Showing posts with label pendang. Show all posts
Showing posts with label pendang. Show all posts

Friday, February 19, 2010

MoMENts CaPTuRED CaMPiNG @ BuKiT PeRaK

Posted by Unknown | 1:03 AM Categories: , ,
Nisa giving order memasang kemah.
Abah terjah sudah...
Kami kelaparan. Makan nasik duluuu
Baru terjah...
Penempatan kami... Comey kan
Sesudah kenyang menikmati nasik dan sambil mandi-manda, Nisa panggang ayam dan sosej pula.
Sambil-sambil mencilok yerr...
Agak petang gitu baru packing simpan barang untuk balek rumah... Owhh indahnya hari yang tenang dan sejukkk..

Wednesday, February 4, 2009

PeNDaNG JaN 2009

Posted by Unknown | 9:58 PM Categories: , , ,
Macam biasa. Dah lepas jenjalan jauh-jauh, so ada kesempatan cuti panjang sikit sempena Raya Cina ni apa lagi. Kami zasss balek Pendang. Sampai 4.30 pagi Sabtu so boleh la berehat sikit. Naseb abah berkeras nak balek malam. Kalau tak pagi Sabtu ni mesti masih on the way dengan jem sepanjang masa. Sepanjang cuti 4 hari kat kampung ni kami tak ke mana pun.. Petang ke kebun tolong apa yang patut. Selebihnya pergi Pekan Sabtu, dan relek-relek kat rumah. Hari Ahad meronggeng kejap kat A.S. Hari Isnin kami ke Padang Besar. Ramainya orang kat Padang Besar. Stress. Hari Selasa tambah tolak 9.30 pagi kami bertolak ke KL dan sampai 2.30 petang... Huh letih.


Hmmm.. Beli jangan cium duit je.
Mari tengok Ostrich!
Mesin basuh ke sinki?
Cendol pulut sini sedap...
Siapa ini??

Tuesday, May 6, 2008

PeNDaNG Mei 2008 - MoMeNts CaPTuReD

Posted by Unknown | 11:25 AM Categories: , ,

Tuesday, February 12, 2008

BeNDi II...

Posted by Unknown | 7:58 AM Categories: , ,
Hm, Malas nak guna tajuk cuti balek kampung. Lagi best guna isu BENDI. Theheh.. Untuk 1st version balek kampung bagi tahun ni, aku dah siap booking MAS dari bulan 12 tahun lepas. Maklum la, lepas geram sebab raya haji tak dapat balek... Ini kira pagi paling awal aku bangun dalam rekod tahun baru ni. Pukul 5.30 am dah siap bertolak ke KLIA sebab check-in 6.45 am. So dapat la cuti yang berkualiti selama tiga hari terisi dengan dua hari petang aku ke kebun memberi sokongan pada Abang Cik. Kutip BENDI untuk dijual kepada peraih. Sabtu pula banyak kenduri... Pergi kenduri dan petangnya kami ke Alor Setar, kononnya nak menonton Dunia Baru tapi sayangnya wayang pukul 5.00 pm dah penuh, nak tunggu 7.00 pm macam terseksa la pula. So balek belanja adik-adik dan mama makan western food. Suka Aiman. Licin disapunya. Tak cukup pinggan sendiri, pinggan kakak-kakaknya disapu. Tak rugi belanja dia makan. Ahadnya aku pulang dengan MARALiner. Cewah.. Pendang dah ada bas ke KL lu... CAnggih tak? Unfortunately, aku rasa macam rugi lak buat decision nak rasa MARALiner time cuti Perayaan Tahun BAru Cina ni..Sebabnya bontot aku kepanasan tahap cinpan 10 jam atas bas. Huuhu... Dah la jem, kena pula 2nd trip tu tukar driver bas yang baru nak belajar.. Uwaaa!!! Aku rasa sampai aku dah boleh hafal step dia masukkan gear. Terberangan sekejap macam mana kalau aku je amik lesen memandu bas. Lastly, aku memang dah tak tahan gila babas, naseb baik ada juga member yang sanggup ambil aku kat Tol Jalan Duta. Sayang kau! Theheh... Ahadnya ada pula bengkel finance... Aku pun tak tahu aku ni terlibat secara langsung ke tak. Dah orang panggil pergi jela. Janji aku nak clear tentang prosedur kewangan yang baru sekarang ni. Aku dah bosan tengok BORANG PULANG BALEK. Hari ni penatnya... Banyak kerja. Huhu. Rindu Pendang...

Monday, February 11, 2008

BeNDi oH BeNDi...

Posted by Unknown | 10:08 PM Categories: , ,

Ehem... Dah lama peram nak upload dalam blog ni. :D Orang balek kampung jalan-jalan, melawat sedara-mara. Aku pula lain ceritanya. Balek kampung dengan mission projek Bendi Abang Cik. Wah-wah... Seronok aku tengok kebun bendi Abang Cik yang segar-bugar dan ranum di tengah-tengah kebun getah dan di tepi sawah padi. Terasa nikmatnya. Berbalas segala keringat dan penat lelah yang dikorbankan sebelum ini untuk menjayakan tanaman bendi ni. Akhirnya pada cuti sempena Tahun Baru Cina ini, kehadiran aku buat pertama kalinya ke kampung pada tahun 2008 ini dengan tidak sengajanya telah merasmikan jualan pertama bendi. Theheh... Kali pertama kami pungut tak banyak, dalam 3 kilo aja. The next day bertambah 8 kilo lebih. InsyaAllah, hopefully the next and the next day hasilnya akan bertambah lumayan... Bila dibuat kira-kira, memanglah 1, 2 bulan ini belumlah balik modalnya... Biasalah, kerja-kerja yang menggunakan keringat ni, awal-awal seksalah sikit. Tapi aku berbangga dengan adik aku. Tak seperti anak muda-anak muda lain yang suka berpeleseran. Walaupun kurang berjaya dalam pelajaran, namun dia mampu untuk mencari rezeki dengan keringat dan kepandaiannya dalam bidang pertanian. Dan sekurang-kurangnya adik teruna aku yang sorang ni berjaya jua melanjutkan pelajaran sehingga STPM. Hm, memang aku berbangga ni. Aku doakan Abang Cik berjaya dalam kerjayanya. Amin...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube