Dah lama tak update blog dengan cerita terkini. Nak kata busy, takdelah sehebat steno PM. Tapi entahlah, macam-macam hal yang menghalang aku dari meng"log in" diari ini... Nak kata free pun tak jugak sebab aku rasa macam tak cukup je 24 jam sehari. Hmm.. Watever la. Nak sambung cerita yang tertangguh. Seminggu selepas Le Tour Suri ke Johor-Melaka-N9, kami terjah pula Tanjung Harapan. Dengan alasan; "SAJA". Pergi tengok sunset dan pekena seafood.
Renung-renungkan masa depan anda...
Tanjung Harapan d' senja. Beautiful...
Dah lama tak ke sini. Orang makin ramai. Ada improvement pada tebing pantai yang mana aku tengok makin cantek. Ada tempat duduk untuk kita menyaksikan kapal-kapal besar berlabuh, feri, bot-bot kecil lalu dan orang memancing... Dari sini dapat tengok Pulau Indah.Yang paling mahal dapat tengok sunset. Tenang...