Wednesday, March 3, 2010

Alhamdulillah, segalanya baik saja bila kami bangun 4.30 am waktu Indonesia. Aku bersyukurrr sangat. Jakarta lewat 1 jam dari semenanjung Malaysia. Bila Nisa siap-sia nak solat 4.30 am, aku gelak sebab ingatkan 4.30 am itu masih awal. Rupanya, hanya time zone saja yang lewat, matahari naik turun tetap >< sama aja…  Kami check-out 5.00 am waktu Jakarta kerana mengejar train yang aku sangka 5.30 am seperti dirujuk dalam web..  Oleh kerana jarak Sriwijaya ke Stesyen Gambir hanya 3-4 km, kami cuba berjalan kaki. 5.00 am di Jakarta dah kedengaran ayat-ayat suci Al Quran serta azan di corong masjid. Tenang sikit. Tetapi suspen muncul bila kami berjalan sepanjang lorong deretan gerai-gerai bersepah fakir miskin menidurkan diri. Takut ada, sedih pun ada. Mereka tidur dengan nyenyak sekali di sepanjang jalanan. Dah berpeluh-peluh gitu, kami sampai. Malangnya jadual 5.30 am yang aku rujuk di internet tak sama dengan jadual yang ada. Keretapi awal 15 minit, iaitu 5.15 am seperti dijadualkan mereka dan seelok kami sampai, keretapi baru saja berlepas.  Aku terus alergi dengan bunyi siren keretapi. Sudahnya kami menaiki Agro-Gede jam 6.10 am. Kelas eksekutif. Rp 65,000 (=RM26). Kami breakfast dalam Agro-Gede. Nasik lemak yang kurang berlemak, ada cili agak pedas, tempe.. Memang sedap. Jumlah breakfast 3 orang Rp 60,000 (=RM24). Agro-gede tak sama dengan Parahyangan. Kami dapat roti, bolen dan mineral free.

Tiba di Bandung pada jam 9.10 am. Kami menyimpan beg sandang masing-masing di kaunter informasi. Di situ ada servis menyimpan barang. Setiap beg Rp3,000 (=RM1.20) boleh disimpan hingga kaunter tutup jam 7.00 pm. Kami juga terus membeli tiket keretapi ke Jakarta. Sayang tiket penuh dan yang paling lambat masih available 6.30 pm. Terpaksa shoot. Terus menaiki teksi ke Pasar Baru. Tambang >< Rp 25 (=RM10). Apa lagi terus mencari-cari barang disamping mata menjadi rambang-rambang kambeng. Di sini banyak baju yang cantek, t-shirt, kain sembahyang dan souvenir untuk dibeli. Aku habiskan Rp 2 Juta saja untuk kain sembahyang. Glupp. Telan air liur. Tapi ini termasuk Peyuh dan Nisa sekali. Cuaca di Bandung agak kurang baik. Hujan boleh dikata sepanjang hari. Mujur masa sampai hujan belum turun.

Kekdahnya nak membeli bedak PIXI. Rajin la plak teteh ni nak makeup aku.
Tudia teteh yang baik hati + cantik + manis.
Kami lupa untuk lunch. Cukup breakfast dalam keretapi tadi. 3.00 pm kami shoot ke Jalan Riau. Terpaksa gerak pantas kerana masa tak mengizinkan. Terus memasuki FO Terminal Tas. Di situ tujuan kami membeli luggage bag dan travel bag untuk Abang Cik. Mencari handbag untuk Mokti dan kawan-kawan. Namun malangnya masa mencemburui. Memang aku tak sempat nak menilik lebih-lebih. Aku sempat sambar belt abah dan aku saja. Sling bag untuk diri sendiri pun tak terbeli. Punyalah lama aku mengidam nak membeli sling bag sendiri di sana. Apa nak buat… Nak dapatkan teksi pun struggle. Dengan barang yang sudah membanyak (naseb baik ada beg besaq abang cik. Boleh masukkan 3 beg kain sembahyang yang banyak). Hujan di Bandung memang agak menyukarkan perjalanan shooping. Tak dapat ke FO-FO yang lain walau masa masih ada. Aku risau, dengan trafik yang not good takut terlepas train 6.30 pm. Kami sampai di stasiun 2 jam awal. Aku membeli prepaid line dengan harga Rp 15,000 (=RM6), rangkaian telefon Indonesia dengan  harapan dapat menghubungi keluarga dan rakan di Malaysia. Malangnya tak dapat juga (Mas juga yang hebat)… Untuk pengguna Celcom postpaid, diingatkan supaya anda mendaftar dahulu dengan Celcom sebelum ke luar negara. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, maka anda akan mengalami situasi seperti yang dialami oleh saya. Tetapi, sekiranya anda pengguna Celcom prepaid, tak usah buat apa-apa selain daripada topup banyak-banyak sikit. Kami menyentapp bakso di gerai hadapan stasiun. Sedap. Aku minum avokad. Lega perut. Sesudah makan kami ke kedai Mayasari yang menjual bolen. Gerai bakso dan Mayasari terletak betul-betul berhadapan pintu masuk stasiun. Aku sangkakan bolen ini hanya terdapat di Bandung. Rupa-rupanya, boleh didapati juga di Jakarta… Maka aku berkeputusan membeli di Jakarta saja. Kerana kuih Bolen ini tak boleh disimpan lama-lama.
Sedapnya bakso!

Memang kebulur.




Kebetulan ada masa, kami terus membuat tempahan di agen hotel yang ada di kaunter stasiun. Kerana letih aku tak banyak berfikir. Booking saja Ibis Kemanyoran yang lebih murah dari Mangga Dua. Konon plan nak mencuba hotel di Mangga Dua. Yaii kau ingat aku boleh berfikir sudah?? Kaki kesengalan. Otok, sendi memberontak. Kebetulan pula ada mesin urut badan ala-ala ogawa. Lega kau… 15 minit Rp 15,000 (=RM6). Oklah tu. Refleksologi Rp 5,000 (=RM2).

Pekena mesin ala-ala ogawa jap sambil menikmati pemandangan keretapi.
6.30 pm kami bertolak dari Bandung ke Jakarta. Sampai Jakarta kami terus mengambil Blue Bird dan langsung ke Ibis Kemanyoran. Sesudah check-in masing-masing dengan rakus membelek hasil shoping. Terapi katakan...

Hasil first day shoping. Ada lagi bersepah tak masuk dalam picture.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube