas berkahwin. Sebelum ni saya pakai cap-boleh-pakai ajee... Disebabkan encik suami suka sangat pada minyak wangi dan sanggup masuk Singapore semata-mata nak shopping stock minyak wangi, eden tumpang sekaki lah... Setahun sekali. Dan tahun ni stok dia dah habis. Laju je pergi sana sorang-sorang. Aku punya stok masih ada sikittt. Tak sangkan dia sudi belikan untuk aku sekali. Yahuuu...
Hmm.. Dah kawen terpaksa la jaga badan lebih lagi dari sebelum. Untuk suami... Sekarang aku amalkan minum air rebusan serai. untuk hilangkan bau badan. Best... Kalau dulu sebelum kahwen asyek air sirih aje. Sekarang up-up lagi. Bukan senang nak jaga badan especially lepas beranak ni. Berat den dah maintain 60 kilo beb. Mangaiiiii... Wangi dah wangi. Masalah beratlah pulakkkk. hmmm... Wangiiii...