Showing posts with label resepi mama. Show all posts
Showing posts with label resepi mama. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Jus Avocado ESP

Posted by Unknown | 10:20 PM Categories: ,
Resepi:




  1. Keluarkan isi 1 biji buah avocado yang sudah masak dan masukkan ke dalam blender.
  2. Campurkan bersama 2 sudu susu krim penuh sejat + 1 sudu ESP + ½ cawan air masak + kiub ais.
    ATAU
    Campurkan bersama 1 cawan susu cair + 3 sudu gula + 1 sudu ESP + kiub ais.
  3. Blend campuran tadi hingga sebati.
  4. Boleh dihidang begitu atau campurkan sedikit perasa coklat.


Wednesday, April 22, 2015

Manggo Smoothie

Posted by Unknown | 2:07 PM Categories:
Bila encik suami bawak balek sebakul mangga. Nak buat apa? Huhu melaju je I check kat fridge ada susu ke idok. Tak kira la susu pekat ke, cair ke. Theheh. Seharusnya, tambah ESP lah. Menambah perisa vanila dan tenaga. Mudah dan sedapppp. 
Resepi:
  1. Potong kiub sebiji buah mangga. Masukkan ke dalam Blender. 
  2. Campurkan bersama susu pekat dan ESP 2 sudu besar.
  3. Campurkan juga kiub ais dan 1 cawan air.
  4. Sedia dihidang.
Bolehlah dihidangkan begini... Baik untuk diet kan? Yummy!

Sunday, March 29, 2015

Pengat pisang untuk dia

Posted by Unknown | 9:42 AM Categories:
Hahahah. Kau kenapa Illiana? Semua untuk dia. 

OK ini santai-santai makan petang. Suami I kuat kerja. Kadar keaktifan bekerja akan meningkat menjelang weekend. Its his field of business. Kau protes bagai buang masa je kan. Baik support dia. Buatla sesuatu menghiburkan dia.... Terus terharu kan? Mahu tak since jadi mak mak ni macam-macam resepi I belajar. Best juga....

Ok ini resepi pun daripada masterji blog I, Mat Gebu. Modify ikut kesesuaian. Bila buat pengat pisang ni baru saya kenal biji sagu. Selama ni tahu makan je mama masak. Begitu rupanya biji sagu kat kedai...
Bahan:
  • 2 biji pisang tanduk 
  • 2 helai daun pandan disimpul 
  • 2 1/2 camca besar biji sagu rumbia cuci dan toskan 
  • 500 ml air 
  • 500 ml santan 
  • Secubit garam 
  • 1 ketul gula melaka dipotong kecil 
  • 1/3 cawan gula pasir *(*dimasak hingga larut dan tapis) 
Kaedah:
  1. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan. 
  2. Dalam periuk, satukan air gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih, tambah biji sagu rumbia. Masukkan secubit garam. Biar mendidih. 
  3. Bila biji sagu kelihatan jernih, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa. Biar mendidih sekejap hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

Tuesday, March 24, 2015

Nasi Lemak untuk Dua

Posted by Unknown | 9:25 AM Categories:
Tajuk... Begitu?

Berweekend 2+1 haruslah buatkan breakfast yang segar begitu. Ditambah pula dah ada stok santan. Nasi lemak sungguh mudah disediakan. 1/2 jam penyediaan kemudian dah boleh menikmati hidangan. Lepas breakfast nasi lemak dah boleh ke swiming pool beriadah bersama keluarga dipagi hari.Heaven kan? Macam biasa, ilham resepi saya daripada Mat Gebu yang super duper best.

Ingredient yang sangat basic.
 Untuk suami isteri. Toddler kite main suap aje nasi dan telur.
Bahan untuk nasi lemak (2 orang):
  • Beras 2 cupak
  • Santan 1 paket
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1 biji bawang besar belah 2
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 batang serai dititik
  • 1 inci halia diketuk
  • Garam secukup rasa
 Bahan untuk sambal tumis:
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan* (*dikisar)
  • 1 sudu teh asam jawa
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan lain:
  • Telur rebus  secukupnya dibelah 2
  • Hirisan timun
  • Ikan bilis/ kacang/ ayam goreng dsb mengikut kesesuaian
Cara:
  1. Basuh beras sehingga bersih. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan perasakan garam secukup rasa. Kacau sedikit. Masak sehingga nasi kering. Gemburkan nasi menggunakan chopstick.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis cili kisar sehingga garing. Masukkan bahan yang dikisar sehingga bau harum. Masukkan air perahan asam jawa. Perasakan secukupnya dan masukkan bawang besar yang dihiris. Boleh tambah bahan lain spt ikan bilis dsb mengikut citarasa.

Friday, March 20, 2015

Asam pedas untuk dia

Posted by Unknown | 9:27 AM Categories:
Asyik tengok Ainin je buatkan asam pedas untuk Zyad.

Finally. Tibalah masanya Yana pula buatkan asam pedas untuk Bani. Kehkehkehhh... Mengambil ilham resepi daripada favourite resepi blog saya, Mat Gebu. Saya modify sikit je ingredient untuk 2 orang makan sahaja. Cubalah... Theheh.


Bahan (untuk 2 orang makan):
  • 1 ekor ikan (saya guna ikan merah dipotong 3 ketul. Apa-apa jenis ikanlah)
  • 5 batang bendi muda 
  • 1 biji tomato 
  • 1 genggam daun kesom 
  • 1 kuntum bunga kantan belah 2 
  • 1 batang serai diketuk 
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 1 kiub pati ikan bilis (optinal) 
  • 1/2 camca besar pes asam jawa 
  • Air secukupnya 
  • Garam dan gula secukup rasa 
Bahan kisar halus:
  • 3 biji bawang merah kecil 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci kunyit hidup 
  • 1/2 inci halia 
  • 1 camca teh jintan kasar 
  • 1 camca teh jintan halus 
  • 1/2 camca teh lada hitam biji 
  • Secubit belacan, dibakar
Bahan tumis:
  • 2 biji bawang merah hiris 
  • 1 ulas bawang putih hiris 
  • 1 tangkai daun kari dilurut 
  • 1/4 camca teh halba 

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan tumis, tumis hingga harum dan tambah bahan kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. 
  2. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya. Biar mendidih. 
  3. Masukkan ikan. daun kesom, bunga kantan dan bendi, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  4. Masak hingga bendi lembut. Tambah tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Monday, March 16, 2015

Resepi Pulut Mangga

Posted by Unknown | 10:02 AM Categories:
Bahan:
  • 1 cawan beras pulut
  • Santan 1 paket
  • 2 sudu besar gula halus
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Mangga sebiji
Cara:
  1. Masak beras pulut bersama 1 cawan air dan secubit garam
  2. Masak santan bersama gula halus dan air bancuhan tepung beras sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Potong mangga dan hidangkan.

Sunday, March 8, 2015

Resepi Roti Gebus MamaYana

Posted by Unknown | 5:22 PM Categories:
Bahan:
  • 2 sudu besar gula halus
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 paket yis mauripan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu marjerin
Cara:
  1. Campurkan gula halus + susu pekat + esen vanila bersama sedikit air. Kacau sehingga gula larut. Masukkan yis dan biarkan sehingga naik buih (10-15 minit).
  2. Asingkan kuning telur dan putih telur dalam bekas yang berlainan.
  3. Campurkan tepung gandum + putih telur ke dalam campuran yis tadi.Tepung gandum dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga doh tersebut tidak melekat. 
  4. Bila yakin doh tidak melekat, uli di atas papan seperti membasuh baju. Masa tu baru campurkan marjerin sedikit demi sedikit. Kemudian biarkan selama 45 minit - 1 jam untuk doh tersebut naik.
  5. Cubit doh menjadi bulatan seperti syiling 50 sen. Masukkan dalam bekas dan biarkan sehingga naik (45 minit - 1 jam). Boleh lapik kain basah yang bersih di atas bekas doh atau letakkan plastik bersih atasnya.
  6. Sapukan kuning telur di atas adunan roti yang dah naik dan bersedia untuk dibakar 180 degree selama 10 -15 minit.
Kalau anda mampu, beli breadmaker lagi senang. Saya rasa belum mampu nak beli breadmaker memandangkan diri ini baru je nak belajar... Bukan masak selalu pon. Hehehe. So, saya buat tutorial uli secara manual. :) Gambar ni illustrate how I prepare the doh.

Yis yang dicampur tu nampak berbuih. So boleh digaul bersama tepung.
 Gaul bagi nampak gebu begini. 
Gaul lagi dengan tepung sikit demi sedikit.
Campur tepung lagi... dan lagi...
Sehingga tidak melekat. Dan boleh dipindahkan ke papan untuk menguli / menumbuk/ membasuh.
Sehingga hasilnya begini comel.
Jangan lupa tambah marjerin seikit demi sedikit.
Bila doh naik 2x ganda, tumbuk sikit doh itu dan bentukkanlah roti anda seperti begini.

Wednesday, January 7, 2015

The making of donut mama

Posted by Unknown | 3:17 PM Categories:
ok ini first attempt mama buat donut. Walaupun bentuknya terhapa tapi masih ada rasa. Mudah sangat dapat resepi sana sini. Dalam FB bersepah resepi kek. Mama idok ler sampai nak buat kek lagi kan? Lain la kalau dapat dapur besar bagai. Dapur kita kiut miut aje. Jadi, bersabarlah.

Bahan:
3 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 biji telur
3 sudu gula halus
2 sudu susu pekat
1/2 sudu garam
3 sudu marjerin (saya guna buttercup)

Resepi:
Ini bukan langkah pertama. Ini selepas dibiarkan 45 minit :)

Langkah 1 

Campurkan gula + susu + air suam dan kacau hingga gula larut. Kemudian masukkan sepeket yis. Biarkan sehingga naik buih macam ni. Lagi lama lagi mudah doh nak naik. (I tunggu dalam 1/2 jam) 
Dalam masa yang sama kacau telur bersama marjerin cair. (ok step ni I macam tak berapa terrer. tak berapa nak cair marjerin tu may be sebab I guna butter). Kemudian campurkan dengan campuran yis tadi. Pastikan yis tu dah berbuih dahulu.

Langkah 2

Masukkan tepung dan garam ke dalam bekas adunan. Kalau you terer boleh buat kat papan je untuk menguli. Tapi I tak terer. I lagi terer kacau dalam bekas guna senduk.
Campurkan dengan campuran yis tadi dan gaul. Memang agak lembik.
Dah siap gaul, biarkan adunan dalam 45 minit.
Inilah yang berlaku selepas 45 minit...

Langkah 4

Selepas 45 minit, cubit adunan kecil-kecil dan buat donut anda. I tak ada acuan so, I blasah je buat bulat. Kerana ini first time, I rasa bulat I tu agak besar. Boleh dikecilkan lagi next time membentuk bulat 20 sen. Oleh kerana adunan ini sangat lembut + lembik, cuba letakkan minyak kat tangan. I guna minyak zaiton. Masa tak guna tu adunan I sangat tak comel. Dah nak habis baru dapat idea. 
Biarkan doh ini 10-15 minit. Dia akan naik lagi.
Ini terjadi selepas 10 minit.

Langkah 5

Goreng dan makan panas-panas. Pergh... sedap! Puas hati walaupun bentuk donut I macam terhapa. Theheh.

Thursday, December 4, 2014

Banana Smoothie

Posted by Unknown | 12:07 PM Categories: ,
Resepi:
  1. 3 biji pisang dipotong.
  2. 1 sudu teh gula.
  3. 2 cawan fresh milk.
  4. Kiub ais.
  5. 2 sudu ESP.
  6. Campurkan semua dan blend.

Tuesday, July 15, 2014

Homemade capati

Posted by Unknown | 10:45 AM Categories:
Resepi:
  1. Beli "tepung atta". Boleh jumpa di Giant. Ada few brands. Saya guna brand Alagapas.
  2. Bancuh tepung dengan sedikit garam, marjerin, dan air suam.
  3. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih. Tutup bekas tepung yang diadun dengan tuala basah yang bersih.
  4. Bentukkan tepung yang diadun tadi kepada bentuk bulat (doh).
  5. Boleh simpan dalam peti ais dan bakar bila nak makan.
Bila nak makan:
  1. Tabur sedikit tepung atta ke penggolek dan papan golek.
  2. Ambil sebiji doh dan canai.
  3. Panaskan frying pan.
  4. Bakar capati tadi atas frying pan.
  5. Boleh dimakan dengan kari, sardin atau apa saja kuah yang anda pandai buat. :)

Doh yang telah dibulatkan.
Bila nak makan, canaikan dia kat penggolek ni.
Bakar dia. kejap je.
Dah siap homemade capati walla!

Monday, June 30, 2014

Lemon Grass Juice

Posted by Unknown | 8:02 PM Categories:
Sedap..... Sejak sejak minum kat kedai tempohari, kami laki bini dah buat jadi minuman favourite kat rumah. Balek keje haus, buka peti ais ambik minum. Macam mana aku buat?

  1. Rebus air gula + serai yang dipotong (satu teko ni aku letak 5 sudu gula dan 4 btg serai)
  2. Dah masak biarkan sejuk.
  3. Potong lemon sebiji dan campurkan dalam tupperware minuman yg disimpan dalam peti ais.
Gerenti sedap.... Plus, mengurangkan bau badan. :)

Monday, June 23, 2014

Apa nak buat dengan buah pelam?

Posted by Unknown | 12:16 PM Categories:
Apa nak buat kalau suami anda belikan stok buah pelam kat rumah? Simpan lama kang buruk dok? Heee I paling suka kalau dia beli buah pelam manis ni. Dulu suka yang masam, sekarang dah ada anak nak yang manis aje.

Best... selain daripada potong simpan dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk, mommies boleh buat puri pelam kat baby... Dan kepada yang setia dengan ESP shaklee, boleh tambah dalam hidangan anda. perghhh bukan setakat anak suka, mak pak pun suka. 

So, kalau suami beli bertandan-tandan pun idok menjadi masalah. Macam-macam boleh buat kan? Sehari je dah boleh habis pelam tu. 

Hm, balek kerja nanti nak buat lagi la :).

Blend banyak-banyak.
 Purikan dan simpan. 
Last sekali buat untuk mama. ESP Shaklee + pelam + ais

Wednesday, August 25, 2010

Tomyam Alajeles

Posted by Unknown | 10:20 PM Categories:
Tomyam ini dibuat khas kerana jeles pada Fatin yang dapat merasa tomyam mama masak masa dia balik bercuti minggu pertama puasa. Jadi aku balas dendam dan meminta resepi dari mama untuk diujikaji.

Bahan:
1 paket perencah tomyam adabi
2 kiub tomyam knor
Daun limau purut
2 ketul limau nipis
2 ketul bawang besar (seeloknya bawang holand) dimayang dan dipotong dadu
Ayam/daging/udang/apa-apa je yang perut kamu suka
Bunga kobis/carrot/tomato dsb
Garam

Kaedah:
1) Tumis bawang besar sehingga naik bau
2) Masukkan ayam/daging apa-apa je favorite kamu
3) Masukkan perencah tomyam adabi
4) Masukkan carrot dan kemudian air agak-agak penuh periuk
5) Masukkan 2 kiub tomyam knor dan garam
6) Agak-agak dekat nak masak masukkan bunga kobis kemudian baru tomato
7) Dah nak masak baru masukkan jus perahan limau nipis dan daun limau purut.

Sekian dan selama bereksperimen!

Mee Tumis Alame

Posted by Unknown | 10:02 PM Categories:

Sepertimana permintaan Ain, aku upload rupa sebenar mee tumis alame (ala saya) setelah dimasak untuk hidangan berbuka kami (aku, Peyuh dan Akma). Actually bulan Ramadhan kali ini kami tak banyak ke Pasar Ramadhan. Tak sehavoq dulu kala masa ada Farah.... Tinggal kami berdua, ditambah Peyuh yang saiz perut sekangkang semut itu, apalah sangat hidangan nak bermewah. Cukuplah beli ala kadar di gerai bawah rumah ni atau masak simple. Resepi ini aku ambil dari buku resepi Akma dan dimodify mengikut apa yang ada kat rumah. Theheh. Cara nak buat so simple. Aku attached resepi jugalah kot-kot boleh dijadikan panduan pada Puan Ain a.k.a pengantin baru itu...

Bahan:
1 paket mee
1 labu bawang putih
2 ulas bawang merah
Sedikit lada sulah/ lada hitam ditumbuk
Udang/sotong/ayam/fishball/ apa-apa aje ikut perut kamu
Daun bawang dan daun sup
Minyak masak

Kaedah:
1) Mee dicelur dalam air mendidih. Angkat dan tos.
2) Bawang putih dan merah dikisar.
3) Tumiskan bawang-bawang tersebut sehingga naik bau. Kalau nak meriah, mayang bawang besar sikit dan tumis skali.
4) Masukkan lada sulah dan garam. Kemudian bahan-bahan favorite kamu. 
5) Masukkan air (jangan penuh kuali. agak-agak).
6) Masukkan mee dan biar agak-agak sebati dalam 2-3 minit.
7) Last, campakkan daun sup serta daun bawang sebelum tutup api.

Sekian dan selamat bereksperimen!
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube