Syukur sangat dilahirkan dibumi bertuah dan hidup sebagai generasi modern di negara tercinta.
Sepanjang preggy start 3m, saya mula buat check-up di klinik kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan. Oleh kerana bekerja di daerah Mantin, maka saya ke klinik kesihatan terdekat iaitu Klinik Kesihatan Mantin.
Alhamdulillah. Kesihatan saya dan anak bermula seawal Adam dalam kandungan hingga lahir dipantau oleh klinik kesihatan. Free of charge. ok kawan-kawan. Anda bayar cukai? Silalah gunakan kemudahan yang kerajaan bagi ini ya? Jangan asyik "vote for private" je dan tiba-tiba nak meroyan kene bayar cukai...
Nurse yang dulu bukanlah yang sekarang (lalalala). Nurse sekarang muda-muda, comey-comey, baik-baik dan bijak-bijak. True. Dah tak ada spesis memekik yer. Dan mereka lebih sistematik.
Ingat lagi, kerana nurse yang call dan ingatkan saya supaya check-up, Adam selamat dilahirkan. Waktu tu saya dah sarat. Dah sampai due date kot tapi belum ada bukakan. Saya dah merancang untuk bersalin di hospital swasta. So saya tak pergi regular check sebab dah ambil cuti. Nurse bising, dan dia forward saya ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Pergi sana, rupa-rupanya air ketuban saya dah kurang dan Dr terus forward ke hospital. Masa tu terus pergi hospital swasta yang dah ditempah. Memang I kene tahanlah you... Terima kasih nurse kerana prihatin.
Nurse mencuci gigi Adam. Nurse gigi pesan to mama, "Sila lap gigi anak menggunakan towel bersih pagi dan malam. Buang tabiat puting. Didik anak minum menggunakan cawan".
Ingatkan masa mengandung je dipantau. Rupa-rupanya sehingga kini. Adam dah setahun 3 bulan. Lagi 3 bulan last injection. Then pemantauan setahun sekali kot (entah belum sampai masa mama belum dapat schecule lagi :)). Masa dalam pantang nurse datang melawat di rumah. Masa balik kampung pun sama. Nurse klinik desa datang. Best kan ada orang monitor kesihatan kita dan anak? Semua ni free. Ubat free, consultation free.
Jadual check-up ikut usia kandungan dan usia baby (bila dah lahir). Makin dekat due date, makin keraplah you jumpa nurse. Makin besar anak, makin jaranglah you jumpa nurse. Biasa sekarang ni kalau buat check-up untuk Adam nurse akan timbang berat, ukur tinggi dan diameter kepala. Jika ada injection, maka last session kena cucuklah budak kecik itu... So far Adam bila dicucuk nanges kejap je. Dah siap dia pun senyap. Paling best, sekarang ni bila Adam dah ada gigi. Terkejut mak hokay, baby pun ada klinik gigi sendiri.
Hmm.. Oklah. Waktu menunggu tengoklah kalau ramai, 2-3 jam. Kalau tak ramai within 1 jam dah siap. Standard je dengan saya ke private dulu. So far Adam tak pernah ada appointment dengan Dr. Hanya bayi bermasalah akan berjumpa Dr. Yang lain jumpa nurse je so masa pun jimat.
So, saya sangat rekomen kepada newly mom, walaupun plan nak bersalin di swasta, silalah daftar ke klinik kesihatan. Jangan malas pergi check-up. Semuanya untuk kesihatan anak yang terbaik. Tak semestinya yang berbayar itu yang terbagus ya. Dah alang-alang bayar cukai, gunakan jelah perkhidmatan percuma yang diberi kerajaan ini.