Showing posts with label Suri. Show all posts
Showing posts with label Suri. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Oh my Suri

Posted by Unknown | 8:55 PM Categories:

Update Cerita Lama @ Sejuta Belia Putrajaya

Suka Suri naik train.
Naseb baik dia tak mogok suruh train jalan.
Dah besar yer kamu.
Tapi makcik kamu macam muda je lagi. Theheh.
Suri tak takut pun... (nanges + cuak)

Saturday, July 23, 2011

Cerita Lama

Posted by Unknown | 8:25 PM Categories: , ,
Friend's Gathering d' Sejuta Belia
Patutnya lama sudah aku update diari. Tapi luperrr... Gambar dah siap g simpan dalam external hard disk--cerdik sangat. 

Anyway, sedang mencari fail lain terjumpa gambar yang dah di edit ini. Maka hamba pun penyeklah dalam diari... Bukan senang nak gatherkan ahli-ahli Damar bersama bekas Damar yang dua orang itu--Farah dan Ita. Dua-dua dah jadi mommy... 

Kesempatan yang ada akhirnya Farah dan Ita berkunjung ke rumah. Kononnya sebelum ni nak celebrate bday Sina dan Qistina. Tapi makcik-makcik agak busy...

Konon plan nak cycling @ Putrajaya Wetland. 
Tapi sayang kami sampai almost 6pm so dah close... Naik je la train bergambar..
Suri nak naik funfair. So pergi Himpunan Sejuta Belia. Oh mommy kamu dapat kereta baru Suri. Tahniah!
 
Cik Yuh dan Cek Paten tak pernah jumpa sampan... So mereka eager nak naik sampan ni.
 Melepak sampai malam. Loving couple a.k.a mommy dan bapak (yang tegas)

Sunday, May 22, 2011

Comel tak anak kami?

Posted by Unknown | 9:49 PM Categories:
Terima mms Faranaz ni dah lama, agak dalam minggu lepas. Tapi taktau sebab apa hp problem that day can't access mms. Baru hari ni dapat copy paste ke lapy. Comel tak Suri yang menginjak dewasa?? Gerammm ai tengok muka cik Suri ni.


Monday, November 15, 2010

Kak Ju selamat sudah...

Posted by Unknown | 5:53 PM Categories: ,
13 November 2010. 9.30 pagi. Bertolak dari Damar menuju ke tol Putrajaya. Tunggu Faranaz sekeluarga di sana dan berkonvoi. Kami pun berkeluarga->aku+Peyuh+Ana a.k.a adik Yuh. Yang lain tak dapat menghadirkan diri kerana masing-masing mempunyai kekangan yang tak dapat dihalang... Sedih gak bila geng tak meramai. Tapi cukup happy bila Faranaz sekeluarga ada. Kami melalui highway KLIA-Shah Alam, Guthrie menghala ke Kuala Selangor. First time menjejak kaki ke Tanjung Karang. Tiba 11.45 pagi. Orang dah meramai kerana majlis start 11.00 pagi. Terus pergi jengok Kak Ju makeup di rumah sebelah. Kemudian makan-makan... Pengantin bersanding 1.20 petang. Gambar tak banyak kerana kami dah nak balik dan pengantin nak makan dulu sebelum acara gambar-gambar dan salam-salam. Maklum la, sampai awal. Kebetulan Faranaz nak balik Tampin, jadi tak tunggu lama. Dah dapat curi-curi bergambar, kiteog pun join Farah bertolak balik... Gitulah ceritanya... Sampai rumah 5.00 petang setelah menyinggah Jusco beli barang. Farah pula 4.30 petang dah sampai Tampin. Tiba-tiba terbayang muka Suri menangis nak naik viva. Theheh. Suri owh Suri cayangg... Enjoy the pics!

Sina yang baik dan comel je.
Kite makan dulu!
Ana nurse yang malu-malu.
"Eh nanti tak pegang Sina macam orang bujang plak saye," katanya Syawal. 
Farah pun dengan girang "Owh bagus-bagus suamiku. 100 x sayang. Jom kite balek Tampin dengan segere".
Kak Su pengapit a.k.a teman setia Kak Ju.
Pengantin. Kami tunggu anak buah next year...

Sunday, November 14, 2010

Suri @ Tanjung Karang

Posted by Unknown | 6:31 PM Categories:
Dah kenyang makan telinga hadap karaoke, apalagi Nada Suri pun bergediks atas pentas...
Lepas tu orang dah habis nyanyi... Suli pun mati kutu.
Favourite Suri. Tengok apa dia nak buat.
Owh suap Cik Yuh... Baiknya awak Suli...
Wah hepynya Suli dengan CikYuh... Gaya mau adaaa. Gitu.
Lepas tu kan, Pengantin datang disusuli kompang. Suri jadi suspen sambil urut dada (sayang tak ambik gamba dia urut dada). Owh klaka.

Monday, November 1, 2010

Suri @ Serdang...

Posted by Unknown | 7:27 PM Categories:
Wah panjang umor Suri. Baru je Cik Yana post citer tentang Suri, terus dapat rezeki jumpa dia... Kebetulan Syawal pergi servis kereta katanya Faranaz, maka mommy serta anak-anaknya meluangkan masa ke Serdang... Bak kata Suri, "Bilik Suli" kat rumah Cik Yana. Suri, Suri... Baru 2 tahun nak masuk 3 tahun depan. Mulut macam orang tua. Sina pula baik je, ala-ala mangsa buli kakak. Kerja Suri menyanyi. Sampai je rumah Serdang terus tanya, "Bakul". Aterrr.... Bakul mainan dia. Cik Own dengar je Suri serang Serdang melaju je mari rumah bawak makanan. Wakaka. Farah, nanti nak datang gitau la lagi. Sanggup je Cik Yana datang amek yang jauhnye sekaki je tu... Theheh. 


Thursday, October 28, 2010

Rindu Suri

Posted by Unknown | 7:14 AM Categories:

Eh tetiba nak rindu.... Actually makcik yana and makcik yuh  ni bukan boleh dok belek-belek album lama. Mula la nak terindu ke hapa. Hmmm... Jangan la ada pihak yang berkecil hati kalau kami asyik rindu Suri je... Bukannya apa, Suri membesar bersama-sama kami. Kami tengok dia dari keluar perut mommy sampai sekarang. Dari small baby sampai menjadi kakak yang brutal... Siapa la tak sayangkan Suri yang comel itu. Hari tu dinner dengan Syawal, Farah dan Sina tetapi Suri tiada sebab nenek culik. Huhu... Gerenti nenek letih melayan mulut Suri yang potpetpotpet. 

Untungnya Syawal, dapat isteri macam Farah yang melahirkan anak-anak yang comel. Sina makin besar makin geram aku tengok. Aku nak contohi Farah la kalau berkahwin nanti. Jadi isteri yang baik, mempunyai hati yang tulus ikhlas suci murni. Beranak senang. Anak-anak comel-comel. Ok ok sampai masa nak hantar kad kawen aku mesti berguru ni.

Hmm.. Rindu moment together-gether Farah.

Thursday, February 12, 2009

Le TouR SURI d' TaNJuNG HaRaPaN

Posted by Unknown | 9:42 PM Categories: ,
Dah lama tak update blog dengan cerita terkini. Nak kata busy, takdelah sehebat steno PM. Tapi entahlah, macam-macam hal yang menghalang aku dari meng"log in" diari ini... Nak kata free pun tak jugak sebab aku rasa macam tak cukup je 24 jam sehari. Hmm.. Watever la. Nak sambung cerita yang tertangguh. Seminggu selepas Le Tour Suri ke Johor-Melaka-N9, kami terjah pula Tanjung Harapan. Dengan alasan; "SAJA". Pergi tengok sunset dan pekena seafood.



Renung-renungkan masa depan anda...
Apo la gayo lebih sangat tuu...
Tanjung Harapan d' senja. Beautiful...

Dah lama tak ke sini. Orang makin ramai. Ada improvement pada tebing pantai yang mana aku tengok makin cantek. Ada tempat duduk untuk kita menyaksikan kapal-kapal besar berlabuh, feri, bot-bot kecil lalu dan orang memancing... Dari sini dapat tengok Pulau Indah.Yang paling mahal dapat tengok sunset. Tenang...

Wednesday, February 4, 2009

Le TouR SURI d' KLUANG-AIR HITAM-MUAR-BAGAN LALANG

Posted by Unknown | 10:29 PM Categories: ,
Hmm.. Sikit punya banyak tempat Suri pergi mengalahkan bapak. Actually aku tak plan apa-apa. Tetiba je Nisa kata nak gi makan kat Kluang Railstation. Kami pun gerak le pagi Ahad... (mentang-mentang le orang wilayah bercuti Isnin ye? siap korang. cuti taipusam aku tuntut gi jenjalan).
Kluang RailCoffee.
The Best Kopi o in Malaysia.Model porno.Tangan Suri dan Mummy.
Menuju ke KLuang mengambil masa tambah tolak 2 1/2 - 3 jam gak le. Aku tak ingat sebab aku zzz je. Sampai destinasi dituju, Kluang Railway station dah tutup rehat (dalam 1.00 pm). So kami ke brunch yang bari dibuka, depan Kluang Parade. Kluang Railway station ni memang glamer bak kata member-member Nisa sampaikan Sultan pun pernah makan di sini. Yang special disini rotinya dan of course air kopinyaaa.. Tapi sebab sampai pun dah tengah hari, perut lak dok bergundanggondeng maka kami ambil makanan yang mengenyangkan; mee bandung, bihun goreng siam, roti, telur rebus dll. Air semestinya kopi! Suri makan roti dan telur rebus putih. Bukan main suka Suri dapat jalan-jalan.
Aku lesappp gi cari bakul!
Selesai lunch kami terus ke Air Hitam. Tapi Suri dah zzz so kami singgah tak lama. Sempat la aku borong bakul besar harga lepas tawar RM65 dan bekas roti (RM15).

Suri dalam viva. Harusss BERDIRI!
Suri dalam viva. Harusss dirasuah supaya tak lenguh tangan mendukung!
Suri dalam viva. Harusss diberi gadjet! Baca peta ke...
Kami teruskan perjalanan guna jalan luar ke Muar. Saja nak singgah Muar. Dapat ke Jeti Tanjung Emas. Kemudian perjalanan diteruskan ke Melaka.
Suri happy kat muara Tanjung Emas."Farah, masuk la majalahhh..."
Maintaiinn...
(No komen).
ok. CANTEK "beg".Mummy dan Suri.

Dari Melaka kami masuk highway ke Nilai dan kemudian ke Bagan lalang untuk dinner. Sampai Bagan Lalang tambah tolak 6.30 pm. Dinner dan terus balek... Oh penatnya esok kerja. Suri je yang maintain dari mula perjalanan sampai la balek. Gelakkk dan galakkk je kerja dia. Suka sungguh Suri dapat jalan-jalan.
Letih dah@ Bagan Lalang.

Tuesday, October 14, 2008

SuRi YaNG CaNTeK!

Posted by Unknown | 12:14 AM Categories:
Sepertimana yang aku katakan pada post sebelum ni, Suri turut terlibat secara aktif dalam membantu openhouse kecil-kecilan Ahad lalu. Tengok sajalah aksinya. Memang tak menang gusi ketawakan dia. Pagi-pagi lagi, nasik pun belum masakkk mummy dah siap mekup Suri cantek-cantek. Siap pakai kasut merah lagi. Last-last suri keletihan gi melawat Guna repair moto Cik Yuh. Tapi Suri tetap maintainnn melayan tetamu... Mengantuk macam mana pun tetap maintain tak mahu tido. Apapun Suri, LAYANNN...

Monday, August 18, 2008

biLa SURI muLa MeNiaRaP...

Posted by Unknown | 8:31 PM Categories: ,

Saturday, August 16, 2008

New FaCE! FuTuRe CoVeRGiRL

Posted by Unknown | 1:16 AM Categories:
Ini pun satu lagi aku selalu terlepas peluang dan tak sempat nak upload. Dah lama nak masukkan dalam diari online aku ni. Supaya dapat direview andai makcik-makcik Suri ni lupa macam mana rupa Suri sewaktu berusia 4 bulan. 14 Ogos, Suri dah pandai meniarap... Dan hobinya bergambar. Wah3 Faranaz... Bertuah mempunyai anak perempuan yang comey, pandai dan sporting macam mummynyee.... Kalau Suri tak ada dirumah boring la Acik Na, Cik Yuh n Cik Ownnn... :-(

Monday, April 7, 2008

4 aPRiL KeHaDiRaN SuRi, 5 aPRiL KeHiLaNGaN FIRWANCE

Posted by Unknown | 4:57 PM Categories: ,
Hujung minggu ini adalah hujung minggu yang benar-benar memberikan aku keinsafan yang amat bermakna. Tentang qada dan qadar tuhan.
4 April 2008. Tahniah Faranaz, atas kelahiran cahaya mata pertama- Fatwanadasuri. Em, Tak pasti spelling aku betul ataupun tidak tetapi begitulah pronounciationnya. Comelnya Suri waktu pertama kali aku pandang. Alhamdulillah bayi seberat 2.78 kg ini lahir dengan cukup sempurna. Terkejut juga aku tengok family Syawal yang penuh happening dan gembira.
5 April 2008. Selesai peperiksaan Kemasukan Pegawai Gred 41, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Mas mengatakan Firwance kematian akibat kemalangan. Innalillah... Takziah Erna. Berita yang sungguh-sungguh aku tak duga. Aku masih boleh terbayangkan, mungkinkah APRIL FOOL?? Tapi itulah kenyataan yang amat perit yang harus kita semua apatah lagi Erna perlu terima. Allah lebih sayangkan beliau. Sampai ke hari ini kami semua masih blank. Erna masih di Sarawak menguruskan pengebumian arwah. Saat aku pandang wajah Erna, aku tak boleh menggambarkan bagaimana sedihnya perasaan Erna waktu itu. Bagaimana kita ditempat beliau. Namun aku yakin, Erna seorang yang tabah. Erna seorang ibu yang kuat semangat yang sanggup berjuang apa saja demi 2Fnya. Aku percaya, setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Biarlah beliau pergi dengan aman damai, semoga rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Dan untuk Erna, menangislah sepuas-puasnya hari ini agar Erna dapat memulakan dan menghadapi hari-hari mendatang dengan jiwa yang waja lagi kental. Walaupun arwah pergi terlebih dahulu, namun dia dah bekalkan Erna segala-galanya. Tempat berteduh, kenderaan untuk bergerak. Semuanya tersedia. Dan yang paling berharga adalah 2F... Dan Erna juga adalah seorang isteri yang baik dan taat pada suami. Saya cukup kagum dengan kehidupan Erna. Moga Erna tabah. Kami semua sentiasa disamping disaat Erna memerlukan... Lov u always.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube