Showing posts with label shoping. Show all posts
Showing posts with label shoping. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Bila gaji masuk

Posted by Unknown | 1:21 PM Categories: , ,
Bila gaji masuk
Semua membayang shoping mall
Jusco, Parkson, Carefore,
IKEA pun

Bila gaji masuk
Semua muka excited
Teruja pergi ATM
Teruja click CIMBClick, Maybank dll

Bila gaji masuk
Semua happy nak buat payment
Bil, hutang dsb through online banking

Pun begitu...

Harus kamu sedih
Bila gaji masuk
Melaju je duit kamu habis!

Nangis, nanges!!

Thursday, July 21, 2011

Jubah untuk Eidulfitri

Posted by Unknown | 1:49 PM Categories:

Asal nak raya je nak beli jubah. Trademark baru Cik Illiana.

Yer. Saya baru je mula berjinak since raya tahun lepas. Macam best plak pekena jubah. Kena lagi jubah sekarang macam-macam style.

Ini Jubah Dubai last raya. Hmm. Black with Blue patern.

So tahun ni color apa? Yuh kata, "kak long carilah yang ada shape. kak long kan dah kurus".

Theheh. Jom pergi PKNS Shah Alam cari jubah. Macam cantek je jubah Mokti pakai dulu yang diborong area PKNS Shah Alam.

Sunday, June 26, 2011

Bestnye kalau senang nak dapat ini...

Posted by Unknown | 8:32 PM Categories: ,

Tetiba berangan nak pakai ini. Apakah???

Tengah timbang-tara. Berbaloi ke kalau aku beli iPad? Function reading ai laike. But have to wi-fi... Aterrr terpaksa aku register Wimax or Yes (yang mahal itu).

Cane ek??

Istikarah.

Friday, July 9, 2010

Beli contact lens online pula?

Posted by Unknown | 4:00 PM Categories: ,
Lagi. Contact lens aku dah habis stok, kebetulan mencari contact lens dan terasa dah lama tak pakai color. Sebab mata aku hanya sesuai dengan cl oksigen. Hanya cl tiada color yang provide provide oksigen. Tu pun tengok jenama. Kena pula mata aku mata cacat, power tak sama. So bila orang beli 1 kotak, aku perlu beli 2. Kalau 1 kotak RM 100, jadinya aku RM200. Jadi aku tangguhkan niat membeli. Pakai spek dululah. Kebetulan pula, tilik FB jumpa website ini (rajin kau tilik FB skang): http://mywidurimall2u.jimdo.com. OK ke tidak dengan mata aku yang bersifat kering ni aku belum pasti sebab belum cuba lagi. Yang pasti, harganya murah (RM40), cl berwarna-warni dengan pelbagai corak, saiz besar, dan untuk setahun bergantung pada penjagaan masing-masing. Kalau mata ada power terpaksa tanya tuan jual dulu, ada stok ke tak ada sebab tak semua patern ada power.

Wah punya tak sabar tak sempat snap nak koyak sudah. JB mari.
Jeng jeng... 2 pasang CL, kotaknya dan benda alah yang aku tak tahu diberi percuma.
Satu untuk aku (power yang cacat tu), satu untuk Peyuh.

Thursday, July 8, 2010

Beli tudung online?

Posted by Unknown | 5:09 PM Categories: ,
My first experience... Eh orang lain dah shoping macam-macam via online kau baru nak mencebur diri Illiana? Hikhik malu nak ngaku... Entah mimpi apa, tiba-tiba suka pula meng'order' online. Sumber dari FB. Click sana sini terus berjumpa website ini: http://u-stylish.blogspot.com. Nampak orang pakai cantek saja. Aku tak sure muat ke tak, yang pasti harga berpatutan. Order saja... Naseb baik muat cuma muka tampak bulat getee.. 

Sampai petang tadi dengan senyuman oleh abang posmen.Suka!
Ini dia.. Scaft RM5, Tudung RM13. Muat-muat muka bulat getee...

Tuesday, June 22, 2010

Jangan bersedih, simply pilate

Posted by Unknown | 10:23 PM Categories:
After Toy Story 3, kami berkeliaran sementara menunggu Peyuh bertolok ke Perlis jam 2.00 petang. Berkunjung ke MPH tanpa membeli sesuatu adalah kehampaan. Maka aku membeli "Jangan Bersedih". Aku pernah tengok buku ini siri 1 di rumah Pokdi. Aku beli yang saiz kecik je. RM9++. Cukup sebagai bahan muhasabah diri.. Jangan bersedih, tuhan tak suka. Kalau kau sedih, kau perlu bangkit dari kesedihan itu. Ingat tu Illiana. Satu lagi Pilate. Theheh. RM24.90. Buku dan CD how to practice Pilate. Its kind of exercise on how to maintain your body... Nak kempis perut is so practical... Hopefully worth it.

Thursday, March 4, 2010

CoNCLUSioN ShoPiNG TriP JaKaRTa-BaNDuNG

Posted by Unknown | 10:35 PM Categories: , ,
Wah siap conclusion gitu. Ala actually tak ada apa nak bebel pun… Cuma nak masukkan conclusion perbelanjaan ke sana… Ini boleh dijadikan reference soon. Trip kali ni rasanya aku lebih berpuas hati. Walaupun ralat juga tak dapat membeli kesemua barang yang disenaraikan. Especially harapan mama, Pokdi, officemates, Mas… ada yang terkucil. Walaupun gitu ada barang yang dapat dibawa pulang dengan puas hati sekali. Dah tentu kelengkapan bangcik perfectly. Dah itu matlamat asal… owh di sini aku nak letakkan conclusion belanja mengikut ranking:

1) Barang-barang Abang Cik, Rp 1,400,000 = RM 560
2) Bussiness, Rp 1,300,000 = RM 520
3) Ole-ole family and friend, Rp 1,200,000 = RM 480
4) Diri sendiri, Rp 250,000 = RM 100
5) Pesanan Mas, Rp 200,000 = RM 80

Jumlah belanja adalah +- RM 1,740.. Wallah. Kau tengok… after conclusion expenses, over RM 1740 belanja, RM 100 je untuk diri aku sendirikk… Nangis! However… Oklah compared to sebelum ini… Puas hati sudah. Dapat 4 helai baju, skinny leg, beg yang tak berapa nak ranggi. Owh kononnya aku nak belajar berniaga. Kecilan gitu… Sebagai permulaan tengok market macam mana. Kalau hangat, boleh la aku pergi lagi memborong… Konon nak masukkan dalam blog baru, tapi semuanya macam dekat-dekat nak licin. Maklum la, borong dalam volume yang kecik kekdahnya. Tak macam makcik 20 juta ituew… ok, ini budget untuk traveling cost bagi setiap orang di bahagi 3:

1) Return Flight LCCT-Jakarta yang dibuat tempahan dalam 2 minggu = RM 340/person
2) Hotel untuk 3 malam with breakfast, (Rp 1,500,000)/3 = RM 200/person
3) Tiket keretapi Return Jakarta-Bandung, Rp 130,000 = RM 52/person
4) Tambang teksi 3 hari, (Rp 400,000)/3 = RM 53/person
5) Tax, Rp 150,000 = RM 60/person

Jumlah kos travelling adalah +- RM 705/person. Tak campur lain-lain expenses seperti makan, tiket sana sini, dll. Secara purata, shoping trip kali ini aku memperuntukan +- RM 3,000. Yelah, aku bukan kaya… Kerja pun tak tetap. Tapi cukuplah duit nak sara hidup ini InsyaAllah… Sekarang terpaksa menabung semula for next future trip. Dan InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, next time nak bawa mama. Bawa mama budget mahu 3 x ganda dari ini. Wauw, matikk.

27 Feb 2010, 7.00 am; SHoPiNG @ TaNaH aBaNG

Posted by Unknown | 3:38 PM Categories: , ,
Kali ini bangun awal. 7.00 am dah turun breakfast. Relek-relek dan terus shoot ke TaNaH aBaNG. 8.00 am Tanah Abang dah buka. Tak sangka, besar juga saiz bangunan Tanah Abang. Kami turun teksi side yang lain, so macam blurr sikit. Mencari kedai seperti yang kami pergi sebelum ini tak ketemu. Side ini banyak menjual barang secara pukal. Ciss. Kene waktu ni pitih aku dah tinggal keping-keping. Mahu membulat je mata... Kalau banyak seperti makcik 20 juta tu, mahu aku borong dengan tanah abang sekali. Gila kau.
Test dulu...

Jalan-jalan sesat-sesat baru ketemukk kedai-kedai yang kami pergi dulu... Dan shoping lah sisa-sisa yang ada... Beli beg gemukk Mas. Dia nak isi barang-barang hantaran situ. Aku beli di jalanan saja. Tawar menawar kekdahnya... Pun gitu, aku agak ketakutan dengan muka-muka penjual jalanan yang desperate. Nak marah ada, kesian pun juga... Syukurlah kawan-kawan kita dilahirkan di Malaysia tercinta. Aman damai, peluang pekerjaan terbuka di mana-mana walau nak dapat status kerja tetap agak susah.
Lantai-lantai di Tanah Abang.
Baju cantek. Perempuan cantek.
Gila menshoping. Membanyak baju cantek dari perempuan cantek!
Selesai menghabiskan matlamat di Tanah Abang kami shoot balek hotel 11.00 am. Nak packing barang dan check-out. Macam biasa, pakcik teksi ni kalau dengar orang luar nak fly balek, masing-masing nak booking. Just say NO walau mulut tu susah nak cakap. Dah siap check-out kami simpan barang di concierge dan shoot ke Plaza Hayam Wuruk. Bolen belum beli. Plaza Hayam Wuruk ni terletak berdekatan dengan Harco Glodok. Tapi kau kena jalan sikitlah. OTW gitu mata Nisa ternampak kedai Mayasari di tepi jalan Hayam Wuruk. Makanya pakcik teksi mengambil pusingan dan terus berhenti di kedai Mayasari itu... Kebetulan Plaza Hayam Wuruk itu kelihatannya seperti ditutup untuk renovation... Jadi ingat ya anak-anak, nak beli bolen di Jakarta, pergilah ke Jalan Hayam Wuruk...
t-shirt..
Masa masih ada >< 2 jam sebelum fly. Kami shoot ke pasar Pagi Mangga Dua. Masih ada t-shirt kanak-kanak yang belum dibeli. Sampai je Pasar Pagi, bukan t-shirt kanak-kanak yang dijumpai, tetapi t-shirt orang tua... Susah betul nak mencari souvenir kanak-kanak ini. Di sini, aku dah kehabisan note Rp 100,000 (=RM40) yang terakhir. Tinggal untuk bayar cukai dan extra untuk charge berat beg dll. Dah siap segala kami balek ke hotel mengambil barang, lepak-lepak tenang fikiran, buang apa yang patut kat toilet dan shoot ke Soekarno Hatta Airport. Naik Blue Bird dengan lalu lintas yang baik, Rp 96,000 (=RM38.40) tak termasuk bayaran tol berjumlah Rp 10,000 (=RM4). Kalau sewa kenderaan hotel, anggaran dalam Rp 200,000 (=Rp 80).
Menggedik dalam flight.
Tabest... Sempitt.
Sampai airport dah 4.30 pm. Check-in dulu. Aiyoo.. Berat beg Bang Cik tu termasuk barang kami bertiga melebihi berat maksimum, 34kg. Lebih 2kg. Terpaksa buang barang yang dalam tu. Kekdahnya kami dah wrap beg itu... Kos wrap Rp 30,000 (=RM12). Dah ler duit habis sudah. Muka adalah toyer gila bab* waktu tu. Muka kesian kalah muka penjaja jalanan indon. Teteh check-in itu langsung kesian sama kami... So dimaafkan saja sambil bebel manja, "Apa kamu bawa ini...Wahduhhh". Jadi bayar denda extra berat saje dalam Rp 90,000 (=RM36) dan cukai Rp 150,000 (=RM60). Fuhh lega. Dah setle segala, kami keluar makan kejap then check-in ke balai perlepasan... Macam biasa Air Asia kekdahnya suka men"delay" flight. Naseb baik kali ini 20 minit aja... Dan finaly kami selamat tiba di LCCT aound 10.00 pm dengan menaiki QZ7694... Owh, Nisa buat lawak yang gempak. Dalam flight dia terjumpa not Rp 100,000 terselit di celah pursenya itu... lalu rejeki buat kami, tapau duitnya makan dengan mewah gitu... Sekian...
Lambatnya kami bangun hari Jumaat ini. Penangan seharian travel dari Jakarta ke Bandung dan balik semula ke Jakarta  dengan train selama 3 jam sehala, membuatkan kami zzz matikk. Tak sedar kau. Mimpi pun tak sempat. Naseb baik duduk hotel ada class. Terjamin keselamatan. Bangun siap-siap dan breakfast. 10.00 am shoot ke Mangga Dua by Blue Bird. Ingat, Blue Bird. Hanya Blue Bird yang selesa, selamat dan menggunakan meter. Di area Mangga Dua, ada Mangga Dua Square, WTC, ITC, Pasar Pagi, dan jauh sikit ke depan Harco Glodok. Kami mula dengan Mangga Dua Pasar Pagi. Ia ibarat sebuah shoping mall,tapi dalamnya banyak sangat kedai-kedai yang menjual baju, beg, rambut palsu, etc. Tak menang mata memandang. Tapi dalam observation aku, harga agak mahal. So pandai-pandai tawar. Ada yang pass, ada juga yang boleh ditawar. Jaket Bang Cik kami dapatkan di sini dek tak sempat nak dapatkan di FO Bandung. Daripada Rp 500,000 dapat tawar sehingga Rp 350,000 (=RM140). 1 set kelengkapan winter untuk Bang Cik kami beli di sini. Bangunan ITC, Pasar Pagi ini bersambung. Kalau nak mudah, boleh stay di Le Grandeur, kerana hotel ini bersambung dengan Mangga Dua Mall ITC.
Geram kau tengok baju... Cantik!
Beli la beg ni, sale Rp 50,000 (=RM20). Nak isi barang...
Daripada Pasar Pagi kami berjalan kaki ke Harco Glodok. Mengambil masa >< 5 minit. Boleh naik angkutan kalau malas nak berjalan. Rupanya kami belum habis mentawaf Harco Glodok semasa trip yang lepas. Banyakkk sangat kawasan yang menjual CD. Gila kau. Rp 5,000 (=RM2). Ada yang menjual kelengkapan PS2, alat muzik, komputer. Tapi bagi aku, computer accessories di Loyat lebih murah daripada Harco Glodok.

Belakang tu Harco Glodok, syurga membeli Cds.
Si gemuk yang gumbira!
Kejuttt sangaatt la tu. But serious, banyak CDs kau... Murah-murah.
Ini pula side kat luar. Banyak lagiii...

4.00 pm kami bercadang bergerak ke Tanah Abang. Namun sayangnya, seperti kata hatiku, Tanah Abang dah tutup waktu tu… Nak tak nak terpaksa lagi tukar plan. Kami ke Ancol dengan barang-barang yang banyak. Naseb baik masing-masing bawak beg. Aku pulak membeli beg murah di Pasar Pagi. Rp 50,000 (=RM20). Oklah, sekadar nak tengok apa ada di Ancol, disamping merehat-rehatkan minda yang tertekan bershoping. Tiket masuk Rp 13,000 (=RM5.20) / person. Belum campur kalau kau nak masuk taman-taman tema yang ada. Harga adalah lain. Tambang teksi dalam Rp 30,000 (=RM 12). Kami sentap bakso lagi di gerai tepi pantai Ancol. Tapi aku tak habes. Macam kurang yakin. Ada macam-macam tema hiburan di Ancol ini. Ada waterpark, fantasi, underwater dan apatah lagi. Lupa. Luas juga sampai tak larat nak jalan sudah. Naik gondola aja mensurvey sekitar Ancol. Tiket sekali naik pergi-balek Rp 40,000 (=RM16) / person.Tapi kami kurang berkenan. Kawasan dah cantik, ramai orang. Sampah sarap juga sama naik dengan jumlah orang. Mencacatkan pemandangan. Sayang.

Rehat-rehatkan diri di pesisir pantai Ancol.
Apa yang ada di Ancol?
Bot-bot kat belakang Nisa, Chalet...
Kereta gergasi ini ala-ala hollywood.
Gondola yang tak takut. Tinggi around 21 meter je.
Owh inilah Ancol.

Sudah, kami balik hotel. Mandi-mandi, terapi barang shoping jap kemudian keluar ke Mangga Dua Square untuk dinner. Pak Cik Blue Bird mencadangkan dinner di Jalan Ir. Juanda. Katanya ramai orang Malaysia lepak di situ. Aku macam suspen je sebab kami naik teksi, kang di chargenya berganda-ganda, siapa mahu bayar beb. Sudahnya laju terus ke Mangga Dua Square. Senang. Balik nak dapatkan teksi mudah. Tempat tumpuan. Tetapi sesuatu kejadian yang kelakar, suspen, dan mengejutkan kami berlaku. Sampai je sana, kami sangkakan ada gempa bumi atau ada bom dalam mall. Keadaan kecoh bangat, ada polis berlari-lari sambil menghalau budak-budak remaja keluar mall. Pak cik teksi bertanyakan orang dulu sebelum drop kami. Rupanya ada acara… (acara itu macam siaran langsung gitu). Artis datang. Kecoh makkk… kami turun nak masuk pintu utama, sekali lagi polis lari-lari kejar budak remaja yang meramai. Siap bawak anjeng lagi. Aku cabut masuk kedai kasut. Memang suspen. Peyuh tanya tokey kedai, “Ada apa?” jawab tokey yang muka kelat sudah, “Dasatnya”. Peyuh tanya lagi, “Memang dasat, apa terjadi?”. Jawabnya balik, “Acara Dasatnya”. Huahuahua. Kelakar. Memang kelakar. Tajuk acara, DASATNYA. Haaaha.

Sedapnya mee bakso goreng...
Inilah tempatnya sambil nonton DASATNYA.
Nisa buat buih kat TEBS. Culah TEBS, sedap.
Lalulintas Jakarta sesakk siang malam.

Kami makan bakso di Mall itu sambil menonton acara DASATNYA di TV… Dah kenyang blah. Owh dasatnyaa…. Balek zzzz. Dan macam biasa tiada mimpi sempat menyinggah.

Terapi shoping sebelum zzz.

Wednesday, March 3, 2010

Alhamdulillah, segalanya baik saja bila kami bangun 4.30 am waktu Indonesia. Aku bersyukurrr sangat. Jakarta lewat 1 jam dari semenanjung Malaysia. Bila Nisa siap-sia nak solat 4.30 am, aku gelak sebab ingatkan 4.30 am itu masih awal. Rupanya, hanya time zone saja yang lewat, matahari naik turun tetap >< sama aja…  Kami check-out 5.00 am waktu Jakarta kerana mengejar train yang aku sangka 5.30 am seperti dirujuk dalam web..  Oleh kerana jarak Sriwijaya ke Stesyen Gambir hanya 3-4 km, kami cuba berjalan kaki. 5.00 am di Jakarta dah kedengaran ayat-ayat suci Al Quran serta azan di corong masjid. Tenang sikit. Tetapi suspen muncul bila kami berjalan sepanjang lorong deretan gerai-gerai bersepah fakir miskin menidurkan diri. Takut ada, sedih pun ada. Mereka tidur dengan nyenyak sekali di sepanjang jalanan. Dah berpeluh-peluh gitu, kami sampai. Malangnya jadual 5.30 am yang aku rujuk di internet tak sama dengan jadual yang ada. Keretapi awal 15 minit, iaitu 5.15 am seperti dijadualkan mereka dan seelok kami sampai, keretapi baru saja berlepas.  Aku terus alergi dengan bunyi siren keretapi. Sudahnya kami menaiki Agro-Gede jam 6.10 am. Kelas eksekutif. Rp 65,000 (=RM26). Kami breakfast dalam Agro-Gede. Nasik lemak yang kurang berlemak, ada cili agak pedas, tempe.. Memang sedap. Jumlah breakfast 3 orang Rp 60,000 (=RM24). Agro-gede tak sama dengan Parahyangan. Kami dapat roti, bolen dan mineral free.

Tiba di Bandung pada jam 9.10 am. Kami menyimpan beg sandang masing-masing di kaunter informasi. Di situ ada servis menyimpan barang. Setiap beg Rp3,000 (=RM1.20) boleh disimpan hingga kaunter tutup jam 7.00 pm. Kami juga terus membeli tiket keretapi ke Jakarta. Sayang tiket penuh dan yang paling lambat masih available 6.30 pm. Terpaksa shoot. Terus menaiki teksi ke Pasar Baru. Tambang >< Rp 25 (=RM10). Apa lagi terus mencari-cari barang disamping mata menjadi rambang-rambang kambeng. Di sini banyak baju yang cantek, t-shirt, kain sembahyang dan souvenir untuk dibeli. Aku habiskan Rp 2 Juta saja untuk kain sembahyang. Glupp. Telan air liur. Tapi ini termasuk Peyuh dan Nisa sekali. Cuaca di Bandung agak kurang baik. Hujan boleh dikata sepanjang hari. Mujur masa sampai hujan belum turun.

Kekdahnya nak membeli bedak PIXI. Rajin la plak teteh ni nak makeup aku.
Tudia teteh yang baik hati + cantik + manis.
Kami lupa untuk lunch. Cukup breakfast dalam keretapi tadi. 3.00 pm kami shoot ke Jalan Riau. Terpaksa gerak pantas kerana masa tak mengizinkan. Terus memasuki FO Terminal Tas. Di situ tujuan kami membeli luggage bag dan travel bag untuk Abang Cik. Mencari handbag untuk Mokti dan kawan-kawan. Namun malangnya masa mencemburui. Memang aku tak sempat nak menilik lebih-lebih. Aku sempat sambar belt abah dan aku saja. Sling bag untuk diri sendiri pun tak terbeli. Punyalah lama aku mengidam nak membeli sling bag sendiri di sana. Apa nak buat… Nak dapatkan teksi pun struggle. Dengan barang yang sudah membanyak (naseb baik ada beg besaq abang cik. Boleh masukkan 3 beg kain sembahyang yang banyak). Hujan di Bandung memang agak menyukarkan perjalanan shooping. Tak dapat ke FO-FO yang lain walau masa masih ada. Aku risau, dengan trafik yang not good takut terlepas train 6.30 pm. Kami sampai di stasiun 2 jam awal. Aku membeli prepaid line dengan harga Rp 15,000 (=RM6), rangkaian telefon Indonesia dengan  harapan dapat menghubungi keluarga dan rakan di Malaysia. Malangnya tak dapat juga (Mas juga yang hebat)… Untuk pengguna Celcom postpaid, diingatkan supaya anda mendaftar dahulu dengan Celcom sebelum ke luar negara. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, maka anda akan mengalami situasi seperti yang dialami oleh saya. Tetapi, sekiranya anda pengguna Celcom prepaid, tak usah buat apa-apa selain daripada topup banyak-banyak sikit. Kami menyentapp bakso di gerai hadapan stasiun. Sedap. Aku minum avokad. Lega perut. Sesudah makan kami ke kedai Mayasari yang menjual bolen. Gerai bakso dan Mayasari terletak betul-betul berhadapan pintu masuk stasiun. Aku sangkakan bolen ini hanya terdapat di Bandung. Rupa-rupanya, boleh didapati juga di Jakarta… Maka aku berkeputusan membeli di Jakarta saja. Kerana kuih Bolen ini tak boleh disimpan lama-lama.
Sedapnya bakso!

Memang kebulur.




Kebetulan ada masa, kami terus membuat tempahan di agen hotel yang ada di kaunter stasiun. Kerana letih aku tak banyak berfikir. Booking saja Ibis Kemanyoran yang lebih murah dari Mangga Dua. Konon plan nak mencuba hotel di Mangga Dua. Yaii kau ingat aku boleh berfikir sudah?? Kaki kesengalan. Otok, sendi memberontak. Kebetulan pula ada mesin urut badan ala-ala ogawa. Lega kau… 15 minit Rp 15,000 (=RM6). Oklah tu. Refleksologi Rp 5,000 (=RM2).

Pekena mesin ala-ala ogawa jap sambil menikmati pemandangan keretapi.
6.30 pm kami bertolak dari Bandung ke Jakarta. Sampai Jakarta kami terus mengambil Blue Bird dan langsung ke Ibis Kemanyoran. Sesudah check-in masing-masing dengan rakus membelek hasil shoping. Terapi katakan...

Hasil first day shoping. Ada lagi bersepah tak masuk dalam picture.

24 Feb 2010, 9.20 am; FLiGHT To JaKaRTa

Posted by Unknown | 9:04 AM Categories: , ,
Seawal 7.30 pm  kami sudah merayau-rayau di LCCT. Check-in sudah. Check-in Kiosk ada segalanya mudah. Lagipun sudah tentu kami tak membawa beg besar untuk diletak di ruang bagasi. Sandang saja… Flight QZ7695 selamat berlepas pada jam 9.20 pm dan tiba 10 minit awal di JaKaRta pada jam 10.10 pm. Kami langung ke Hotel Sriwijaya. Istimewanya hotel ini, ia amatlah hampir dengan Stasiun Keretapi Gambir. Satu malam harganya >< Rp. 300,000 (=RM120). Kalau tak silap, hotel ini 2 star. Nampaklah hotel ini dibina sudah lama… Dan kami pun rasa unsave, quite not comfortable. Tingkap tak boleh kunci, aircond tak begitu sejuk. Siling toilet not secured, maca orang boleh ceroboh. Kerana memikirkan dekat dengan stesyen keretapi dan kami akan bertolak sebelum subuh, maka kami gagahkan juga. Aku tidur dengan galas beg duit (itu penting pakai sling beg). Lampu coridor kami buka. zzzz dalam keletihan malam dan keadaan yang suspen…

Di balai berlepas. Gate T4.
Seronok dalam flight.
Di hotel Hotel Sriwijaya.

JakaRta-BaNDuNG: ShoP tiLL YoU DroP!

Posted by Unknown | 8:24 AM Categories: , ,
Wah. Nampaknya macam banyak je cerita yang aku ingin rencanakan dalam diari. Kami selamat tiba di Damar sekitar 11.00 malam 27 hb, Sabtu. Ahad seharian aku berehat. Kaki ni bekerja untuk 3 hari tanpa henti beb. Mahu sengal kau. Kali ini aku bersemangat untuk mencoretkan satu persatu diari kami ke Jakarta-Bandung walaupun ini adalah trip kali kedua. Al maklum la, pengalaman lalu mengajar aku untuk mencoret dengan lebih detail agar boleh dijadikan panduan pada masa hadapan. Bukan untuk aku sahaja yang ingin pergi lagi InsyaAllah, bahkan juga rakan-rakan aku yang lain, especially Ida yang akan berangkat Oktober ini. Bagi aku, pengetahuan untuk diri sendiri sebelum berangkat ke mana-mana destinasi amat penting untuk kita, terutama sekali di negara asing. Di negara orang kau… Cuba bayangkan sikit. Ok. Aku akan mula bercerita. Bermula hari pertama, sehingga last day. Siap dengan konklusi. Silalah baca kalau berminat nak ke Jakarta dan/atau Bandung.

Monday, February 1, 2010

SuSuLan EnTrY FaTiNAzizAN

Posted by Unknown | 1:56 PM Categories: ,
Motif aku upload kaki sendiri apa kes? Theheh. Inilah. Inilah respon kepada entry Fatin tentang aktiviti weekend dia bersama sis sulong. Aku nak link ke post Fatin tak dapat dek Fatin mengambil langkah terlalu security. Akan keluar Bad Request everytime aku click ke blog makcik ini. Apa nak buat... Tanya tuan punya blog. Nama blog cantek dah, fatinazizan gitu. Sayang tak boleh masuk ekk. Senang jugak hang ada blog ye Fatin. Tak perlu susah-susah alon ini nak mengupdate cerita very detail. Gegege.

Sudah tentu kaki aku dengan selipar baru.
Yang dibeli di Cheras Downtown.
Sejibek sama dengan Peyuh. Ya kami idamkan tinggi...Tapi tak cukup tinggi lagikah kau Illiana?? (tamakkk)
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube