Macam biasa. Dah lepas jenjalan jauh-jauh, so ada kesempatan cuti panjang sikit sempena Raya Cina ni apa lagi. Kami zasss balek Pendang. Sampai 4.30 pagi Sabtu so boleh la berehat sikit. Naseb abah berkeras nak balek malam. Kalau tak pagi Sabtu ni mesti masih on the way dengan jem sepanjang masa. Sepanjang cuti 4 hari kat kampung ni kami tak ke mana pun.. Petang ke kebun tolong apa yang patut. Selebihnya pergi Pekan Sabtu, dan relek-relek kat rumah. Hari Ahad meronggeng kejap kat A.S. Hari Isnin kami ke Padang Besar. Ramainya orang kat Padang Besar. Stress. Hari Selasa tambah tolak 9.30 pagi kami bertolak ke KL dan sampai 2.30 petang... Huh letih.
Hmmm.. Beli jangan cium duit je.