Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Jus Avocado ESP

Posted by Unknown | 10:20 PM Categories: ,
Resepi:




  1. Keluarkan isi 1 biji buah avocado yang sudah masak dan masukkan ke dalam blender.
  2. Campurkan bersama 2 sudu susu krim penuh sejat + 1 sudu ESP + ½ cawan air masak + kiub ais.
    ATAU
    Campurkan bersama 1 cawan susu cair + 3 sudu gula + 1 sudu ESP + kiub ais.
  3. Blend campuran tadi hingga sebati.
  4. Boleh dihidang begitu atau campurkan sedikit perasa coklat.


Tuesday, February 24, 2015

Tingkatkan daya tahan anak anda!

Posted by Unknown | 2:03 PM Categories: , ,
Adam dah setahun. So mama boleh up up makanan dia. 

Plus, dah boleh ambil supplemen untuk pembesaran serta ketahanan badan dia. Perkara ni sangat penting. Buat Adam mahupun bayi lain. Case Adam, dia minum susu tepung. Hanya menyusu badan sehingga usia 4 minggu je. Lagilah pula membesar di nursery. Dia perlukan vitamin tambahan untuk menguatkan antibodi badan.

Since dah setahun lebih, mama telah sediakan Meal Shakes dan Scott Emulsion. So far ini yang mama mampu fikirkan. Nurse syorkan pilih Scott Emulsion. Meal Shakes pula memang elok consume bagi bayi setahun ke atas yang perlukan daya tahan badan.
Alhamdulillah walaupun baru consume, Adam seems ok. Selsema masih ada. Maklumla lately asyik main air everyday. Pun begitu, mama tengok makin ok. Bawa jumpa Dr, there is no kahak. Dr kata normal. Cuma monitor jangan demam. Tak mahu komen lebih-lebih lagi sebab Adam baru consume 2-3 minggu. 

Kenapa Meal Shakes?
Kerana Adam kerap selsema dan kurang selera makan. Dia hanya makan bila lapar. Selsema pula, standard budak nursery, dia baik yang lain sakit, then dia kena balik. Begitu...

Selain itu Meal Shakes kaya dengan protein untuk membantu membina sel kulit, kuku, dan rambut. Saya percaya Meal Shakes juga adalah agen antioksida yang mampu melawan jangkitan. Ia juga mengandungi Vitamin B Compleks dan Zat Besi yang sangat penting untuk membina sel darah merah. Bagus untuk tumbesaran anak gituew...

Kebaikan Meal Shakes boleh baca di sini: Meal Shakes.

Kenapa Scott Emulsion?
Saranan dari nurse yang berpengalaman. Affordable. Satu botol tak sampai pun RM10. Scott Emulsion yang saya jumpa kat kedai so far ada 2 perisa: Orange dan Minyak Ikan Kod.

Kebaikan Scott Emulsion:
  1. Membantu membina daya tahan diri dari jangkitan. Minyak ikan kod dan Vitamin A membantu sel-sel epithelial di ruang pernafasan supaya sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma di dalam badan. 
  2. Mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat. Juga mengandungi khasiat yang penting untuk pencegahan penyakit tulang lemah. 
  3. Mengandungi Kalsium dan Fosforus yang membantu memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna. 
  4. Mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A, D, Kalsium dan Fosforus. 
  5. Membantu memelihara dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat dari pemakanan yang tidak seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat. 
  6. Membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri anda dari kekurangan khasiat yang diperlukan.
Begitu... Piece of knowledge from newly mom.

Tuesday, February 10, 2015

Meal Shakes: Macam mana nak makan?

Posted by Unknown | 1:22 PM Categories: ,
Susulan entry: Meal Shakes untuk siapa?

ok saya bagi panduan cara pengambilan meal shakes. Saya pun baru nak mencuba. Especially untuk Adam.

Try la. Untuk bayi sebaya Adam, saya cadangkan, campurkan saja dalam susu dia. Saya bagi Sabtu dan Ahad sekali sehari. Campurkan dengan air suam supaya khasiat tak hilang.

Saya pun mencuba la juga. Sedappp. Boleh campur dengan macam-macam ingredient sepertimana saya buat untuk ESP. Selamat ber"eksperimen"!

Tuesday, January 20, 2015

Meal shakes untuk siapa?

Posted by Unknown | 10:41 AM Categories: ,
Sejujurnya, saya belum pernah consume meal shakes. Sebab, saya peminat setia ESP! 

Theheh. Sekarang saya berfikir untuk consume Meal shakes bagi Adam. Dah boleh dah ni, Adam dah 1y2m. Jadi, saya ingin berkongsi bersama, apa itu meal shakes. Dan siapa yang boleh consume meal shakes ini.

Antara kebaikan meal shakes adalah:
  1. Menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  2. Mengandungi asid folik, biotin untuk membantu tumbersaran.
  3. Mengandungi Vitamin A, C, E, zinc, selenium - agen antioksida yang berfungsi untuk melawan jangkitan.
  4. Mengandungi Vitamin B compleks dan zat besi untuk membina sel darah merah yang sihat.
  5. Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan.
  6. Kaya dengan protein dan membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut dll.
  7. Kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel.
So, kalau dah baca khasiatnya, tentu boleh agak siapa yang sesuai consume meal shakes. Yang saya nampak, obviusly, saya akan mempergunakan meal shakes ni untuk putera saya yang kurang-makan-banyak-main ituew. Meal shakes sesuai untuk kanak-kanak setahun ke atas. untuk dewasa juga, yang ada masalah ekzema, asma, dan yang nak kuatkan daya tahan badan. Sangat sesuai buat minum pagi anda. Kalau hari hari minum kopi or teh tarik boleh, apatah lagi minum makanan kesiahatan kan? Yok yok jom try meal shakes hari ini!

Monday, December 22, 2014

Anda stress? Tolonglah jangan...

Posted by Unknown | 10:06 PM Categories: ,
Minggu ni adalah minggu yang menyedihkan. Aku kehilangan seorang bos yang selalu bagi aku stress. He died because of high blood pressure. Takziah to him. 

This is second time I saw happen in my surrounding. Arwah kak Niza died because of this. 

Bila fikirkan balik, kita pun ada possibility untuk kena serangan ini. Lihat surrounding kita. Mereka yang aku kenal ini memang kuat bekerja. Dan berumur 35++. Dan kita takkan sangka, mereka ini yang kita lihat sihat walafiat tiba-tiba sahaja meninggal. Its full with a big surprise. weird. Macam tak percaya. Macam macam perasaan.

But percayalah. Penyakit darah tinggi ini adalah silent killer. Tiada ubat can cure this disease.

Yang boleh kita buat adalah amalkan gaya hidup sihat. Pemakanan yang seimbang, senaman, dan jangan stress.

During the day he was attacked, his bp is 260! His nerves burst inside the brain!

Aku masa preggy pun tak pernah kena bp more than 120. How come he got 260... Nauzubillah. Takziah to his family.

Alang-alang aku bercerita tentang high blood pressure ni, aku pun buat research sikit. Betul tiada ubat can cure this disease. But we can prevent. Macam aku cakap tadi, amalkan gaya hidup sihat. Kalau terlalu busy dengan workload, carilah supplement. Elok untuk memberi nutrisi yang cukup kepada badan. Aku suka makan B complex masa preggy. Ia untuk kurangkan stress. Untuk elakkan tekanan darah tinggi, disarankan pengguna yang mahu mencuba supplemen Shaklee dengan mencuba Omega Guard dan Garlic Complex. 

Omega Guard baik untuk menurunkan kadar kolestrol serta membersihkan salur darah. Manakala Garlic Complex sesuai untuk mencairkan darah serta menguatkan antibodi. Nama pun bawang putih kan... Even untuk Adam pun aku selalu masak based on Garlic especially kalau dia demam, selsema, or batuk. Sangat bagus garlic ni. 
Kita merancang dan berusaha. Allah jua yang menentukan. Semampu mana kita boleh berusaha, patut kita usahakan. Moga apa yang berlaku di depan mata saya menjadi ikhtibar untuk rakan-rakan dan juga diri ini. Moralnya, biar sibuk mana bekerja, make sure kita punya ruang masa untuk rehatkan badan. Dont pressure yourself, espeacially your body. Kawal pemakanan. Jika tak mampu nak atur jadual makan dengan baik, cari supplemen. Penting untuk bekalkan badan kita dengan nutrisi yang seimbang. Jika kita ada masalah, kembali kepadaNya. Merintih kepadaNya. Insyaallah... Benar, ajal maut ditangan Yang Maha Esa. Apa yang mampu kita usaha, kita buat. Selebih kita berserah kepadaNya...

Insyaallah, peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan...

Kepada mereka yang telah tiada, kita sama-sama doakan moga roh mereka dicucuri rahmatNya. Amin...

Sunday, October 12, 2014

Alfalfa Complex; untuk siapa?

Posted by Unknown | 9:59 PM Categories: ,
Siapa yang sesuai memilih supplement Alfalfa kompleks?
  1. Merawat keputihan.
  2. Untuk mereka yang asyek leeeetih aja memanjang. Ia adalah rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  3. Memulihkan urat selepas bersalin, menegangkan payudara, serta sebagai kacip fatimah kepada para isteri.
  4. Untuk mereka yang ada resdung. Alfalfa mampu memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif. Erti kata lain untuk mereka yang ada alergi.
  5. Boleh juga untuk membuang tumor.
  6. Merawat penyakit atritis.
  7. Masalah usus dan perut. Kepada yang kerap ada masalah kembung perut, sembelit, gastrik dsb berkaitan.
  8. Untuk membersihkan hati dan darah. Kerana alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali. So ia mampu mengembalikan kenormalan badan serta membuang toksin.
  9. Nak kurus secara sihat? Sesuai sangat kerana ia mampu membuang lemak dan kolestrol dalam badan.

Friday, October 10, 2014

Kulit cantik tanpa makeup?

Posted by Unknown | 11:33 PM Categories: ,
Rahsianya?

ESP + Vita-E Complex. Kenapa? Khasiat ESP saya ceritakan dalam entry sebelum ini. Vitamin E pula memang terkenal dengan rawatan kulit cantik. Sebab itu kalau nak maintain kulit cantik, jom amalkan ESP dan Vitamin E.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube