Thursday, March 4, 2010

27 Feb 2010, 7.00 am; SHoPiNG @ TaNaH aBaNG

Posted by Unknown | 3:38 PM Categories: , ,
Kali ini bangun awal. 7.00 am dah turun breakfast. Relek-relek dan terus shoot ke TaNaH aBaNG. 8.00 am Tanah Abang dah buka. Tak sangka, besar juga saiz bangunan Tanah Abang. Kami turun teksi side yang lain, so macam blurr sikit. Mencari kedai seperti yang kami pergi sebelum ini tak ketemu. Side ini banyak menjual barang secara pukal. Ciss. Kene waktu ni pitih aku dah tinggal keping-keping. Mahu membulat je mata... Kalau banyak seperti makcik 20 juta tu, mahu aku borong dengan tanah abang sekali. Gila kau.
Test dulu...

Jalan-jalan sesat-sesat baru ketemukk kedai-kedai yang kami pergi dulu... Dan shoping lah sisa-sisa yang ada... Beli beg gemukk Mas. Dia nak isi barang-barang hantaran situ. Aku beli di jalanan saja. Tawar menawar kekdahnya... Pun gitu, aku agak ketakutan dengan muka-muka penjual jalanan yang desperate. Nak marah ada, kesian pun juga... Syukurlah kawan-kawan kita dilahirkan di Malaysia tercinta. Aman damai, peluang pekerjaan terbuka di mana-mana walau nak dapat status kerja tetap agak susah.
Lantai-lantai di Tanah Abang.
Baju cantek. Perempuan cantek.
Gila menshoping. Membanyak baju cantek dari perempuan cantek!
Selesai menghabiskan matlamat di Tanah Abang kami shoot balek hotel 11.00 am. Nak packing barang dan check-out. Macam biasa, pakcik teksi ni kalau dengar orang luar nak fly balek, masing-masing nak booking. Just say NO walau mulut tu susah nak cakap. Dah siap check-out kami simpan barang di concierge dan shoot ke Plaza Hayam Wuruk. Bolen belum beli. Plaza Hayam Wuruk ni terletak berdekatan dengan Harco Glodok. Tapi kau kena jalan sikitlah. OTW gitu mata Nisa ternampak kedai Mayasari di tepi jalan Hayam Wuruk. Makanya pakcik teksi mengambil pusingan dan terus berhenti di kedai Mayasari itu... Kebetulan Plaza Hayam Wuruk itu kelihatannya seperti ditutup untuk renovation... Jadi ingat ya anak-anak, nak beli bolen di Jakarta, pergilah ke Jalan Hayam Wuruk...
t-shirt..
Masa masih ada >< 2 jam sebelum fly. Kami shoot ke pasar Pagi Mangga Dua. Masih ada t-shirt kanak-kanak yang belum dibeli. Sampai je Pasar Pagi, bukan t-shirt kanak-kanak yang dijumpai, tetapi t-shirt orang tua... Susah betul nak mencari souvenir kanak-kanak ini. Di sini, aku dah kehabisan note Rp 100,000 (=RM40) yang terakhir. Tinggal untuk bayar cukai dan extra untuk charge berat beg dll. Dah siap segala kami balek ke hotel mengambil barang, lepak-lepak tenang fikiran, buang apa yang patut kat toilet dan shoot ke Soekarno Hatta Airport. Naik Blue Bird dengan lalu lintas yang baik, Rp 96,000 (=RM38.40) tak termasuk bayaran tol berjumlah Rp 10,000 (=RM4). Kalau sewa kenderaan hotel, anggaran dalam Rp 200,000 (=Rp 80).
Menggedik dalam flight.
Tabest... Sempitt.
Sampai airport dah 4.30 pm. Check-in dulu. Aiyoo.. Berat beg Bang Cik tu termasuk barang kami bertiga melebihi berat maksimum, 34kg. Lebih 2kg. Terpaksa buang barang yang dalam tu. Kekdahnya kami dah wrap beg itu... Kos wrap Rp 30,000 (=RM12). Dah ler duit habis sudah. Muka adalah toyer gila bab* waktu tu. Muka kesian kalah muka penjaja jalanan indon. Teteh check-in itu langsung kesian sama kami... So dimaafkan saja sambil bebel manja, "Apa kamu bawa ini...Wahduhhh". Jadi bayar denda extra berat saje dalam Rp 90,000 (=RM36) dan cukai Rp 150,000 (=RM60). Fuhh lega. Dah setle segala, kami keluar makan kejap then check-in ke balai perlepasan... Macam biasa Air Asia kekdahnya suka men"delay" flight. Naseb baik kali ini 20 minit aja... Dan finaly kami selamat tiba di LCCT aound 10.00 pm dengan menaiki QZ7694... Owh, Nisa buat lawak yang gempak. Dalam flight dia terjumpa not Rp 100,000 terselit di celah pursenya itu... lalu rejeki buat kami, tapau duitnya makan dengan mewah gitu... Sekian...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube