Monday, May 12, 2014

En. suami memang pandai berkata-kata. Dia kata untung dapat isteri bijak macam aku. Cheyyyyy... Wakluuuu.... Dia kata aku hebat dalam managing. Wakluuuu....

So I can be a manager la ye sayang?

Heeeeee....

Ok la fine. Udah-udah le memuji ye. Aku nak berkongsi kaedah aku sebagai seorang ibu yang hanya mampu BF baby 2 minggu sahaja, which is sekarang aku bergantung penuh pada susu tepung! Eh bukan senang ye bergantung sepenuhnya pada susu tepung ye. Masa preggy aku gigih sediakan barang untuk BF. Naseb baik tak beli breastpump yang mahal mahal dipasaran. Kalau tak harus meroyan aku sebab sempat pakai 2 minggu aje. Untung ler orang yang mampu BF anak sampai sekarang.... Hmmm... Malam-malam anak nanges kasik saje. Tadak susah-susah nak bangun bancuh susu bagai. Kene lagi kalau rumah 2 tingkat macam aku. Mampu kau meroyan nak turun tangga gi dapur bancuh susu anak? Kene pulak anak yang kerap lapar seperti Adam Arif ini. Hish.

Sudahla aku ni spesis tidor nyenyak habes (tidak lagi selepas ada baby). Susah nak bangun pagi gilerrr (gile kau bangun pagi buta kene exercise turun-naik tangga). Haruslah cabaran besar bagi aku khannn.

Jadi, selama 6 bulan ini, bagaimana aku uruskan? 

Be a creative thinker. Yes I am. Do a lot of observation. Yes, I am.

Inilah barang keperluan yang penting dimalam hari masa kite tengah lena zzzzz.... Instead of ada kat dapur je apa kata adakan satu lagi set macam ni dalam bedroom. So tak perlu mommy nak berlari anak turun-naik tangga ke dapur. Kettle, susu 1 tin, bekas air masak, dan warmer. and of course, botol susu.

Ini rak tok mama yang belikan. Senang. I letak barang asas lepas mandi, botol susu, stok ubt (picagari), termometer, pampers, lampin etc disini. 

Senang. Nak uruskan baby atas katil ke, kat baby-cot ke, just tarik je benda alah ini. Dia akan bergerak kemana saja mommy pergi. So mommy tak perlu hush hush run run. Bijak tak Tok Mama Adam? Heeee.. :)

Mana I basuh benda alah segala ni? Kat bilik mandi bilik atas aje. Jangan harap mama nak turun-naik tangga okay. So sediakan extra sabun baby kat bilik atas dengan berus dia sekali. Dah basuh sumbat semua ni dalam pencedok ni kejap. Letak barang alah ni kat organiser.

Nak sterile guna je warmer ni. Haaa... Banyak kegunaan warmer ni okay. 

Walaupun kecewa tak dapat panaskan susu bf, I boleh keep warm susu yang Adam minum tak habis (max: 2 jam je I bagi), panaskan makanan Adam dari freezer, dan juga sterile puting botol dan pacifier.

Dah siap sterile boleh keringkan macam ni aje. Pakai la apa-apa bekas... 

Botol susu dan lain-lain I simpan dalam tupperware ni aje. 

Senang keje kan untuk mommy yang malas+nak keje senang + cepat je macam mama Adam ni sorang. Seriously. Dah ada anak serba-serbi rasa macam tak sempat. So aku rasa, perlu aku menjadi smart-mom. Supaya suami, anak dan rumah lebih teratur. Dan barang-barang sokongan amat penting. Hmm.. Aku malas melipat serta iron baju. So, aku beli hanger banyak-banyak. Iron mana yang penting aje. See? Banyaklah berfikir.... Dan banyak juga aku belajar daripada blog-blog mommies. Ok lepas ni nak organize makan anak pula. Let me observe, learn and practice and then I will share will all of u. :)
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube