Wah siap conclusion gitu. Ala actually tak ada apa nak bebel pun… Cuma nak masukkan conclusion perbelanjaan ke sana… Ini boleh dijadikan reference soon. Trip kali ni rasanya aku lebih berpuas hati. Walaupun ralat juga tak dapat membeli kesemua barang yang disenaraikan. Especially harapan mama, Pokdi, officemates, Mas… ada yang terkucil. Walaupun gitu ada barang yang dapat dibawa pulang dengan puas hati sekali. Dah tentu kelengkapan bangcik perfectly. Dah itu matlamat asal… owh di sini aku nak letakkan conclusion belanja mengikut ranking:
1) Barang-barang Abang Cik, Rp 1,400,000 = RM 560
2) Bussiness, Rp 1,300,000 = RM 520
3) Ole-ole family and friend, Rp 1,200,000 = RM 480
4) Diri sendiri, Rp 250,000 = RM 100
5) Pesanan Mas, Rp 200,000 = RM 80
Jumlah belanja adalah +- RM 1,740.. Wallah. Kau tengok… after conclusion expenses, over RM 1740 belanja, RM 100 je untuk diri aku sendirikk… Nangis! However… Oklah compared to sebelum ini… Puas hati sudah. Dapat 4 helai baju, skinny leg, beg yang tak berapa nak ranggi. Owh kononnya aku nak belajar berniaga. Kecilan gitu… Sebagai permulaan tengok market macam mana. Kalau hangat, boleh la aku pergi lagi memborong… Konon nak masukkan dalam blog baru, tapi semuanya macam dekat-dekat nak licin. Maklum la, borong dalam volume yang kecik kekdahnya. Tak macam makcik 20 juta ituew… ok, ini budget untuk traveling cost bagi setiap orang di bahagi 3:
1) Return Flight LCCT-Jakarta yang dibuat tempahan dalam 2 minggu = RM 340/person
2) Hotel untuk 3 malam with breakfast, (Rp 1,500,000)/3 = RM 200/person
3) Tiket keretapi Return Jakarta-Bandung, Rp 130,000 = RM 52/person
4) Tambang teksi 3 hari, (Rp 400,000)/3 = RM 53/person
5) Tax, Rp 150,000 = RM 60/person
Jumlah kos travelling adalah +- RM 705/person. Tak campur lain-lain expenses seperti makan, tiket sana sini, dll. Secara purata, shoping trip kali ini aku memperuntukan +- RM 3,000. Yelah, aku bukan kaya… Kerja pun tak tetap. Tapi cukuplah duit nak sara hidup ini InsyaAllah… Sekarang terpaksa menabung semula for next future trip. Dan InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, next time nak bawa mama. Bawa mama budget mahu 3 x ganda dari ini. Wauw, matikk.