Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

Vacuum it!

Posted by Unknown | 3:31 PM Categories:
Masa bujang bila nak travel rasa relek je. Esok nak naik flight malam baru sibuk packing barang. Bila dah ada anak, seminggu sebelum travel mama dah sibuk packing barang. Itupun mesti cari weekend. Kena pula satu beg ada barang mama dan barang anak. Cry cry...

Bila pergi kedai DIY, ternampak pula vacuum bag ni. Terus mencanak otak berfikir. Hmmm...

Save space 1/3. Good idea to have this. Siap boleh bawa tilam dan bantal Adam lagi. sangat afdal. Mamasuka!
Lipat susun cantik begitu. Masukkan dalam vacuum bag.
Buka penutup yang ada pada vacuum bag itu.
Use a vacuum cleaner to suck the air.
Tadaaa. Magik!
Best kan? Jimat space 1/3. Jangan terkejut dalam ni semua barang Adam ada termasuk pampers. Namun, tidak termasuk susu dan botolnyalah. theheh

Thursday, March 5, 2015

Measles a.k.a Campak

Posted by Unknown | 12:42 PM Categories: ,
Bila anak sakit ibulah orang yang paling sibuk dan susah hati.

Betul tak?

Lagipula kena sakit spesis penyakit berjangkit. Kadang tu kita dok menyumpah seranah virus siapalah ni menyusahkan orang betul. Tapi, disebalik semua itu ada hikmahnya. Baguslah kena sekarang bukan esok lusa. At least antibodi anak kita sedang membina dan menguat. Kan???

Lagilah pula derita demam campak.

Haishh... Anak I kecik lagi, baru setahun dah kena? I dulu umor duabelas tahun baru nak kena. 

Whatodo. Hopefully antibodi dia membina dengan jayanya untuk melawan jangkitan yang sama bila dia besar kelak.

Wah begitu... :)
Belakang badan Adam paling banyak naik campak.

First time Adam kena campak masa dia baru masuk setahun. Saya tak pasti, dia kena campak disebabkan kesan suntikan MMR ataupun jangkitan di taska. Sebulan selepas dia ambil suntikan dia disyaki terkena campak. Nursery kata ada budak kena campak dan budak tu main dengan Adam. Masa kena tu saya sendiri keliru, campak atau HFMD sebab Adam tak demam. Dan campak dia naik tak banyak. Mengikut firasat ini, memang la campak naik tak banyak, anak sakit bapa bawa ke klinik, ambil ubat demam dan antibiotik dan makan.

Hmmm...

Untuk perkongsian ilmu dan pengalaman ibu-ibu, sekiranya anak demam, perkara pertama kita buat adalah monitor suhu. 3 hari demam tak kebah then baru jumpa Dr. Untuk demam campak, seeloknya kita biarkan anak demam sebab bila badan panas campak itu akan keluar. Yang penting, monitor suhu.
Sibuk nak tolong mama. Serupa tok bomoh kekdahnyer dah.

Untuk kes Adam ni, dia sihat dengan cepat. Kami siap boleh travel ke Kuching having vacation. Dek kerana campak dia naik tak banyak dan tak obvious...

Pun begitu, selang dua bulan kemudian, Adam demam dengan suhu panas. Esoknya mula naik bintik merah berair. Hmph, nampak seperti betul la firasat mama ni, campak keluar tak habis sebelum ni. Dalam tempoh dua bulan tu, kami sempat bercuti ke pulau dan Adam mandi laut. Seminggu balik pulau Adam diserang demam campak. Ada orang kata, kalau demam campak tak boleh mandi laut selama 6 bulan. Hmmm... Lesson to mama. Haippp.

So, sekarang ni hopefully ini campak terakhir Adam dan biar dia keluar semua. Kalau tengokkan dia, menangis kau makk.. Campak naik banyak dan besar. Dengan itu, better mama bercuti-cuti Malaysia kat rumah.

Buat apa kat rumah?

  1. Bila anak sakit, saya kupas bawang merah letak dalam piring dan biarkan terdedah di kawasan kita melepak dalam rumah.
  2. Rebus dah semambu buat mandi anak. Tak perlu sabun. Biar dia berendam dalam air lama sikit 5-10 minit. Ini untuk hilangkan miang dan gatal badan. Elakkan kena mulut sebab pahittt.
  3. Ambil daun semambu (sahaja.. ranting dahan taknak), letak ditempat tidur dia. Kalau anak tak selesa letak dalam kain batik. Atau, saya letak dalam sarung bantal yang kosong then buat lapik dia. Yela anak saiz kecik je so saiz sarung bantal tu dah memadai nak alas dia.
  4. Kalau rajin, tumbuk daun semambu hingga lumat dan campurkan bersama air dan bedak sejuk untuk dilumurkan ke badan. Untuk elak gatal dan miang.
  5. Kalau malas, beli Calamine Lotion. Untuk kurangkan rasa gatal.
  6. Bagi minum air kelapa.
  7. Sentiasa monitor suhu badan. Kalau panas lap badan anak dengan kain basah (especially bahagian ketiak).
  8. Berjumpa Dr (saya pilih klinik kesihatan). Minta ubat demam (paracetamol) sebagai backup. Ada rezeki, cuba minta calamine lotion. All free.
  9. Malam hari adalah paling mencabar. Sebab anak takkan dapat tidur dengan selesa. Kerap tukar diapers. Kerana diaper yang basah akan menyebabkan gatal dan ketidakselesaan pada anak. Kerap sapu calamine lotion. Spare air masak dalam botol susu. Anak kena kerap minum air untuk elak dehydrate semasa demam.
  10. Buat bubur lembik dan sup ayam. Jangan bagi makanan yang gatal (ayam, sotong, udang dsb).
  11. Seeloknya pakaikan lampin kalau anda tengok ruam campak tu ada juga kat tuuttt anak. Bagi udara masuk sikit dan tak terperap sangat.
Begitulah aktiviti saya bercuti-cuti di rumah bersama anak semasa kena campak. Huhu. Terpaksalah demi sayangkan anak. Insyaallah, anak kita sakit hari ini, esok lusa dia akan sihat dan badannya bertambah kuat melawan penyakit. Amin...

Tuesday, February 24, 2015

Tingkatkan daya tahan anak anda!

Posted by Unknown | 2:03 PM Categories: , ,
Adam dah setahun. So mama boleh up up makanan dia. 

Plus, dah boleh ambil supplemen untuk pembesaran serta ketahanan badan dia. Perkara ni sangat penting. Buat Adam mahupun bayi lain. Case Adam, dia minum susu tepung. Hanya menyusu badan sehingga usia 4 minggu je. Lagilah pula membesar di nursery. Dia perlukan vitamin tambahan untuk menguatkan antibodi badan.

Since dah setahun lebih, mama telah sediakan Meal Shakes dan Scott Emulsion. So far ini yang mama mampu fikirkan. Nurse syorkan pilih Scott Emulsion. Meal Shakes pula memang elok consume bagi bayi setahun ke atas yang perlukan daya tahan badan.
Alhamdulillah walaupun baru consume, Adam seems ok. Selsema masih ada. Maklumla lately asyik main air everyday. Pun begitu, mama tengok makin ok. Bawa jumpa Dr, there is no kahak. Dr kata normal. Cuma monitor jangan demam. Tak mahu komen lebih-lebih lagi sebab Adam baru consume 2-3 minggu. 

Kenapa Meal Shakes?
Kerana Adam kerap selsema dan kurang selera makan. Dia hanya makan bila lapar. Selsema pula, standard budak nursery, dia baik yang lain sakit, then dia kena balik. Begitu...

Selain itu Meal Shakes kaya dengan protein untuk membantu membina sel kulit, kuku, dan rambut. Saya percaya Meal Shakes juga adalah agen antioksida yang mampu melawan jangkitan. Ia juga mengandungi Vitamin B Compleks dan Zat Besi yang sangat penting untuk membina sel darah merah. Bagus untuk tumbesaran anak gituew...

Kebaikan Meal Shakes boleh baca di sini: Meal Shakes.

Kenapa Scott Emulsion?
Saranan dari nurse yang berpengalaman. Affordable. Satu botol tak sampai pun RM10. Scott Emulsion yang saya jumpa kat kedai so far ada 2 perisa: Orange dan Minyak Ikan Kod.

Kebaikan Scott Emulsion:
  1. Membantu membina daya tahan diri dari jangkitan. Minyak ikan kod dan Vitamin A membantu sel-sel epithelial di ruang pernafasan supaya sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma di dalam badan. 
  2. Mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat. Juga mengandungi khasiat yang penting untuk pencegahan penyakit tulang lemah. 
  3. Mengandungi Kalsium dan Fosforus yang membantu memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna. 
  4. Mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A, D, Kalsium dan Fosforus. 
  5. Membantu memelihara dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat dari pemakanan yang tidak seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat. 
  6. Membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri anda dari kekurangan khasiat yang diperlukan.
Begitu... Piece of knowledge from newly mom.

Wednesday, February 18, 2015

Dari KLIA 2 ke Hatyai

Posted by Unknown | 2:40 PM Categories: , ,
Antarabangsa gituew...

Yela since KLIA2 ditubuhkan last year, I never been to any international flight yet. So far domestic je, tak rasa jauh sangat kalau kena Sector 1 or Sector 3 (refer to map kat bawah ni untuk keterangan lebih jelas). Dah kena international ni (walaupun Hatyai je nok), baru terasa woah jauhnyeee balai berlepassss.... 10-15 minutes walking distance kot. Ini first time I went to KLIA2 Satellite building (Sector 6). Memang jauh gila. By pass skybridge (Sector 4). Our departure gate was P8. Mencanak jauh nyah oi. 2 kali scan immigration. Siap kena tanggalkan belt yang aku pakai. Punya straight, punya jauh.

But don't worry, kalau nak minta tolong buggy service silalah bawa anak kecik. Theheh.

Travel by plane for mama and Adam seems not a big deal anymore. Alhamdulillah ini kali ke-3 Adam travel and he has no problem at all. Untung mama ada anak seperti Adam. Independent and easy-going. Alhamdulillah. Hope berkekalan begini. Senang nak bawa ke mana. Aminn.

Total airfare dalam RM130++ with no check-bag. Mama dah pack siap-siap luggage bag dalam kereta. Cuma bawa stroller, beg Adam and handbag mama je. Senang kan? Apply cuti 2-days only. 9.00 am Tuesday CikNgah tolong hantar ke ERL Putrajaya. Bayar tambang RM6.20 to KLIA2. Sampai sana kena ke kaunter check-in document untuk dapatkan tag stroller (tak perlu ke kaunter check-in bag as you dont have any bag to check-in).

Dah settle segala bagai take breakfast dulu... Makan nasik lemak lauk rendang ayam. Adam selera betul. Takpe bagi dia makan kenyang, main puas-puas nanti dalam plane dia akan tidur tanpa disuruh.

Apa yang aku suka di KLIA2 adalah facilities. Serious I feel comfortable. Especially when having kiddo. Favorite mak-mak of course baby changing room. Boleh kata setiap sudut dalam KLIA2 ni boleh jumpa baby changing room. Even-though you dah enter departure gate, masih boleh jumpa. 

Apa yang mesti ada di baby changing room? (Ini kat Sector 6)
Sinki yang besar plus tempat letak baby.
 Sofa. tak terkecuali tong sampah.
 Ruang yang luas dan bersih.
Serious saya rasa beruntung dan bersyukur. When we touch-down Hatyai Airport, saya rasa stress sangat. I was the last person who when out from the plane as my baby slept. Bila keluar, saya minta stroller tapi staff sangat efektif ok buat kerja laju gila. Dia dah transfer stroller anak aku ke baggage collection area. Menapakkk den berjalan kaki tengah hari buta. Komitmen staff sangat bagus. Ada orang escort I lagi yer from airplane to the immigration kaunter. Dah beratur panjang, anak I berak hokay. Busokkk. Masa ni rasa susah gila. Naseb baik dah ambik stroller. Mencanak mencari baby changing area. I tak jumpa so buat dalam toilet wanita je. Huuuuuu susahhhh... Nak nanges I. Anak pulak lasak. Stress menggila masa ni. Nak bancuh susu lagi. Nasib baik beg doremon Adam tu siap segala bagai. Nampak sangat beza standard airport ok. Bukan berat sebelah. Ini customer feedback neh. Patutla kena charge extra RM6.00 for airport KLIA2. So kawan-kawan, kita guna habes-habesan facilities kat sana yer. Baby changing room adalah kewajipan bagi saya. Saya dah pandai mempergunakan buggy service. Kita bayar okay... so guna. Jangan tak guna. Ada lagi facilites yang saya nampak tapi belum guna seperti Movie lounge. haaa nanti ada peluang nak try. Theheh.

Best, selesa dan mudah di KLIA2. I have no problem at all to travel by plane via KLIA2. Lagilah sekarang nak ke sana hanya parking di ERL. Sungguh moden. Efektif. Proaktif. Baru aku sedar kemudahan yang aku dapat ini bila aku dah touch down Hatyai Airport. Huhu. Untuk info lebih lanjut tentang KLIA2, boleh ke sini: klia2.info


Tuesday, February 17, 2015

Anak berhingus?

Posted by Unknown | 9:25 AM Categories: ,
Cubalah Sterimar (Dolphin)

Ini adalah syor dari doktor. Boleh didapati di farmasi dengan harga RM24.90

Cari Sterimar (Dolphin) untuk kanak-kanak 0-3 tahun. Fungsi Sterimar adalah untuk mencuci dan mengelakkan bayi anda daripada terkena jangkitan akibat daripada selsema. Menjadi lumrah toddlers asyik selsema. Jangan risau... Bagus anak anda demam dan selsema kerana ia sedang membina antibodi badan. Cuma, kita sebagai ibu bapa perlu monitor mereka. As long as mereka aktif, jangan risau. 

Cara guna mudah je. Baringkan toddler, dengan perlahan masukkan muncung sterimar yang berbentuk seperti muncung dolphin tu kemudian spray. Biarkan seketika cecair mengalir keluar dan apply pula pada lubang hidung sebelah. Kemudian baru lap. Satu hari apply 2-6 kali.

For more info: www.sterimarnasal.co.uk

Thursday, February 12, 2015

Jom pergi klinik kesihatan

Posted by Unknown | 12:37 PM Categories: ,
Syukur sangat dilahirkan dibumi bertuah dan hidup sebagai generasi modern di negara tercinta. 

Sepanjang preggy start 3m, saya mula buat check-up di klinik kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan. Oleh kerana bekerja di daerah Mantin, maka saya ke klinik kesihatan terdekat iaitu Klinik Kesihatan Mantin. 

Alhamdulillah. Kesihatan saya dan anak bermula seawal Adam dalam kandungan hingga lahir dipantau oleh klinik kesihatan. Free of charge. ok kawan-kawan. Anda bayar cukai? Silalah gunakan kemudahan yang kerajaan bagi ini ya? Jangan asyik "vote for private" je dan tiba-tiba nak meroyan kene bayar cukai...

Nurse yang dulu bukanlah yang sekarang (lalalala). Nurse sekarang muda-muda, comey-comey, baik-baik dan bijak-bijak. True. Dah tak ada spesis memekik yer. Dan mereka lebih sistematik.

Ingat lagi, kerana nurse yang call dan ingatkan saya supaya check-up, Adam selamat dilahirkan. Waktu tu saya dah sarat. Dah sampai due date kot tapi belum ada bukakan. Saya dah merancang untuk bersalin di hospital swasta. So saya tak pergi regular check sebab dah ambil cuti. Nurse bising, dan dia forward saya ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Pergi sana, rupa-rupanya air ketuban saya dah kurang dan Dr terus forward ke hospital. Masa tu terus pergi hospital swasta yang dah ditempah. Memang I kene tahanlah you... Terima kasih nurse kerana prihatin.

Nurse mencuci gigi Adam. Nurse gigi pesan to mama, "Sila lap gigi anak menggunakan towel bersih pagi dan malam. Buang tabiat puting. Didik anak minum menggunakan cawan".
Ingatkan masa mengandung je dipantau. Rupa-rupanya sehingga kini. Adam dah setahun 3 bulan. Lagi 3 bulan last injection. Then pemantauan setahun sekali kot (entah belum sampai masa mama belum dapat schecule lagi :)). Masa dalam pantang nurse datang melawat di rumah. Masa balik kampung pun sama. Nurse klinik desa datang. Best kan ada orang monitor kesihatan kita dan anak? Semua ni free. Ubat free, consultation free.

Jadual check-up ikut usia kandungan dan usia baby (bila dah lahir). Makin dekat due date, makin keraplah you jumpa nurse. Makin besar anak, makin jaranglah you jumpa nurse. Biasa sekarang ni kalau buat check-up untuk Adam nurse akan timbang berat, ukur tinggi dan diameter kepala. Jika ada injection, maka last session kena cucuklah budak kecik itu... So far Adam bila dicucuk nanges kejap je. Dah siap dia pun senyap. Paling best, sekarang ni bila Adam dah ada gigi. Terkejut mak hokay, baby pun ada klinik gigi sendiri.

Hmm.. Oklah. Waktu menunggu tengoklah kalau ramai, 2-3 jam. Kalau tak ramai within 1 jam dah siap. Standard je dengan saya ke private dulu. So far Adam tak pernah ada appointment dengan Dr. Hanya bayi bermasalah akan berjumpa Dr. Yang lain jumpa nurse je so masa pun jimat.

So, saya sangat rekomen kepada newly mom, walaupun plan nak bersalin di swasta, silalah daftar ke klinik kesihatan. Jangan malas pergi check-up. Semuanya untuk kesihatan anak yang terbaik. Tak semestinya yang berbayar itu yang terbagus ya. Dah alang-alang bayar cukai, gunakan jelah perkhidmatan percuma yang diberi kerajaan ini.

Monday, December 29, 2014

Bila nak tambah?

Posted by Unknown | 2:11 PM Categories: ,
Tiba-tiba abah kau bagi soalan begitu.

Mama like,"God please help me".

""Dua lebih baik..."
Mama feeling miserable. 
My last dive was this May 2014. Since that mama didn't dive. That was one. If two?
Previously we had a lot of time to spent berdua-duaan. When we got Adam, romantic time is less. That was one. If two???
Mama's vacation is less. That was one.

See? oh my. mama is huhahuha before I got you Adam. The moment you entered my life, totally I changed. I've change a lot my dear... No huhahuha anymore.

However...

Yet mama still can jalan-jalan..
Boleh lagi nak melawa sometimes.
Even-though lampin sangkut sana sini.
Because, there is nothing can bit the power of your presence.

So, are you ready Adam? for your younger brother/sister? lol... Insyaallah, mama dan abah takkan tolak jika Allah kurniakan seorang lagi cahaya mata kami. Memang. Perit usah dikata. Bukan senang nak membesarkan zuriat kurniaan Mu ya Allah. 

Since I got you I never sleep well son. Since i got you I eat like zombie. Since I got you I do everything very fast. Since I got you I never feel free! You shine my life a lot.

Since your presence I write a lot on motherhood! I talk about recipe. I talk about stroller. I was so motherly!

I enjoy! 

Therefore, we wont stop having more child. Insyaallah...

Wednesday, December 24, 2014

My First Stroller

Posted by Unknown | 4:06 PM Categories: ,
Asyik bangga dengan stroller kedua I tu kan... Kali ni I review my first stroller, Mamalove lightweight stroller.

My second stroller is umbrella stroller/ buggy brand Sweet-cherry.

My first stroller beli masa sarat preggy kat Adam. Kami borong kat Mom & Baby Expo @SACC. Masa tu hujan lebat. Gigih mak pak cari stroller and car-seat. Mama sebenarnya berkenan sangat ke SCR10. Tapi nan adooo kat baby expo tu. Gigih pergi cari kat One Babyworld Shah Alam, out of stock pulak... Hmm. Memang nak jadi rezeki kami adalah Mamalove. Encik suami tu tengah mood ok, so saya pun borong aje la Mamalove. Kalau mood dia tak ok haruslah mama sopink sorang aje (nangis!). Masa tu, stroller + car-seat dlm RM600. Compare to kalau beli SRC dalam RM800 termasuk car-seat. So I pasrah aje lor.. Lagipun, tengok promoter tu handle Mamalove ni macam easy aje. Den pon pasrah ajele (dalam hati nak stroller roda 3 je... ini 4. haipp!). Encik suami dah excited nak beli Mamalove stroller neh!

Start guna masa Adam 3m. Masa tu menggedik la I nak letak anak dalam stroller ha... Siap letak alas lagi ha. Yela anak kecik gi...
Gigih bawak jenjalan area rumah.
Swiming pool...
Anak pun pasrah jer.
Ada net kat raincover so kalau tutup pun nak tengok anak masih nampak.
Bila anak dah meningkat besar, dia suka pegang handle kat depan tu. Haish. Handle I tu dah nak tercabut okay...
Nyaman je tengok Adam duduk dalam stroller. Tenang hati mama.

So far, dah setahun lebih guna Mamalove Lightweight stroller. Saya sangat berpuas hati. Tahan lasak, ringan, easy to handle.

Compare to my buggy, of course le buggy lebih ringan. Buggy lebih kecil. But, material stroller merah I ni lebih lasak. Masa bercuti ke Cameron kami bawa stroller merah ni. Because, material seat lebih tebal. So takde la Adam sejuk. Plus, ada raincover 100% cover Adam. Easy to handle... Untuk travel pun sesuai guna lightweight stroller ni. Cuma dia agak panjang compared to my buggy. Kalau tak nak raincover tu, take-out aje. Pun ok. Cuma yang tak best tempat letak barang dia agak kecik. Walaupun lightweight, stroller ni bagus kalau I galas beg berat kat handle dia. Tak tercongek pun macam my buggy. Handler pun soft, boleh handle sebelah tangan aje. Plus, boleh recline. So afdal kalau nak pakai start dari baby sampai la besaq ni ha... Ikutkan arahan sebetulnya, stroller ni start 6m++ tapi I bantai aje. ok je lagipun masa dia kecik bukan jalan sangat pon. Setakat g klinik and sopink complex aje.

So, tak sia-sia le I borong this stroller. Tak dapat SRC10 pun tak pa... I dah ada 2 stroller yang sangat berjasa. Boleh bawa mana mana occasion. Dan yang penting, dua-dua ringan dan easy to handle.

Mama loikeee... :)

Saturday, December 20, 2014

I do love my buggy!

Posted by Unknown | 9:23 PM Categories: ,
Second trip Adam by plane. We went to Kuching for a short vacay... Attending my friend's wedding ceremony. Bertiga, termasuk anak kecil terasa sungguh mudah dengan adanya buggy yang chomel ini.
@Kuching waterfront jalan-jalan santai beli souvenir.
Dari Harbour View hotel kami boleh redah je tepi jalan untuk sampai ke monument Kucing ni. Naseb baik ada buggy ni kalau tak patah tulang den mendukung budak kecik neh.
Merentasi kedai souvenir. Turun naik lantai. No prob.
Naik bot. Pun tadak masalah. Mama dukung Adam, abah lipat buggy. Kan senang. Buggyku slim dan ringan. Mudah dibawa kemana saja.
Boleh sangkut barang sopink... Plus letak kipas Adam. No prob janji kreatip!
Carry je sampai ke aerobridge. Boleh sangkut barang sana sini so mak pak pun releks. 
Apatah lagi dalam ERL. Haa,,, sonang. Letak kipas kat belakang tu bagi dingin sikit dia, nyenyak le anak zzzz...
Dan makpak pun boleh bercanda... :)
Begitu. Moralnya, being a newly parent, kenalah ada salah satu barang keperluan yang sangat penting, iaitu kenderaan anak. Ada banyak jenis stroller. Tanya diri, tanya keperluan, tanya budget. Then buy. Saya ada 2 stroller. Dua-dua lightweight. Yang ini buggy type umbrella, Sweetchery. Lebih ringan, slim, material boleh basuh dan tak panas. Sesuai untuk travel by plane di Malaysia. Ada parent prefer baby carrier. Saya pun berkenan tapi sayangnya, I'm a cesarean mom. Not advise to use baby carrier.

Kat sini saya ada post tips saya mencari buggy. Walaupun tak banyak, moga sikit pun boleh dijadikan panduan untuk newly mom. 

Sunday, July 13, 2014

How to prepare a stock for easy cooking? Ramadhan entry.

Posted by Unknown | 11:38 AM Categories:
Susulan entry sebelum ini, mama snap a few pictures kerja-kerja mama didapur selama 1 jam preparation stock 2 minggu ramadhan. May be this can be a shared idea to all...

Beli bahan basah untuk seminggu dua. siang siap-siap dan asingkan seafood, ayam dsb.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Kalau malas kupas suruh en. suami. kalau dia pun malas, beli yang dah siap kupas (ongkos sket).
Blend dan simpan dalam chiller. Same to cili kering. Tapi saya penggemar cili kering seberang takir, simpan stok banyak-banyak yang dah siap.
Beli sayur yang tahan lama dan boleh simpan dalam peti ais.
Potong siap-siap. Selain boleh masak untuk juadah berbuka, boleh juga prepare makan untuk bekal anak.
Siap semua, pack ikut jenis sayur.
 Simpan dalam feezer.
Hmmm penuh stok untuk 3 serangkai (pak mak anak)
Prepare jus buah. Puasa dimusim panas elok minum jus. Jus buah original tahan 2-3 hari je. Beli la kordial ribena, oren dsb as backup.
Simpan dalam peti ais. Oh sebelum ramadan juga mama mengemas peti ais.Penuh ok bila nak masukkan stok segala bagai. 
Mama juga order stok supplement kegemaran mama yang dah nak habis. ESP wajib ada sepanjang masa. Memberi tenaga sepanjang Ramadan ini Insyaallah...
Mama perlu bertenaga sebab rumah perlu sentiasa kemas. Lantai perlu sentiasa licin berkilat.
Sebab ada bayi yang dah pandai ber-eksperimen.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube