Asyik bangga dengan stroller kedua I tu kan... Kali ni I review my first stroller, Mamalove lightweight stroller.
My second stroller is umbrella stroller/ buggy brand Sweet-cherry.
My first stroller beli masa sarat preggy kat Adam. Kami borong kat Mom & Baby Expo @SACC. Masa tu hujan lebat. Gigih mak pak cari stroller and car-seat. Mama sebenarnya berkenan sangat ke SCR10. Tapi nan adooo kat baby expo tu. Gigih pergi cari kat One Babyworld Shah Alam, out of stock pulak... Hmm. Memang nak jadi rezeki kami adalah Mamalove. Encik suami tu tengah mood ok, so saya pun borong aje la Mamalove. Kalau mood dia tak ok haruslah mama sopink sorang aje (nangis!). Masa tu, stroller + car-seat dlm RM600. Compare to kalau beli SRC dalam RM800 termasuk car-seat. So I pasrah aje lor.. Lagipun, tengok promoter tu handle Mamalove ni macam easy aje. Den pon pasrah ajele (dalam hati nak stroller roda 3 je... ini 4. haipp!). Encik suami dah excited nak beli Mamalove stroller neh!
Start guna masa Adam 3m. Masa tu menggedik la I nak letak anak dalam stroller ha... Siap letak alas lagi ha. Yela anak kecik gi...
Gigih bawak jenjalan area rumah.
Anak pun pasrah jer.
Ada net kat raincover so kalau tutup pun nak tengok anak masih nampak.
Bila anak dah meningkat besar, dia suka pegang handle kat depan tu. Haish. Handle I tu dah nak tercabut okay...
Nyaman je tengok Adam duduk dalam stroller. Tenang hati mama.
So far, dah setahun lebih guna Mamalove Lightweight stroller. Saya sangat berpuas hati. Tahan lasak, ringan, easy to handle.
Compare to my buggy, of course le buggy lebih ringan. Buggy lebih kecil. But, material stroller merah I ni lebih lasak. Masa bercuti ke Cameron kami bawa stroller merah ni. Because, material seat lebih tebal. So takde la Adam sejuk. Plus, ada raincover 100% cover Adam. Easy to handle... Untuk travel pun sesuai guna lightweight stroller ni. Cuma dia agak panjang compared to my buggy. Kalau tak nak raincover tu, take-out aje. Pun ok. Cuma yang tak best tempat letak barang dia agak kecik. Walaupun lightweight, stroller ni bagus kalau I galas beg berat kat handle dia. Tak tercongek pun macam my buggy. Handler pun soft, boleh handle sebelah tangan aje. Plus, boleh recline. So afdal kalau nak pakai start dari baby sampai la besaq ni ha... Ikutkan arahan sebetulnya, stroller ni start 6m++ tapi I bantai aje. ok je lagipun masa dia kecik bukan jalan sangat pon. Setakat g klinik and sopink complex aje.
So, tak sia-sia le I borong this stroller. Tak dapat SRC10 pun tak pa... I dah ada 2 stroller yang sangat berjasa. Boleh bawa mana mana occasion. Dan yang penting, dua-dua ringan dan easy to handle.
Mama loikeee... :)