Showing posts with label petua anak. Show all posts
Showing posts with label petua anak. Show all posts

Tuesday, February 17, 2015

Anak berhingus?

Posted by Unknown | 9:25 AM Categories: ,
Cubalah Sterimar (Dolphin)

Ini adalah syor dari doktor. Boleh didapati di farmasi dengan harga RM24.90

Cari Sterimar (Dolphin) untuk kanak-kanak 0-3 tahun. Fungsi Sterimar adalah untuk mencuci dan mengelakkan bayi anda daripada terkena jangkitan akibat daripada selsema. Menjadi lumrah toddlers asyik selsema. Jangan risau... Bagus anak anda demam dan selsema kerana ia sedang membina antibodi badan. Cuma, kita sebagai ibu bapa perlu monitor mereka. As long as mereka aktif, jangan risau. 

Cara guna mudah je. Baringkan toddler, dengan perlahan masukkan muncung sterimar yang berbentuk seperti muncung dolphin tu kemudian spray. Biarkan seketika cecair mengalir keluar dan apply pula pada lubang hidung sebelah. Kemudian baru lap. Satu hari apply 2-6 kali.

For more info: www.sterimarnasal.co.uk

Wednesday, December 10, 2014

Penyakit HFMD

Posted by Unknown | 11:43 AM Categories: , ,
Minggu lepas Adam demam. Sekejap je. Demam nak selsema.

Minggu ni mama pula yang kena. Huhu.

Minggu ni juga mama tengok Adam semacam ada symptom HFMD (Hand Foot Mouth Disease). Penyakit kaki-tangan-mulut. Mula-mula ingatkan kena campak sebab pengasuh kata ada sorang budak kena campak. Bawa pergi klinik Dr kata may be HFMD. Dr said this is normal to kids.

I'm so worried.

Next Saturday we planned to have a vacation. How? Nangesss.

Conclusion dari review mama tentang HFMD, yang mama copy paste dari web MOH:

Pengenalan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan. Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis. Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan. Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak. Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan. "

Tuesday, December 2, 2014

Tips hilangkan kahak baby

Posted by Unknown | 11:12 AM Categories:
Jom follow:
  1. Air kelapa Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.
  2. Madu. Guna madu asli.
    Cara : 1 sudu madu + 1 biji limau nipis + air.
    Kalau baby, madu + air Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa.
  3. Teknik tepuk @ percussion 
  4. Gas nebulizer Untuk cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis atau muntah.
  5. Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega - ia membantu mencairkan kahak.
  6. 2 ulas bawang putih + minyak masak.
    Cara : -bawang putih dibakar hingga lembut -lenyekkan + cikit minyak masak -lulur ke leher, dada, belakang baby.
  7. Daun kaduk + kapur + air
    Cara : - daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas - lulur ke dada, leher, belakang baby.
  8. Kunyit hidup
    Cara: - bakar kunyit hidup - gesek pada lesung batu - ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby.
  9. Thermal steam therapy - duduk dekat air humidifier beberapa minit atau letak muka over mangkuk air panas

    ** Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.
Sources from: https://www.facebook.com/senanghamil

Saturday, November 29, 2014

Doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk anak

Posted by Unknown | 9:33 AM Categories:

  1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
  2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102 3
  3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
  4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5
  5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali InsyaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik....

Sunday, October 12, 2014

Petua merawat batuk dan selsema anak

Posted by Unknown | 10:03 AM Categories: ,
Bila anak demam, selsema dan batuk di usia bawah 2 tahun memang nightmare. Sebab? Malam tak tido, terseksa tengok anak tak sihat, dan menunggu bila anak nak sihat.

Bila jumpa Dr dan balek rumah nak bagi ubat, terasa seperti kejam je beri drug kat anak kecik.
So, apa nak buat?

Tip 1: Anak demam
Rawatan: monitor suhu. Jangan biarkan suhu badan anak panas. Termometer mesti ada sentiasa (tapi bila dah biasa, parents akan terrer sendiri). Basahkan tuala kecil dan lap badan anak. Lagi berkesan, basahkan kain lampin, bungkus badan anak. Biarkan anak pakai pampers je. Insyallah esoknya suhu anak akan turun. Kalau panas juga, sentiasa mandikan dia.

Tip 2: Anak batuk dan selsema
Rawatan: Bakar bawang putih dengan kulit sekali. Dah masak lenyekkan bawang putih tadi dengan sedikit minyak (saya guna olive oil atau minyak kelapa dara). Sapukan dada, belakang badan anak serta tapak kaki dengan minyak bawang putih bakar. Sebab bawang putih adalah antiseptik. Saya suka masukkan sebiji bawang putih dalam masakan anak. Serta, bila anak kurang sehat saya suka lebihkan evco dalam masakan.

Tip 3: untuk berikan persekitaran rumah bebas kuman penyakit waktu musim sakit kat rumah, saya suka potong bawang merah/ besar, dan letakkan di mana mana kawasan dalam rumah yang biasa kita lepak seperti hall dan bilik tidur. Bawang merah menyerap udara kotor, toksin dsb. Bila dah hitam boleh buang.

Wednesday, October 8, 2014

Adam's stroller on the fly!

Posted by Unknown | 11:09 AM Categories: ,
Tq abah buat surprise ke mama... Sehari sebelum mama dan Adam balek Kedah abah belikan umbrella stroller idaman mama. Tak sangka. Mama ingat nak tunggu baby ekspo. Tup tup abah offer nak belikan. Yahuuu.

Kot abah rasa bersalah kot mama balek berduaan je dengan Adam dok? Heeee...

Ok. Sebelum nak travel via plane, saya dah buat sikit study dan tanya kawan-kawan tips jika membawa bayi travel on plane. Alhamdulillah berkat tips kawan-kawan, saya tak ada masalah bawa baby travel on plane.

Antara keperluan paling penting bila travel on plane ni adalah stroller. Saya dah tengok mommies yang bawa anak kecil dengan mendukung sahaja. Seksa kau. Lagi seksa bila kita ni lone ranger. Dengan nak dukung anak, angkut beg, hazab kau. Yelah beg penting sebab kita membawa barang anak dan dokumen diri.

So, saya cadang first time Adam fly ingat nak bawa stroller lama aje. Memang saiz dia agak besar tapi stroller mamalove tu dah ok, sebab lighweight. Tak macam standard stroller yang berat melebihi 7 kilo. Stroller lightweight Adam tak lebih 5 kilo. Cuma, isu saiz yang lebih besar. No problem nak angkut. Kesian kat pekerja airport tu je la sebab kena angkut stroller tu masuk plane.

Hasil survey, banyak orang cadangkan beli umbrella stroller.

Sebab?

Kecil dan ringan. Easy to handle.

So, dalam survey saya ada 2 jenis umbrella stroller idaman hati.

1) Hauck Go-S Buggy

RM199.00
Susah nak jumpa betul kat Malaysia ni. Hanya jumpa di Toys R Us.
Mula mula berkenan betul kat buggy yang stylo ni. Berat lebig kurang 4.4 kilo. Mama suka betul kat belt dia. Smart and easy. Tapi bila bawa Adam and "test drive", rasa macam tak sesuai sebab Adam tak dapat pegang handle kat depan. Adam kene duduk je kat sit tu. Dia tak suka. Dan lagi satu, stroller ni lebih panjang dari Sweet Cherry. So I lepaskan idaman no 1 ini...

2) SC310 Rainbow Buggy


RM119.00 (kalau beli kat Lazada, RM109.00)
Senang nak jumpa. Cari je mana-mana seller Sweet Cherry. Jusco, Parkson, Tesco etc... Lebih ringan dari hauck. Kena pada ciri-ciri idaman mama dan Adam. Ada 2 color, pink dan biru. Of course la I pilih blue untuk my boy kan.... Dan inilah hadiah abah untuk Adam.... Tq abah. We love u much much more!

ok... Sekian perkongsian ilmu Mama Yana dengan mommies sekalian. Hope kepada mommies diluar sana yang nak travel by plane with your little kiddos, better bawak stroller. Sangat mudah. Tambahan pula kita ada KLIA 1, KLIA 2, dan other airport yang sudah tentu ada kemudahan untuk membawa barang-barang sebegini kan. Jangan risau kalau takde aerobridge (biasanya Air Asia kat airport domestic). Lif kan ada....

Umbrella stroller adalah yang paling afdal untuk airplane travel. Kecil, ringan, dan mudah dilipat. Guna sebelah tangan pon boleh. :)

Wednesday, September 24, 2014

7 tips rangsang anak bijak (0-4y)

Posted by Unknown | 11:38 AM Categories:
Jom share:

  1. Parents, tunjukkan akhlak yang baik sejak dari dalam kandungan.
  2. Parents, rajin-rajin sentuh dan peluk anak kita. Anak yang sentiasa disentuh akan merangsang tumbesarannya.
  3. Biarkan anak main diluar. Maknanya, bagi je dia main pasir, buih, rumput dsb. Ini akan merangsang skill motor baby. Somehow we monitor their activity.
  4. Hadkan penggunaan gadget; smartphone, ipad, tv dsb. Kenapa? Kerana bila menggunakan gadget sebegini, mata anak hanya akan tertumpu kepada satu tempat sahaja. Ini tidak baik untuk perkembangan motor dan juga otak anak.
  5. Baca buku cerita untuk mereka atau baca bersama mereka kerana mereka suka mendengar cerita.
  6. Lasak? Merangkak, berguling, berlari, melompat, memanjat. Biarkan je mereka dengan dunia mereka.... Ini akan membantu mereka membesar dengan lebih baik. Cuak tak kalau anak kita pasif?

Source: http://siraplimau.com/tips-rangsang-anak-bijak-dari-lahir/



Wednesday, September 10, 2014

Mommies jom kita amalkan. Daddies pon sama...

Posted by Unknown | 10:30 AM Categories:

Friday, August 29, 2014

Tips mendidik anak 0-3 tahun

Posted by Unknown | 12:22 PM Categories:
Suka aku baca tajuk ni: ceriterakami.blogspot.com. Aku simpulkan untuk mendidik Adam masa dia bayi ni:
  1. Biasakan anak bermain pasir, buih, rumput, plastesin. yes, mama dah bawa adam main pasir. seriously, anak aku suka pasir. Watching him observing the sand using his hand and his leg is a miracle. This intended to generate his motor skills. so, let him play. do watch and guide him. Kang dia masukkan dalam mulut naya pulak kang...
  2. Don't expose to too much things in a box. Adam 6m mama dah bagi ipad mama oooo. Naughty mama. Actually bukan tak boleh nak bagi anak main gadget... But, rules is not more than 10 minutes. Entah la, awal awal dulu Adam tengok lebih. Dia suka tengok youtube, rancangan favourite dia lagu twinkle twinkle, 10 litle bear, pocoyo etc. Mama create favourite list dalam utube untuk Adam. Ada folder lagu kanak-kanak, zikir, and bacaan surah Al-Quran. Sekarang Adam macam dah kurang berminat dengan ipad. Dia tengok sekejap then gigit gigit ipad then main benda lain. Tapi kalau pasang utube kat skrin tv or monitor, lama jugak dia hadap. Boleh, bukan tak boleh. But remember, follow rules not more than 10 minutes and if possible, accompany him using the gadgets/ devices. When he watch pocoyo, we join him. Sing a song together and teach him.
  3. Stimulate their imitation skills. Senang cakap, is ability to copy-paste what we do. So, ajarla dia clap hands, raise hands, jump etc. Anak I boleh gelak je bila tengok mama clap hand or raised hand. Adehh...
  4. Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc. Ok lepas ni nak beli flash cards, tampal abc kat dinding, and nak beli lego bila dia dah start berhenti menggigit. Sekarang semua benda nak masuk mulut aje. isk.
  5. Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence. Contohnya, "Adam, sit". "Come". "Cat...."
  6. Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.  Anak I ada bakat tak takut orang. Susah ni... Dah besar sikit kene ajar benda ni.
  7. Bila anak buat salah. Explain instead of marah.  Ok tunggu Adam besar sikit.
  8. Overly-attached to one person is not a good sign. So far ok la anak I sometimes bagi nenek jaga eventhough rare. Sometimes with his uncle and auntie... Masalahnya, Adam ni suka semua orang. Haish. 
  9. Bila bermain, follow his interest. Coz brain development will effectively happened when your child is interested to do the things.
  10. Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak. Haaa ini I tunggu Adam boleh bercakap. But actually, aku dah start slowly. Selalu kena perli dengan encik suami, "Mama ni, mama tanya Adam and mama yang jawab sendiri."

Sunday, June 15, 2014

Proses memasak bubur menggunakan slow cooker

Posted by Unknown | 10:08 AM Categories:
 Masukkan kesemua bahan ke dalam slow cooker. I start memasak around 9.00 pm.
 Kemudian masukkan air suam. Letakkan sedikit EVCO.
 Bila bangun pagi.... Wah cantek gituew :)
Dah blend bagai boleh masukkan dalam bekal... Macam biasa asingkan mengikut sesi makan anak (pagi-lunch-petang)

Friday, June 13, 2014

Baby's food for travel?

Posted by Unknown | 9:20 PM Categories:
This one is the afdal one. Hehehe. Mangga. Senang dok? Actually time travel I just bawa spare instant bubur je untuk adam. Yang siap dalam paket dah tu. Senang. Tapi, kalau nak bawa kudapan yang saja saja nak bagi dia cuci mulut masa dalam perjalanan tu, elok juga prepare buah. Prepare yang senang nak bawa. I don't have a lot of experience bring him for a long travel yet. Adam dah masuk 7 bulan ni, baru 2 kali jalan jauh. Balek Pendang dan satu lagi balek Ipoh. Tu je. Heee...

Time pergi Ipoh hari tu aku terpikir. Macam ok juga kan prepare puri buah? Kebetulan masa tu adam dalam 4-days rule buah pelam manis. Ok sangatlah kan... time otw to Ipoh aku ambik dari peti ais je sebab aku dah purikan. Tak perlu nak panas-panaskan... dah cair bagi je adam makan.

Esoknya masa nak balek aku dah bawa sebijik pelam manis. Kupas dan cencang ajele. then masukkan dalam bekas bekal adam. So easy. Kalau takde, otw tepi jalan belambak buah. Heee.

And lastly boleh main main dengan dia. Bagi minum susu tu penting. Lambat je sedia susu meraung kedaung oh. Bingittttt.

Wednesday, June 11, 2014

How to blend food after cook?

Posted by Unknown | 9:30 PM Categories:
Sebelum ni aku blend beras sangai. Sekarang rasa macam tak afdal pulak nak buat macam tu. Sebab aku blend tak dapat texture halus mulus macam orang lain. Lagipula, Adam dah masuk 7 bulan. Sooner later dia akan makan texture yang up up lagi. Plus, aku rasa macam ok je nak campur dengan sayur atau bahan lain yang kiranya, perlu untuk aku blend lepas masak bubur...

So, aku sediakan tips macam mana nak blend makanan after cook panas-panas. Yelah. Mesti ibu-ibu kurang setuju sebab mesti ambik masa lama nak prepare kan? Nak tunggu bubur sejuk before blend la... Ah, takdenye aku tunggu.

Aku bangun tido jam 6.30 pagi. mandi solat bagai baru aku turun dapur off slow cooker and prepare bekal Adam. By 7.10 pagi aku dah angkut anak gi hantar nursery. So, rasa-rasa ambik masa lama tak?

Pikir-pikirkan dan renung-renungkan.

 
 ok. Ini nasi kurma tomato yang I masak malam tadi. Guna slow cooker bila open pepagi wahhh cantek je.
Masukkan all dalam blender. Agak-agak sikit.... kalau banyak, masukkan sikit-sikit sebab I masukkan hot-hot from the cooker. I baru beli blender ni, jenama Philips sebab yang lama I pakai dah dushhh rosak (ala beli kat FB yg jenama taiwan tu...). Blender Philips ni dah bagi sukatan maximum untuk blender masakan panas adalah 615ml... Kalau makanan lain boleh sampai 1000++ ml. So jangan lebih sukatanlah kalau nak blend bubur panas.
Dah siap masuk dalam bekal... Asingkan PAGI-TENGAH HARI-PETANG. senang taska nak prepare.
Siap label lagi. So tak boleh silaplah. Habis tak habis adam makan sekali hidang saje. Hygene.
I beli tupperware jenis Thermos. Ok la boleh tahan panas up to 6 jam.

Ok bekal dah sedia bagai. Kalau masak banyak, which means ada extra, boleh la simpan dlm fridge utk bekal esok. Biasanya aku tak bekukan bubur utk 2, 3 malam. Aku buat untuk 1 malam saje.

3 set untuk pagi, tengah hari dan petang.
Keep in fridge utk bekal esok. Easy. Tak perlu masak bubur hari hari kalau malas... Kan???

Monday, June 9, 2014

Ubat batuk baby

Posted by Unknown | 10:27 AM Categories:
Tips rawatan tradisional untuk bayi batuk:

  1. Rebus setangkai kulit kayu manis bersama 7 biji kurma. 
  2. Bila dah masak tapis dan ambil air rebusan.

Boleh masukkan dalam botol susu atau cawan dihidangkan bila-bila masa kepada baby kita...  Adam cerdik dia tak mahu minum sebab rasa cinamon tu. So, campurkan je dalam susu dia. Theheh.

Thursday, June 5, 2014

10 Tips Membahagiakan Anak

Posted by Unknown | 3:29 PM Categories:

Tips daripada Prof. Dr. Muhaya. Jom share.
  1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al-Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
  2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
  3. Masa bangun solat malam, solat hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
  4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
  5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
  6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
  7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
  8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
  9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
  10. Masa basuh beras niat "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Wednesday, June 4, 2014

EVCO

Posted by Unknown | 3:34 PM Categories:
ataupun Extra Virgin Coconut Oil.

Adam dah nak masuk 7 bulan. So aku dah confidence nak campurkan evco ni dalam meals dia. Idea ini mari daripada joining group MBHSF. Aku beli daripada Cosway, RM36.90.

Apa khasiatnya amalkan minyak kelapa dara ni?

Daripada pembacaan aku, antara kebaikan evco untuk bayi kita adalah dapat meningkatkan daya tahan/ imunisasi badan. Bagus sebab Adam hanya dapat khasiat susu badan aku selama 2 minggu sahaja. Lepas tu kan mama dia terkena breast abscess.... Makan ubat stop susu dah terus takde dah. Sedih.... :( Adam tak dapat antibiotik semulajadi dari badan mama. Sedih... Sebab tu mama gigih fikirkan supplement terbaik untuk Adam. Mama rasa bersalah sangat.

Untuk ibu bapa pula, banyak khasiatnya. Bukan untuk bayi aje. Antaranya boleh kurangkan stress, mengelakkan risiko serangan jantung, baik untuk membakar metabolisma badan (bakar lemak), dll.

So lepas ni aku nak amalkan dalam masakan. Untuk baby masukkan setitik dua. Untuk masakan keluarga pula masukkan la sesudu dua.

Being a motherhood is a wonderful and joyful life. Sentiasa fikirkan yang terbaik untuk anak dan keluarga. Yesss.

Tuesday, June 3, 2014

Bagaimana nak stim makanan anak cepat-cepat?

Posted by Unknown | 2:04 PM Categories:
Masa mula-mula nak buat bekal makan anak ke taska, aku memang dalam dilema. Brain ligat putar pi-mari-pi-mari dok pikir macam mana nak bekalkan makanan anak yang cukup zat tanpa menyusahkan mama bangun empat lima pagi.

Hmmm...

Sekarang, macam-macam kekdah mama pakai okay.

Dan. Idea terbaru mama.

Jika panaskan bekal anak direct dalam microwave rasa macam tak bagus sangat kan?

Mama tukar kepada stim makanan yang nak dipanaskan. Pagi-pagi, sediakan siap-siap bekas ni kat dapur, nearby microwave. Sebelum masukkan bekal anak, panaskan steamer yang diletakkan air sedikit selama kurang lebih 1 minit.

Kemudian masukkan bekal anak. Panaskan dalam 1 minit (bergantung kepada jumlah makanan dalam bekas bekal banyak ke tak. Kalau sikit, stim 30 saat pun ok).
Hasilnya, tadaaaa.... Kejap je. Memang panas. Kalau kat rumah rasa tetiba nak panaskan makan anak pon ok. Kalau kemalasan tahap dewa sangatlah kan...
Kekdah ini boleh juga digunapakai untuk stimkan pisang dan dihidangkan segera kepada anak.
Selamat mencuba ibu-ibu!

Monday, June 2, 2014

Ubat anak demam

Posted by Unknown | 10:18 PM Categories:
Aku sangat konflik bila anak demam.

Kenapa?

Macam mana nak turunkan suhu badan anak... Terbaca dalam group MBHMSF ada yang cadangkan minum air rebusan barli sebab barli sejukkan badan.

So, I pun buat la. Kreatif sikit taruk kurma. Kurma kan makanan sunnah. Kurma I beli ini dicampur habatus Sauda.  So air rebusan ni boleh bagi anak minum gituew aje. Kalau kene anak spesis cerewet macam Adam Arif ni, momma masukkan je dalam susu dia.

Cuci dan kemudian rebush.

Dah agak masak, simpan dalam ini bekas tahan panas.

Monday, May 12, 2014

En. suami memang pandai berkata-kata. Dia kata untung dapat isteri bijak macam aku. Cheyyyyy... Wakluuuu.... Dia kata aku hebat dalam managing. Wakluuuu....

So I can be a manager la ye sayang?

Heeeeee....

Ok la fine. Udah-udah le memuji ye. Aku nak berkongsi kaedah aku sebagai seorang ibu yang hanya mampu BF baby 2 minggu sahaja, which is sekarang aku bergantung penuh pada susu tepung! Eh bukan senang ye bergantung sepenuhnya pada susu tepung ye. Masa preggy aku gigih sediakan barang untuk BF. Naseb baik tak beli breastpump yang mahal mahal dipasaran. Kalau tak harus meroyan aku sebab sempat pakai 2 minggu aje. Untung ler orang yang mampu BF anak sampai sekarang.... Hmmm... Malam-malam anak nanges kasik saje. Tadak susah-susah nak bangun bancuh susu bagai. Kene lagi kalau rumah 2 tingkat macam aku. Mampu kau meroyan nak turun tangga gi dapur bancuh susu anak? Kene pulak anak yang kerap lapar seperti Adam Arif ini. Hish.

Sudahla aku ni spesis tidor nyenyak habes (tidak lagi selepas ada baby). Susah nak bangun pagi gilerrr (gile kau bangun pagi buta kene exercise turun-naik tangga). Haruslah cabaran besar bagi aku khannn.

Jadi, selama 6 bulan ini, bagaimana aku uruskan? 

Be a creative thinker. Yes I am. Do a lot of observation. Yes, I am.

Inilah barang keperluan yang penting dimalam hari masa kite tengah lena zzzzz.... Instead of ada kat dapur je apa kata adakan satu lagi set macam ni dalam bedroom. So tak perlu mommy nak berlari anak turun-naik tangga ke dapur. Kettle, susu 1 tin, bekas air masak, dan warmer. and of course, botol susu.

Ini rak tok mama yang belikan. Senang. I letak barang asas lepas mandi, botol susu, stok ubt (picagari), termometer, pampers, lampin etc disini. 

Senang. Nak uruskan baby atas katil ke, kat baby-cot ke, just tarik je benda alah ini. Dia akan bergerak kemana saja mommy pergi. So mommy tak perlu hush hush run run. Bijak tak Tok Mama Adam? Heeee.. :)

Mana I basuh benda alah segala ni? Kat bilik mandi bilik atas aje. Jangan harap mama nak turun-naik tangga okay. So sediakan extra sabun baby kat bilik atas dengan berus dia sekali. Dah basuh sumbat semua ni dalam pencedok ni kejap. Letak barang alah ni kat organiser.

Nak sterile guna je warmer ni. Haaa... Banyak kegunaan warmer ni okay. 

Walaupun kecewa tak dapat panaskan susu bf, I boleh keep warm susu yang Adam minum tak habis (max: 2 jam je I bagi), panaskan makanan Adam dari freezer, dan juga sterile puting botol dan pacifier.

Dah siap sterile boleh keringkan macam ni aje. Pakai la apa-apa bekas... 

Botol susu dan lain-lain I simpan dalam tupperware ni aje. 

Senang keje kan untuk mommy yang malas+nak keje senang + cepat je macam mama Adam ni sorang. Seriously. Dah ada anak serba-serbi rasa macam tak sempat. So aku rasa, perlu aku menjadi smart-mom. Supaya suami, anak dan rumah lebih teratur. Dan barang-barang sokongan amat penting. Hmm.. Aku malas melipat serta iron baju. So, aku beli hanger banyak-banyak. Iron mana yang penting aje. See? Banyaklah berfikir.... Dan banyak juga aku belajar daripada blog-blog mommies. Ok lepas ni nak organize makan anak pula. Let me observe, learn and practice and then I will share will all of u. :)
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube